06 December 2011

UMNO mahu tangani surat 'akuan janji' tapi perjanjian royalti rakyat Kelantan tak dihormati...

Perhimpunan Agong UMNO yang baru selesai ini menampakkan kepada kita segala niat dan matlamat UMNO serta pimpinannya yang sebenar. Bermula dari ucapan Timbalan Presidenya semasa perhimpunan 3 sayap parti pada selasa lepas membawa kepada ucapan dasar presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO sehinggalah kepada ucapan penangguhan persidangan pada sabtu yang lepas semuanya penampilan parti yang "desperate dan panicky".

Seperti biasa agenda Melayu menjadi isu yang terbesar seperti perhimpunan-perhimpunan sejak UMNO mula berkecai selama lebih dua dekad yang lalu.Program transformasi ekonomi (PTE) merupakan sebutan seperti menyebut nama cucu oleh seorang atuk, tetapi semua orang tahu dan merasakan yang setakat ini tidak ada satu pun lagi PTE yang sedang berjaya dilaksanakan.

Perwakilan yang datang dari seluruh negara di hiburkan hanya dengan lawak jenaka pengerusi tetap dan tepukan gemuruh perwakilan untuk menghiburkan pemimpin besar mereka. Mereka hanya dilekakan dengan wang bantuan sekolah sebanyak RM100 bagi setiap murid sekolah. Pegawai kerajaan hanya mendapat bonus RM500 dan jumlah increment yang di naikkan dalam angka yang tidak berapa ringgit sahaja.

Isu lembu pun terus senyap sedangkan ia merupakan isu yang membuktikan bagaimana keluarga seorang pemimpin dan ahli jemaah menteri menggunakan pengaruhnya untuk kerajaan memberikan pinjaman mudah beratus juta ringgit untuk di selewengkan dan bukannya untuk membina bidang pertanian untuk kebaikkan negara.

Isu lembu ini telah selesai dengan Shahrizat menyinsing lengan sahaja. Shahrizat tidak payah menyinsing kain, cukup dengan menyinsing lengan….semuanya jadi beres. Percayalah Shahrizat akan tetap turun sebagai ‘winnable candidate’ dalam pilihanraya yang akan datang.

Dalam perhimpunan itu fokus hanyalah terhadap selaran yang bukan-bukan terhadap seteru mereka. Bermacam-macam fitnah di hamburkan oleh pemimpin besar terutamanya Muhyiddin Yassin yang menuduh sebuah parti yang halal berjuang untuk menggugurkan kedaulatan Raja Melayu dan menubuhkan sebuah negara republik. Tuduhan yang di lakukan oleh Muhyiddin ini sesungguhnya ke anak-anakan. Muhyiddin hilang punca dan berkelakuan tidak semacam pemimpin.

Ada pemimpin mencadangkan supaya semua wakil rakyat menanda tangani surat ‘aku-janji’ untuk mempastikan mereka tidak mensabotaj parti. Apa semuanya ini? Perjanjian ‘vestine deeds’ di antara Petronas dan rakyat Kelantan pada bulan Mei 1975 dahulu pun tidak dihormati, bagaimana ahli-ahli UMNO hendak menghormati ‘aku-janji’ itu.

Yang jelas cadangan-cadangan seperti ini timbul kerana rasa kurang keyakinan terhadap ahli parti sendiri. Jika pimpinan UMNO mempunyai masalah dengan kejujuran ahli-ahli parti sendiri kenapa sibuk-sibuk sangat untuk mengambil tahu parti orang lain?

Kepada parti-parti pembangkang saya hanya mempunyai pandangan yang ringkas. Jangan tunjukkan reaksi yang kuat terhadap apa yang berlaku di dalam perhimpunan agong UMNO itu. PR mesti jauhi dari meniru gelojoh BN dengan berkata tanpa menggunakan fikiran yang stabil. Tohmahan Utusan serta media letronik perdana jangan di risaukan kerana rakyat tahu membezakan pihak yang mana satu yang memfitnah dan difitnah.

Anggaplah semuanya ini sebagai cabaran yang perlu dilalui oleh pihak yang sedang hampir dengan mandat rakyat itu. Walaupun PR menghadapi segala ancaman yang kuat dari pihak yang berkuasa PR mesti bersabar.

Jika BN bertindak kasar dan celupar, biarkan, kerana itu memang budaya mereka. Kita mesti faham, apa lagi yang mereka nak katakan dalam keadaan sekarang selain dari melakukan 'slander' terhadap pihak lawan.

Maki hamun mereka itu tidak akan mencederakan sesiapa. Ia akan hanya mencederakan mereka sendiri. Angaplah mereka itu sebagai pihak yang sudah hilang punca kerana orang yang hilang punca selalunya akan bercakap tidak tentu hala.

Percayalah, rakyat sedang memerhatikan kita semua. DAN ramai telah pun membuat keputusan kepada siapa mandat yang mereka hendak berikan.

Baca article seterusnya di sini.

(Catatan di atas adalah sedutan daripada rencana terbaru Aspan Alias yang dimuatkan dalam blognya.)

source:aspanaliasnet.blogspot.com

From Arab Spring to Malaysian Monsoon

2 futher views on the 2011 UMNO General Assembly

LOYALTY A PLEDGE ON PAPER – A NEW UMNO INVENTION


cheers.

1 comment:

Anonymous said...

AKU JANJI menghormati Perlembagaan dan Pemerintahan Undang undang Malaysia, yang khasnya menghalakan rasuah. Tandatangani in dahulu.