21 May 2012

Anwar, Azmin didakwa di mahkamah esok...

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan didakwa esok berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Satu kenyataan pejabat Azmin menyebut beliau menerima writ saman untuk hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan.

Beliau diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi esok.

Writ saman tersebut diterima oleh Hilman Idman yang merupakan pegawai Khas Azmin di Tingkat 1, Ibu Pejabat PKR Damansara.

Menurut writ saman tersebut, Azmin dituduh melanggar Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 109 dan Seksyen 34 kanun yang sama.


Dia dituduh bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.

Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka.


dataran breach barricade cordon 290412 azmin ali Notis itu juga menyatakan keengkaran mereka dan penyokong BERSIH 3.0 yang lain mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut.

Oleh itu, beliau dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Dalam notis yang berasingan, Azmin dituduh menyertai protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2912.

Dengan itu, Azmin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama.

Difahami Anwar menghadapi tuduhan yang sama. Ini menjadi mereka orang pertama yang akan didakwa di bawah Perhimpunan Aman 2012 yang luluskan baru-baru ini

Seorang lagi yang telah menerima notis yang sama ialah aktivis PKR Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard. Ketika berita ini ditulis, kandungan notis tersebut masih belum dapat disahkan.

Sementara itu, menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Ketua Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan bahawa Anwar, Azmin dan Chegubard akan didakwa esok.- malaysiakini




 

32 Anggota Polis Serbu Rumah Chegu Bard...

Rumah Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin dekat sini diserbu tujuh kenderaan polis kira-kira jam 2.20 petang tadi.

Menurutnya, seramai 32 anggota polis beruniform terbabit memberi writ perintah ke mahkamah berhubung penglibatan beliua dalam perhimpunan Bersih 3.0 bulan lalu.

“Mereka bawa surat arahan dan minta saya tandatangan surat perakuan untuk ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada pukul 9.00 pagi esok,” katanya yang lebih dikenali Chegu Bard.

Tambah Chegu Bard, beliau turut menerima dua surat pertuduhan, iaitu kesalahan menghasut peserta perhimpunan Bersih 3.0 di bawah Seksyen 188 yang dibaca bersama Seksyen 109 dan 34 di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan.

“Manakala yang kedua adalah tuduhan melanggar perintah mahkamah melarang masuk Dataran Merdeka, di bawah Seksyen 42c dan 4(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 (736),” jelas beliau lagi.

“Bilangan polis yang begitu ramai seolah-olah ingin menakutkan saya dan penduduk di kawasan sekitar.

“Mereka juga datang bersama jurukamera dan rakam video dan gambar di dalam rumah, mungkin sebagai bukti saya terima dan faham isi surat yang diberi,” katanya dihubungi Keadilan Daily.

Pada 15 Mei lalu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan 1959, kerana dituduh melanggar arahan pihak berkuasa semasa perhimpunan itu. - Aedi Asri

Anwar, Azmin to be charged over Bersih 3.0...


azlan PKR's top two leaders - Anwar Ibrahim and Azmin Ali - are expected to be charged tomorrow in relation to the Bersih 3.0 rally.

According to a notice that was served to Azmin, he is accused of violating Section 188 of the Penal Code, read together with Section 109 and Section 34 of the same law.

Section 188 refers to "disobedience to an order duly promulgated by a public servant", while Section 109 and Section 34 refer to abetment.

The notice to Azmin said he and five others who are still at large, had conspired with R Tangam, G Rajesh Kumar and Farhan Ibrahim @ Alias to breach a court order issued by Magistrate Zaki Asyraf Zubir on April 26.

Azmin is accused of abetting and inciting Tangam, Rajesh Kumar and Farhan to breach the barricade surrounding Dataran Merdeka.

 
The notice also stated that the breach could have caused a riot or clashes in the area.

A separate notice stated that Azmin had participated in a street protest with the intention of protesting against Zaki Asyraf's court order.

The notice said that this constitutes an offence under Section 4(2)(c) of the Peaceful Assembly Act 2012, and is liable to a maximum fine of RM10,000 described in Section 4(3) of same law.



Hand gestures


It is understood that Anwar is facing similar charges. This will make the duo the first persons to be charged under the newly-passed Peaceful Assembly Act 2012.

Another person who have received a similar notice is prominent Negri Sembilan PKR activist Badrul Hisham Shaharin. At the time of writing, the details of the notice have yet to be confirmed.


dataran breach barricade cordon 290412 azmin ali
The charge is believed to be in relation to the infamous hand signal exchange between Anwar and Azmin seconds before the first breach of the barricades.

Badrul Hisham was behind Anwar at the time.

Various videos circulating on the Internet depicted Azmin gesturing and pointing over his back while Anwar was depicted gesturing to the former with both hands in a rolling motion.

Seconds later, while Azmin was trying to get down from an elevated platform after the exchange, a man standing behind him appeared to have lifted a metal barricade.

The man behind Azmin was later identified as Tangam, who has been charged on May 3 under Section 143 of the Penal Code for participating in an unlawful assembly, which was read together with an alternative charge of breaching a court order under Section 188 of the Penal Code.


thanggam bersih barrier breach barricade 010512
Tangam was the first to be charged over the rally. Two others who have been charged for similar offences are lawyer Rajesh Kumar Gejinder Nath and Farhan, who is also a PKR Youth exco member.

Anwar and Azmin have denied claims that the exchange of hand gestures had anything to do with the breach.

Anwar claimed that his hand signals were instructions for Azmin to negotiate with the police, while the later claimed he gestured back to inform him that the negotiations were completed.

Attorney-General’s Chambers prosecution head Tun Abdul Majid Tun Hamzah confirmed that Anwar, Azmin and Badrul Hisham (Chegubard) will be the only ones charged tomorrow.- malaysiakini


PKR trio in court tomorrow over Bersih 3.0

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0523&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_24.htm

SERDANG 23 Mei - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihati pelajar universiti khususnya pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), agar tidak melibatkan diri dalam demonstrasi jalanan.

Sultan Sharafuddin yang juga Canselor UPM, bertitah demontrasi jalanan amat tidak bersesuaian dengan budaya di negara ini kerana perbuatan itu hanya mengundang pelbagai masalah kepada masyarakat.

"Adalah menjadi kebiasaan manusia apabila mereka berkumpul secara beramai-ramai dan berarak di bandar-banda raya, ia akan mencetuskan hura-hara kerana akan ada yang bertindak mengikut emosi yang tidak terkawal," titah baginda pada majlis Gemilang Akademia UPM, di sini hari ini.

Titah baginda perbuatan tersebut mendedahkan pelajar kepada tindakan undang-undang seterusnya tuduhan di mahkamah dan tindakan dibuang universiti.

"Pelajar sepatutnya menumpukan perhatian di dewan kuliah atau di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran bersesuaian dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar universiti.

"Kita perlu ingat bahawa ramai lagi pelajar yang tidak dapat peluang untuk belajar di universiti, oleh itu janganlah dipersiakan peluang yang ada itu dan menghampakan harapan ibu bapa serta keluarga," titah baginda.

... Meskipun hasrat kerajaan memberi sedikit kelonggaran kepada pelajar universiti untuk melibatkan diri dengan politik dan berpersatuan, tetapi ia perlu dilakukan secara berhemah dengan mengambil kira kepentingan masyarakat dan mematuhi undang-undang pada setiap masa, titah baginda......

http://www.sarawakpage.com/?p=6629

Bersih 3.0 a challenge on govt’s will to enforce law — Dr Ongkili

.....Dr Ongkili also held the organisers of the demonstration fully responsible for the eventuality that had taken place during Saturday’s illegal gathering.

He said that the authority had declared Dataran Merdeka out of bounds in order to avoid inconveniences to businesses and city travellers, offering instead alternative sites for the peaceful demonstration. Even the High Court ratified the decision of City Hall.

“But when you have the president of Pakatan Rakyat openly urging demonstrators to storm Dataran Merdeka, we then have a bunch of leaders who are disrespectful of the law of the land and instigating supporters to openly commit offences....