22 May 2012

Tangkap Anwar Ibrahim...

Provokasi berterusan dan konotasi buruk oleh bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor terhadap Bersih memberi petanda-petanda awal beliau akan bertindak lebih jauh dari panel penyiasat Bersih. Cara beliau mengomen dan memberi pandangan berhubung himpunan Bersih dilihat sebagai 'penyambungan' tugas beliau sebagai Ketua Polis Negara.

Banyak komen beliau mengenai Bersih dipertikaikan dan campur tangan beliau dilihat tidak revelan.  Sebelum ini orang sudah tahu dan masih ingat macam mana beliau berusaha keras mengikut kehendak dan arahan pihak tertentu dengan membelakangkan semangat dan profesional polis apabila beliau melakukan kekejaman kepada bekas TPM Anwar Ibrahim.

Ekoran pendedahan suruhanjaya di raja yang menyiasat mengenai insiden mata lebam dialami Anwar terdedah di pelakunya buruk dan sadis Rahim. Pendedahan itu sungguh memalukan Rahim dan maruahnya sebagai KPN terjejas. Pasukan polis di raja Malaysia juga tercermar.

Penangkapan Anwar waktu itu ada hubung kait dengan konspirasi untuk meleburkan kerjaya politik Anwar. Tindakan Rahim menangkap kemudian menumbuk mata Anwar semasa dalam tahanan polis dengan kedua belah tangannya digari tidak menyelesaikan masalah, perkiraan Rahim bahawa dengan tumbukan itu Anwar akan 'mati' tidak menjadi kenyataan. 


Sebaliknya Anwar menjadi lebih segar dengan tumbukan Rahim itu. Tumbukan itu menyuntik semangat dan nekad waja kepada Anwar. Tumbukan itu juga menyebabkan keadaan Umno huhuhara dan akhirnya kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen.

Rahim perlu bertanggungjawab dan perlu menebusnya. Satu-satu cara untuk menebus dosanya kepada Umno ialah mengekangkan kemaraan Anwar yang semakin gila disambut rakyat hari ini.

Apabila Rahim melakukan kekejaman ke atas Anwar dengan harapan Anwar akan kojol dalam politik, tetapi jadi sebalilknya, Rahim harus merasa malu. Beliau sepatutnya meletak jawatan lebih awal demi menjaga maruah dan reputasi polis. Tidak boleh dinafikan perosak maruah dan imej polis negara ini ialah Rahim.

Kini tugasnya disambung dengan membuat kenyataan-kenyataan palsu bersifat perkauman dan jahat mengenai Bersih 3.0. Rahim berharap dengan kenyataan dan maklumat kononnya sulit diperolehi itu akan mempengaruhi panel penyiasat Bersih diketui seorang lagi bekas KPN Hanif Omar. Hanif  boleh membuat rumusan dan dapatan-dapatan mengenai Bersih. Beliau juga boleh mencadangkan apa-apa tindakan wajar dan tidak masuk akal. Tektik dan strategi jahat polis yang selalu digunakan untuk menangkap orang tanpa bukti boleh digunapakai, dan Hishmauddin Hussein akan merestuinya asalkan ia boleh menyelamatkan Umno.


Sudah dapat dibayangkan apakah tindakan diingini. Dia sudah pun mula membuat provokasi dan andaian-andaian yang busuk yang membolehkan beliau membuat kesimpulan khianat untuk mempengaruhi  siasatan. Percayalah usaha Umno untuk menawan hati rakyat dan transformasi dilakukan Najib akan hancur apabila pendekatan dan tindakan mengekang pembangkang dilakukan mengikut cara dan otak lapok polis cara Rahim.

Tidak dapat dipastikan apakah kerajaan telah berbincang dengan KPN Ismail Omar sebelum melantik Hanif Omar?  Rasanya tidak? Sewajarnya kalau pihak kerajaan terlebih dahului bertanya Ismail untuk mengelakkan timbul implikasi lain kerana umum tahu mengenai latar belakang Hanif dan juga hubungkait dengan bekas pemimpin sebelum ini

Cadangan atau pun tuduhan mengatakan Bersih ada rancangan untuk melakukan pertumpahan darah adalah bahaya dan ia merupakan tuduhan lebih dahsyat dari hasutan. Kata Rahim dia ada maklumat perkara itu digerakkan oleh individu yang ada rekod buruk. Siapa dia? Tektik Rahim membuat provokasi itu untuk menarik perhatian panel penyiasat.

Kenapa Rahim berkata begitu?  Dalam hal ini Rahim merendahkan minda politik pembangkang dan memberi konotasi pembangkang sebagai jahat dan tidak tamadun serta sedia melakukan keganasan untuk mendapatkan kuasa. Rahim lupa beberapa keganasan yang meletus di tempat-tempat ceramah hari ini adalah perbuatan siapa? Kalau Rahim ikhlas beliau harus siasat segala kejadian itu dulu sebelum membelokkan jarinya ke arah lain.

Saya tidak terkejut selepas selesai siasatan ke atas Bersih, panel itu khususnya ketunya Hanif  akan mencadangkan kepada kerajaan agar menahan dan menangkap individu tertentu termasuk pemimpin Bersih dan pembangkang. 


Undang-undang pencegahan khas yang baru diluluskan bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh diguna pakai dan ditry. Apabila dua orang bekas KPN bergabung tenaga ia boleh mengelirukan orang ramai dengan menganggap dakwaan mereka benar kerana mereka adalah bekas KPN.

Lama sebelum ini bila bercakap fasal bila pilihan raya akan diadakan, saya meramalkan parlimen dibubarkan apabila Anwar ditolak masuk ke penjara. Apakah dengan campur tangan Rahim dalam usaha menyelamat kapal UBN yang hampir karam ini menyebabkan Anwar akan ditangkap?- Mohd.Sayuti Omar,msomelayu.blogspot



Dakwaan terhadap Anwar, Azmin bermotif politik...

Pendakwaan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan parti itu berhubung himpunan Bersih 3.0 adalah jelas bermotifkan politik, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Sivarasa Rasiah.

“Motif politik dalam pendakwaan terbaru ini adalah jelas.


“Selepas gagal menghalang Anwar dengan rekaan tuduhan liwat, Peguam Negara, Gani Patail,  dengan arahan daripada pihak atasan, kini sekali lagi terdesak untuk cuba menghentikan kemaraan Anwar ke Putrajaya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Petang tadi, Anwar, Timbalannya, Azmin Ali dan Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin menerima writ saman untuk ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada jam 9 pagi esok.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh,  mereka akan dihadap dengan tuduhan di bawah Seksyen 4 (2) (c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) iaitu menganjur atau menyertai suatu protes jalanan.

Sivarasa berkata, dakwaan bahawa mereka mengarahkan peserta Bersih 3.0 memecahkan penghadang ke Dataran Merdeka adalah mengarut apabila bukti video jelas menunjukkan Anwar mengarahkan peserta himpunan itu menuju Jalan Tun Perak.

“Tuduhan kedua iaitu hadir dalam protes  jalanan adalah bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Pendakwaan terhadap Anwar dan lain menunjukkan sikap hipokrit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang selama ini melaungkan program liberalisasi dan transformasi politik,” katanya lagi.

Difahamkan jika sabit kesalahan, ketiga-tiga pimpinan KEADILAN itu akan hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. - keadilandaily.com



Anwar - ‘I agree to PAS and Umno dialogue’

Opposition Leader Anwar Ibrahim is all for a PAS-Umno dialogue (muzakarah) before the 13th general election.

“I agree to the dialogue between PAS and Umno. I encourage PAS to go ahead.

“In fact I agree that there should be muzakarah so that we can tell Umno that in Islam we cannot cheat in election.

“Cheating in election is the number one issue PAS must discuss with Umno, and this is against Islam,” he added.


“The number two issue is ‘jangan zalim’ (don’t be cruel), and number three is corruption. That is muzakarah, so don’t worry.

“So I agree that muzakarah should be held with Umno,” Anwar, said alluding to the issue of muzakarah raised by Kelantan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat, who is also the spiritual leader of PAS.

Nik Aziz had reportedly said that Umno would have to meet with several conditions that would be determined by PAS if the two parties wanted to engage in consensus building towards achieving unity.

“If Umno wants to unite with PAS it must change its policy whereby Islam must come first.

“Umno must accept PAS together with Pakatan partners. When Umno has changed it must join Pakatan,” he reportedly said.

Anwar was in Third Mile Bazaar here last night in a ceramah which was attended by more than 2,000 people.

Anwar, who is on the last leg of his Sarawak tour, said that he had been told by many that a dialogue between PAS and Umno “is bad”.

“(But) I told them not to worry. We will provide proof to them that Umno is cheating (in the election).

“For instance, there are 47,000 foreigners who are not listed in the National Registration but are allowed to vote.

“In Permatang Pauh there are 123 voters registered using one address. These people are Javanese and Burmese,” he said, pointing out that Malaysia is the only country in the world where non-citizens are allowed to vote.


Free education under Pakatan


Anwar also explained the reason why Pakatan Rakyat wanted to take over the government.

“We want to put a stop to all this nonsense.

“We have enough of corruption, enough of racism, and enough of abuse of power. It is time that we change the system,” he stressed.

Acknowledging the current mood among the voters who are fed-up with the ongoing political shenanigans, Anwar said that with Pakatan in power the real issues will be dealt with ‘immediately’.

“I know you have waited long enough. You have reasons to be cynical against some politicians if not all.

“That is why I told (Lim) Kit Siang and (Abdul) Hadi that the first thing we must do when we take over the government is to reduce the price of oil to take effect immediately.

‘Within one year we will ensure that there will be free education right from primary one to university.

“We provide to every person from the remote area in Kapit to the town centres good quality education. This is important.

“We will get rid of PTPTN as we don’t want to burden the parents and students,” he said.- FMT



cheers.

No comments: