18 May 2012

Daftar Pemilih paling bersih - Bila 'Tamil Malar' bertukar jadi Mansor bin Jali...

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sebagai ‘pekak badak’ dan degil kerana masih lagi tidak mengambil peduli terhadap bantahan rakyat terhadap daftar pemilih yang masih ‘kotor dan tidak bersih’ dan perlu segera dibersihkan sebelum pilihanraya umum ke 13.

“Sehingga hari ini masih ada lagi kes-kes yang meragukan di dalam daftar pemilih dan ianya akan terus dibongkarkan oleh Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia,” kata Ketua Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan (gambar).

Beliau berkata, pihaknya cukup risau dengan kes terbaru yang melibatkan ‘kecuaian’ JPN dan SPR telah menimpa Puan Tamil Malar a/p Subramaniam yang telah kehilangan hak beliau sebagai pengundi berdaftar kepada Mansor bin Jali kerana masing-masing mempunyai no kad pengenalan yang sama, 750516085360.

Selain itu tempat mengundi masing-masing pun berbeza dengan seorang pengundi di Perak dan Melaka.

Katanya, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat ‘kecuaian’ yang berlaku adalah disebabkan sikap tidak serius JPN dan SPR di dalam memastikan pilihanraya yang akan datang berjalan dalam suasana yang telus ataupun itu adalah salah satu ‘bantuan’ daripada pihak-pihak agensi kerajaan untuk membantu kemenangan Umno dan Barisan Nasional.

Justeru, ujarnya lagi Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak menolak kemungkinan kes-kes sebegini juga berlaku di negeri-negeri lain.

Oleh itu, kata beliau Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta JPN dan SPR supaya jangan mengkhianati amanah rakyat untuk mendapatkan satu pilihanraya yang telus dan adil.

Tambahnya, JPN dan SPR perlu menjadikan diri sebagai agensi yang berwibawa dan tidak mudah menjadi lembu yang dicucuk hidung semata.

“Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan kepada jentera pilihanraya di peringkat pemuda negeri dan kawasan-kawasan untuk melakukan semakan terhadap pengundi-pengundi sedia ada dan melaporkan sekiranya berlaku kes-kes yang meragukan supaya dapat diambil tindakan segera,” ujarnya lagi.- harakahdaily




Tak boleh mengundi, nombor IC 'dicuri'

Seorang wanita mendakwa dirinya hilang kelayakan mengundi apabila semakan di web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menunjukkan nombor kad pengenalannya dimiliki pihak lain.

Ketika membuat semakan, Puan Tamil Malar yang memiliki no kad pengenalan biru 750516-08-5360 terkejut apabila namanya tidak keluar tetapi yang dipapar adalah nama seorang lelaki Mansor Bin Jali.

Puan Tamil Malar menetap di DUN Tronoh, Parlimen Batu Gajah, Perak namun dalam semakan menggunakan no kad pengenalannya itu memaparkan beliu adalah pengundi di DUN Ayer Limau, Parlimen Masjid Tanah, Melaka.

Sementara itu, Adun Tronoh V.Sivakumar berkata, pihaknya hairan dengan kes yang berlaku itu sedangkan daftar pemilih dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu disemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Terbukti  ada unsur-unsur  penipuan dalam pendaftaran pemilih.

"Saya memohon kepada Pengerusi SPR Malaysia untuk memberi penjelasan mengenai hal ini dengan segera," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Sivakumar lagi, pihaknya kini sedang giat megesan 'pengundi hantu' yang mungkin wujud di Dun itu.

"Kami sedang membuat operasi  ‘Ghost Busters’ di DUN Tronoh dan dalam operasi ini kami berjaya megesan satu kes penipuan yang sangat nyata," katanya merujuk kepada kes Puan Tamil Malar itu.- harakahdaily



'Who's the real Tamil Malar?' PAS asks EC, NRD

The Election Commission and National Registration Department have told to explain the case of 'stolen identity' involving 37-year old Tamil Malar, whose Mykad number is registered under a different person.

“The latest case is very worrying as it involves 'carelessness' of NRD and EC,” said PAS Youth's election committee head Mohd Sany Hamzan.

Yesterday, Harakahdaily reported that Tamil's MyKad number 750516-08-5360 was found to be listed under a man named Mansor b Jali.

Tamil lives in Perak's Tronoh state and Batu Gajah parliamentary constituencies, while Mansor is listed as a voter from Ayer Limau state and Masjid Tanah parliamentary constituencies in Melaka.


Sany blamed the "carelessness" on EC's lack of seriousness, and did not rule out it could be part of the plan by government agencies to tweak the results of the coming polls in favour of Barisan Nasional.

Saying Tamil’s case may not be isolated, Sany urged both EC and NRD to show integrity.- harakahdaily




EC says voter Tamil Malar is now 'Mansor bin Jali'

 A woman could not vote at the coming general election, after finding out from the Election Commission's online database that her identity has been stolen.

Tamil Malar, bearing the MyKad number 750516-08-5360, was surprised to find that her identity card number now belonged to a man named Mansor b Jali.
Tamil, who lives in Perak's Tronoh state and Batu Gajah parliamentary constituencies, is now listed as Mansor, a voter from Ayer Limau state and Masjid Tanah parliamentary constituencies in Melaka.

Tronoh state assemblyman V Sivakumar was puzzled how this could happen when a voter's information was supposed to be validated with the database of the National Registration Department.

“There are elements of fraud in the electoral roll. I urge EC chairman for an immediate explanation,” he said.

Sivakumar said his team was on a 'ghost-busting' mission to weed out phantom voters in his constituency.- harakahdaily





Breaking News....



cheers.

No comments: