28 May 2012

Noh Omar - dah biol pasai isu lembu NFC, pasai ayaq lagi blur...

Rakyat perlu mengetahui kedudukan sebenar terutama usaha kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air dari syarikat konsesi bagi mengelak kenaikan harga air yang keterlaluan dan perkhidmatan pembekalan air yang lebih berkualiti.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kurangnya pengetahuan mengenai isu air menyebabkan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) memutar-belitkan isu ini demi politik dan menyelamatkan syarikat konsesi yang dimiliki kroni Umno.

Sehubungan itu, beliau akan memberi penerangan lanjut mengenai isu bermula dari proses pengumpulan air mentah di empangan, disalurkan ke loji pembersihan sehinggalah disalurkan kepada pengguna di samping isu air tidak berhasil (NRW).

“Kita akan menerangkan secara terperinci langkah demi langkah untuk memberi kefahaman kepada rakyat dan pemimpin Umno-BN yang kita lihat kurang memahami isu sebenar.

“Kita juga akan tunjukkan perbandingan bagaimana negara lain menguruskan air secara profesional yang berlainan dengan negara ini yang lebih mengutamakan syarikat kroni,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Guru anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Sabak Bernam, semalam.

Abdul Khalid berkata, penerangan lanjut ini akan dibuat oleh beliau selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu ini.

Beliau juga akan menerangkan kelemahan pengurusan air oleh syarikat konsesi yang menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban itu.

Noh bukan pakar

Mengenai kritikan Datuk Seri Noh Omar mengenai isu air, Menteri Besar menegaskan beliau tidak memandang serius kerana Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu bukan pakar dalam industri air.

“Beliau tiada kepakaran malah mempunyai pengetahuan yang cetek mengenai isu air. Isu NFC (National Feedlot Corporation) pun beliau gagal selesai, inikan pula isu air.


Adalah lebih baik jika beliau menyelesaikan terlebih dahulu kontroversi NFC sebelum memberi komen isu air yang beliau tidak tahu pucuk pangkalnya,” kata Menteri Besar.


Abdul Khalid berkata, tanggung jawab untuk membersihkan air mentah adalah di bawah tugas syarikat konsesi iaitu Puncak Niaga manakala Lembaga Urus Air Selangor (Luas) bertanggungjawab memastikan air mentah di empangan mencukupi.

Beliau yakin rakyat menyokong penuh usaha kerajaan negeri menyusun semula perkhidmatan air dan tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan Umno-BN yang dangkal dan tidak berpaksi pada data yang tepat dan benar tetapi lebih kepada perbohongan.-FMT


Air S’gor buat kroni Umno kenyang...

Kenyataan seorang pemimpin Umno Selangor bahawa jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri itu maka masalah air akan diselesaikan adalah muslihatnya untuk memberi ’makan’ kepada kroni dan dirinya sendiri.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Faekah Husin berkata, kenyataan ini merupakan amaran awal BN akan meneruskan projek pembinaan loji Langat 2.

Beliau merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung masalah bekalan air yang bakal dihadapi negeri itu menjelang tahun 2014.

“Rakyat akan tahu bahawa projek ini sebenarnya untuk kepentingan kroni dan Umno malah Noh sendiri, bukannya untuk kesenangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau menegaskan, “jika Noh gagal memahami isu ini, kita tidak hairan bagaimana kementerian beliau gagal menangani isu penyelewengan dana NFC (National Feedlot Corporation) yang memalukan seluruh menteri kabinet.

“Kita telah tegaskan masalah air di Selangor berpunca dari pengurusan yang lemah dan pengetahuan yang cetek.

Disebabkan kelemahan-kelemahan ini, rakyat terpaksa menanggung kos pembinaan Langat 2 yang sangat mahal.


‘Sedia payung sebelum hujan’


Jika ini berlaku katanya, tiada guna rakyat menyesal kerana nasi sudah menjadi bubur. Adalah lebih baik rakyat ‘menyediakan payung sebelum hujan’ dengan menolak Umno-BN yang jelas hanya berjuang untuk menambah kekayaan keluarga dan kroni.


“Kos RM12 bilion untuk membina Langat 2 mungkin ditanggung rakyat Selangor hingga ke cucu cicit dengan kenaikan tarif air yang melampau dan membebankan,” tegas beliau.

Faekah menempelak cabaran Noh menyarankan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya minum air empangan sebagai benar-benar kurang bijak yang hanya menggambarkan betapa ceteknya akal beliau.

“Air empangan hanya selamat diminum selepas dirawat di loji pembersihan. Di negara-negara maju, air paip selamat diminum terus dari paip tetapi di Selangor sebaliknya berlaku.

“Pengguna terpaksa mengeluarkan lagi perbelanjaan untuk membeli penapis air kerana air berkeladak dan berbau klorin.

Ujar beliau, “inilah hasilnya apabila pengurusan air diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mengutamakan kualiti tetapi mengejar keuntungan semata-mata untuk menambah kekayaan kroni dan keluarga.

“Oleh sebab itu, kerajaan negeri akan membina loji pembersihan sendiri tanpa perlu menebuk Banjaran Tiiwangsa yang kosnya dianggarkan RM12 billion.-FMT



Noh Omar's dare does not hold water

ngo pro selangor government rally 230111 faekah
Selangor Umno Liaison deputy chairperson Nor Omar's recent response daring the Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim to drink untreated water from dams has shown that he is shallow-minded, said Khalid's political secretary Faekah Husin(left).


Noh(right), the Agriculture and Agro-based Industries Minister, made the remark when responding to Khalid's invitation to federal ministers to inspect Selangor's water reserve level.


Commenting on the issue today, Faekah said Selangor government's core concerns were the continuation of the 20 cubic metres free water policy, a more effective water supply service and a low water tariff.


"Noh Omar appear to have no knowledge of what we are doing, his statements shows how foolish and shallow-minded he is. Dam water can only be consumed after being treated at the plant. In developed countries, it is safe to drink water directly from the tap but not in this state.

 NONE"Users have to incur extra costs to buy water filters due to the murky water and chlorine smell.


"This is the result of the water management concession being granted to a crony company which does not prioritise water quality but profit, to enrich them and their families," she said.


Faekah added that due to the poor management, the rakyat might need to foot the bill for the exorbitant RM12 billion Langat 2 water treatment plan.


She said Noh's statement that should BN recapture Selangor, the water problems will be solved is an early warning that BN will approve the project if it comes to power.

"If this happens, the construction cost of RM12 billion may be borne by the people of Selangor and even by their descendants, not to mention the burden of excessive water tariffs," she said.- malaysiakini


Raw Water Supply Prime Issue In Solving Selangor's Water Problem ...

cheers.

No comments: