29 May 2012

TG.Nik Aziz - Lebuhraya Wakaf Akan Siap dlm. tempoh 3 tahun...

Lebuh raya berkonsepkan wakaf dibina. Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion akan dapat disiapkan mengikut jadual.

Mursyidul Am PAS itu berkata pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat, lapor Malaysiakini.

"Kita yakin dapat melaksanakan projek bernilai RM1.8 bilion ini walaupun tidak sepenuhnya melalui sumbangan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu di Kampung Berangan Mek Nab di Machang, hari ini.


Nik Aziz mengulas kenyataan sesetengah pemimpin politik, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang sangsi dengan kemampuan kerajaan PAS Kelantan membina lebuh raya melibatkan kos besar dan menyifatkannya sebagai gimik politik.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
 
Ladang Sungai terah menyumbangkan RM1 juta untuk pembinaan lebuh raya bagi meringankan kesusahan rakyat Kelantan yang pulang ke kampung pada setiap hari raya dan cuti sekolah

Katanya lebuh raya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).

"Pembinaannya berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya.


Tok Guru Nik Aziz sendiri menyumbangkan RM5,000 wang peribadinya semalam untuk menjayakan projek ini.


Anak syarikat kerajaan negeri, Ladang Sungai Terah menyumbang RM1 juta manakala syarika Ufuk Budiman menyumbang RM100,000 kepada projek ini.


Di majlis itu, Tok Guru Nik Aziz menyeru semua lapisan masyarakat turut derma atas rasa tanggungjawab dan rasa hak bersama.


"Iapun bertepatan dengan Islam derma yang menggalakkan kita buat jalan selain masjid dan kita akan dapat pahala berpanjangan," katanya.


Sementara itu di Kuala Lumpur
, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada kerajaan PAS Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana berjaya mengusahakan projek pembinaan lebuhraya dari Kuala Krai ke Kota Bharu yang bernilai RM1.8 bilion.

“DPPM percaya pembinaan lebuhraya ini adalah hasil dari kecekalan dan kesungguhan pemimpin PAS berjuang demi rakyat dan bukannya khayalan atau gimik politik seperti tohmahan sesetengah pihak,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.


Beliau berkata, hanya dengan sikap amanah, adil, jujur dan bersih serta menjauhi rasuah atau penyelewengan kuasa menjadikan kerajaan PAS Kelantan mampu berdikari meskipun tanpa bantuan kerajaan pusat.


Katanya, ia juga menjadi petanda bahawa PAS bersedia memimpin negara ini jika diberikan mandat oleh rakyat kelak.


Apa yang lebih membanggakan lagi, ujar beliau kerajaan Kelantan berjaya menunjukkan contoh Negara Berkebajikan yang dicanangkan PAS selama ini dan juga dalam Buku Jingga seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat iaitu dengan pembinaan lebuhraya tanpa tol, sesuatu yang tidak pernah difikirkan munasabah oleh pemerintahan Umno BN.


Malah, katganya konsep wakaf dan sumbangan daripada orang ramai serta syarikat berteraskan kerajaan (GLC)  memberi gambaran bahawa projek ini adalah hasil titik peluh daripada kerajaan dan rakyat negeri itu yang bekerjasama membangunkan negeri tersebut.


DPPM juga, ujarnya merasa kecewa kerana kerajaan pusat gagal memberikan kemudahan lebuhraya kepada rakyat Kelantan seperti yang sepatutnya. Menurutnya, berpuluh tahun rakyat Kelantan dinafikan hak daripada memiliki pelbagai kemudahan sehingga mereka terpaksa memikirkan kaedah lain bagi mengatasi masalah mereka. - ibnuhasyim.com


Pembinaan Lebuh Raya Rakyat: Kota Baru - Kuala Krai


People's Highway Will Be Completed...

 Kelantan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat is confident that the construction of the RM1.8 billion highway called "Lebuh Raya Rakyat" (People's Highway), linking Kuala Krai to Kota Baharu, will be completed.

The PAS spiritual leader said funding for the project would also come from contributions from the people.

"We are confident of implementing this highway project worth RM1.8 billion although not totally through the people's contributions," he told reporters after the highway ground-breaking ceremony in Kampung Berangan Mek Nab, here, yesterday.

Nik Aziz was responding to doubts expressed by some political leaders over the Kelantan PAS government's ability to build the highway which involves a huge cost and describing it as a political gimmick.

On Sunday, Kelantan Umno liaison chairman Mustapa Mohamed expressed such doubts.

His deputy Awang Adek Hussin, said the same yesterday, adding that no state government had built a highway on its own.

"Although there are companies which can afford it, they need to borrow from the banks. Even the Kelantan government is still dependent on the federal government to drive its economy," he told reporters after a luncheon with Kelantan Inland Revenue Board staff.

Meanwhile, state Financial Planning, Economy and Welfare Committee chairman Husam Musa said the 73km highway without toll would solve the traffic congestion problem and expected to be completed in three years.- malaysian mirror


Komen dari facebook..

Mohamad Zaimi Mohamad Noh - Klntan ada dua eko menteri pusat... tapi kedua2nya tidak memberi apa2 munafaat pun kpd rakyat klntan... hanya membuncitkan perut2 mereka sendiri sahaja... aku amat2 yakin..

Penunggu Rimba - semoga dengan terbinanya lebuhraya rakyat ni, maka lebih ramai lg mulut puak2 umno ternganga melihat kemajuan negeri kelntan dengan membina lebuhraya rakyat...walaupun dengan sumbngan derma rakyat, lebuhraya tanpa tol.tk mcm lebuhraya lain,,, sia2 je byr cukai tp kena byr tol gak

Lim Swee Chan Charles - Lebuh Raya Rakyat Pertama Di Malaysia - Jangan lupa untuk berkongsi derma dan membuat amal jariah dalam pembinaan lebuh raya ini. Derma kepada Baldah Toyyibah ( Prasarana) kelantan Sdn Bhd. No Akaun 03036010003031 Bank Islam. Tolong war warkan kepada yg tidak tahu.

Adam Ghazaliey - bkn ke lebuhraya tu tuk kebaikan rakyat kelantan gak, apa salahnya kerajaan pusat membantu,, mana slogan rakyat didahulukan pancapaian diutamakan, tambah2 lagi puak2 umno kelantan yg berpengaruh di pusat...boleh mendesak najib bg peruntukan,, mcm mane nak amik hati rakyat kelantan,, kata nak amik kerajaan kelantan..

Sri Nzw - Sama2 lah kita berdoa dan bermunajat kpd Allah semoga cita2 kerajaan negeri Kelantan menjadi kenyataan. Juga kita berdoa semoga kerajaan yang zalim akan tumbang dan diganti dgn kerajaan yang adil serta berkebajikan kpd rakyat. Amin.


 
Seorang pelakon yang berasal dari Kelantan,Mustapha Kamal menyokong usaha murni kerajaan Kelantan.


cheers.

2 comments:

PakTehPas said...

Doa guruku Nik Abd Aziz Nik Mat.
اللهم انصر الاسلام و اعز المسلمين.
واذل الظلم والظالمين

amalwanie said...

Insyaallah impian anak kelantan diperantauan akan menjadi kenyataan...setiap kali cuti perayaan jalan raya penuh sesak..semua anak kelantan wajib beri bantuan semampu mungkin...kalau ikhlas ingin membantu...menteri umno tak ada kuasa di kelantan...