06 May 2012

Ini kerja Anggota Polis atau "Samseng Upahan" UMNO...

Orang ramai yang hadir ke Perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini terkejut dan masih trauma dengan tindakan drastik anggota polis yang menyerang mereka umpama penjenayah pada hari tersebut. Senario yang berlaku menggambarkan kepada kita kejadian yang sama berlaku kepada rakyat Palestin ketika berhadapan dengan tentera Israel di Tel Aviv sejak sekian lama.

Mereka kini tertanya-tanya, apakah benar yang bertindak ganas terhadap peserta Bersih 3.0 itu adalah anggota polis atau pun pihak lain yang diupah oleh puak UMNO BN agaknya?. Ini kerana terdapat laporan sulit mengatakan, majoriti polis yang bertindak ganas terhadap peserta itu adalah "polis part time" yang telah diupah dan dilatih untuk bertindak serupa itu ketika berhadapan dengan peserta Bersih 3.0.

Umum masih ingat sebelum kejadian ini dulu, sememangnya insiden keganasan "ala samseng" telah berlaku dalam banyak ceramah umum dan program pembangkang di negara ini. Ceramah pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat telah dikacau ganggu dengan dasyat oleh pihak mereka yang dikenali sebagai kumpulan "berbaju hitam". Malah sebelum Bersih 3.0 juga, tindakan yang sama telah dilakukan oleh kumpulan terbabit terhadap mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka.

Tindakan samseng tersebut dibiarkan saja oleh pihak polis, walau pun para mahasiswa menjerit-jerit meminta pertolongan dari mereka. Senario ini membuktikan, polis seolah-olah akur dan memberi lesen kepada kumpulan samseng berkenaan untuk membuat tindakan tanpa ada sebarang halangan. Justeru, ada laporan mengatakan sebahagian besar anggota polis yang mengganas pada perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini adalah terdiri daripada kumpulan terbabit itu agaknya.


Jika Polis, Kenapa 'Tidak Ikut Displin' Di Uniform

Bukti yang jelas menunjukkan, majoriti polis berbaju biru gelap yang mengejar, menangkap serta membelasah para peserta pada hari tersebut tidak mempunyai "nombor siri polis" dan "tag nama" pada uniform masing-masing. Soalnya kenapa mereka tidak memakai nombor siri polis pada baju, sedangkan biasanya kita lihat polis perlu berdisplin ketika bertugas.

Malah, mereka wajib berpakaian lengkap untuk memudahkan pihak atasan mengenali pegawai bawahan jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingin. Soalnya kenapa mereka tidak memaikan nombor siri tersebut. Jika di Bersih 2.0 pada Julai 2011 dulu, memang benar ramai anggota polis tidak memakai nombor bagi mengelakkan mereka di saman oleh orang awam. Malah, seramai 57 ahli PAS gagal mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak mencatatkan nama dan nombor keahlian polis yang menangkap mereka dalam himpunan aman Bersih 2.0 dulu.

Kegagalan mereka berbuat demikian kerana sebahagian daripada polis yang menangkap mereka itu hanya meletakkan nama, tetapi tidak meletakkan nombor keahlian polis pada uniform yang dipakai oleh mereka ketika melakukan tangkapan terhadap orang awam pada hari itu. 



Namun, di Bersih 3.0 senarionya jauh lebih dasyat apabila polis yang bertugas bukan sahaja tiada nombor siri, malahan juga tiada tag nama pada uniform masing-masing. Soalnya sekarang, apakah mereka semua ini benar-benar anggota polis atau "samseng upahan UMNO" yang diberi lesen untuk bertindak ganas kepada para peserta terbabit agaknya?. Inilah yang kelirukan orang ramai terutamanya mereka yang dibelasah teruk hari itu.

Apa yang lebih mengelirukan, kenapa ada anggota polis yang mempunyai "tag nama" seperti gambar di bawah. Kenapa pula ramai yang tiada?. Ini membuktikan kepada kita bahawa bukan semua polis yang bertindak ganas itu adalah polis.



Majoritinya adalah pihak luar yang diberi lesen untuk bertindak ganas terhadap para peserta Bersih 3.0. Apakah mereka juga kumpulan yang sama menyerang mahasiswa dan juga ceramah-ceramah pembangkang sebelum ini agaknya?.

Inilah satu persoalan yang kini bermain di fikiran rakyat. Mereka hairan dengan tindakan pihak polis yang begitu ganas dari kebiasaannya pada hari itu. Inilah yang difikirkan!.


Kenapa Polis Guna "Buku Lima" Belasah Peserta

Tambah mengejutkan ada diantara mereka yang dibenarkan menggunakan "buku lima" ketika membelasah para peserta. Bukankah ini menyalahi undang-undang polis itu sendiri?. Kenapa ia berlaku?. Apakah peserta itu adalah penjenayah yang amat dikehendaki agaknya. Mereka datang tanpa senjata dan mereka hanya mahu ke Dataran Merdeka untuk "Duduk Bantah" bagi memprotes amalan pilihanraya di Malaysia agar ia kembali adil dan saksama untuk seluruh rakyat.

Maka, apakah kewajaran pihak polis memperlakukan sedemikian rupa terhadap mereka. Bukan sahaja yang muda malah yang tua termasuk wanita juga ada yang dibelasah. Tanpa belas ehsan dan tanpa timbang rasa mereka dihenyak, dihentak, diterajang serta diperlakukan seperti binatang oleh pihak polis pada hari itu.

Tambah mengejutkan, anggota polis trafik yang selama ini berhemah ketika bertugas juga sudah mengganas. Mereka juga turut membelasah, malah ada yang menghalakan senjata api kepada orang awam. 



Malah, apa yang lebih mengejutkan lagi ada sebahagian anggota polis terbabit dipercayai merupakan orang kuat UMNO BN sebenarnya(foto atas). Maknanya, pihak polis bukan bertugas untuk menjaga keselamatan negara tetapi tidak mahu rakyat mengancam keselamatan BN sebenarnya. 

Apakah rakyat boleh percaya pilihanraya dapat dijalankan dengan adil dan saksama kali ini. Jika ramai anggota polis itu kini adalah anggota sekutu BN. Lantaran itulah kita tidak hairan mereka mengamuk sakan dan menjadikan rakyat terutamanya bagi mereka yang menyokong parti pembangkang sebagai mangsa mereka.- Pahang Daily Online


DAP ucap terima kasih kepada petugas PAS kerana selamatkan Lim Kit Siang dari amukan polis...

DAP Terengganu mengucapkan terima kasih atas prihatin petugas PAS Terengganu yang memberikan ruang 'Rawat dan Rehat' kepada En. Lim Kit Siang Semasa Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28hb April lalu.

DAP Terengganu bangga dapat bersepakat dan bersetiakawan dengan PAS petugas PAS Terengganu yang membawa En. Lim Kit Siang keluar dari kawasan 'amukan polis' di hadapan Mahkamah dan Dataran Merdeka.




Petugas Terengganu telah membawa naik En. Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur ke tempat peninapan mereka serta memberikan salinan baju-T kepada En. Lim Kit Siang.

Sekali lagi, bagi pihak DAP Terengganu dan DAP Malaysia, kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Ng Chai Hing
Pengerusi DAP Kuala Terengganu
Merangkap Pengerusi Penaja DAP Terengganu - paspb2.blogspot



UN Special rapporteur willing to probe Bersih 3.0

The United Nations Special Rapporteur on the Promotion and Protection of the Right to Freedom of Opinion and Expression, Frank La Rue, has offered to conduct an independent investigation, research and assessment on the Bersih 3.0 rally on April 28.

NONELa Rue told Malaysiakini that he had also offered to investigate the Bersih 2.0 rally last July as he happened to be in the country the day after.

"I was there exactly the day after everything had happened and it was very impressive for me because that gave me a chance to see what can happen when people just get together. They told me it was shocking, there were people with families and children.

"I understood that the rally participants were not defiant or aggressive, but still they (the police) acted brutally. It just did not make sense and it showed their intention was to close the space (for freedom of expression) which I think was unnecessary at that point," he said.

La Rue, who is a lawyer who hails from Guatemala but now based in Geneva, said following reports of Bersih 3.0, he was more than willing to come to Malaysia.

"I would be more than happy to investigate. (However) I would need a government invitation to do the research and report," he said.

La Rue, was met on the sidelines of the World Press Freedom Conference in Tunis, which ended yesterday where he delivered a talk on the decriminalising of speech.


najib in penang usm dialogue 220412On May 3rd, Prime Minister Najib Abdul Razak had announced that a panel would be set up to provide an independent investigation into incidents that occurred during the Bersih 3.0 rally.

He said he supported the formation of the panel, as did the cabinet, adding that they were in the process of identifying who would sit on it, and an announcement might be made this week.

The Malaysian Bar Council has also announced in an official circular that it will hold an extraordinary general meeting on Friday to discuss issues pertinent to Bersih 3.0 rally.

The Bar Council in its interim report found that police brutality had worsened.

Inquiry mission


On July 11 last year, it was reported that La Rue had said the Malaysian government risked undermining democratic progress and he thought the time was right to have a mission to inquire into these issues.

He wanted the government to officially invite him as rapporteur to research the subject and make recommendations on how to avoid future conflict but did not receive an invitation from the Malaysian government.

The Human Rights Council has mechanisms called special procedures to address either specific country situations or thematic issues in all parts of the world.

The Office of the High Commissioner for Human Rights provides these mechanisms with personnel, policy, research and logistical support for the discharge of their mandates.

Special procedures' mandates usually call on mandate holders to examine, monitor, advise and publicly report on human rights situations in specific countries or territories, or on major phenomena of human rights violations worldwide, known as thematic mandates.

Special procedures are performed either by an individual called "special rapporteur" or "independent expert", or a working group usually composed of five members (one from each region) .

The Malaysia Human Rights Commission had on May 4th in its report on the Bersih 2.0 rally found that police had violated human rights.

Malaysia is also a member of the United Nations Human Rights Council until next year.- malaysiakini


Pelapor PBB sedia siasat BERSIH 3.0...

Seorang pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Frank La Rue menawarkan diri untuk menjalankan siasatan bebas, mengkaji dan menilai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

La Rue memberitahu
Malaysiakini bahawa beliau juga menawarkan untuk menyiasat perhimpunan BERSIH 2.0 memandangkan beliau berada di Malaysia pada Julai tahun lalu.

Katanya beliau berada di Malaysia pada 10 Julai, sehari selepas perhimpunan itu diadakan, dan perhimpunan itu menarik perhatiannya.


Tambahnya, beliau diberitahu bahawa perhimpunan itu mengejutkan memandangkan ia turut dihadiri anggota keluarga dan kanak-kanak.


Katanya lagi, beliau difahakmkan bahawa peserta perhimpunan itu tidak agresif mahupun mengingkari arahan, tetapi polis bertindak ganas.


Peguam dari negara Guatemala yang berpengkalan di Geneva itu ditemui
Malaysiakini di Persidangan Kebebasan Akhbar Sedunia di Tunis yang berakhir semalam.


cheers.

4 comments:

Anonymous said...

Dua2 pun sama...bukankah polis penjilat juboq UMNO!!!!

Anonymous said...

tu gari la bodoh...even aku bkn polis aku blh beza la...

Anonymous said...

lain kali kalo nk tulis, pakai otak dulu la bodoh... jgn ikut sedap mulut.. gari ngn buku lima pn xtau beza..

shah said...

Org yg tulis blog ni.....ank haram tak tahu beza baik buruk.pg mampus lh...