19 December 2011

Mahathir nak kelentong macam mana lagi...

NONEDr Mahathir Mohamad didakwa berbohong apabila terbukti beliau bertanggungjawab mengambil pinjaman Bank Dunia sewaktu krisis kewangan 1997-1998 ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli(kanan), mendedahkan tiga dokumen rasmi bersabit salah satu dari empat pinjaman Bank Dunia berjumlah USD704 juta yang diambil kerajaan bagi menangani kemelut krisis keewangan tahun 1997/1998.

Menurut Rafizi, ketiga-tiga dokumen rasmi Bank Dunia itu berhubung pinjaman US60 juta yang merujuk kepada Kertas Maklumat Projek bernombor PID6999 bertarikh 23 Oktober 1998. Laporan itu katanya sebagai laporan awal dan yang pertama untuk Bank Dunia menilai permohonan pinjaman sesebuah negara sebelum rundingan bermula.

Rafizi berkata, bagi laporan kedua pula merujuk kepada Permohonan Pinjaman bernombor 18855-MA bertarikh 3 Mac 1999 yang disediakan untuk makluman pimpinan Bank Dunia dalam membuat keputusan sama ada untuk meluluskan pinjaman oleh kerajaan.

“Terdapat jadual kerja dan rundingan yang melibatkan kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Agensi bertanggungjawab untuk berunding adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

“Permohonan pertama dibuat 26 Julai 1998 dan rundingan selanjutnya bermula selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, yang bertanggungjawab sepenuhnya ketika itu adalah Mahathir,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Dedah Rafizi, untuk dokumen ketiga melibatkan perjanjian ditandatangani pada 31 Mac 1999 dibawah persetujuan Mahathir yang juga selaku Menteri Kewangan.

“Jelas sekali bahawa Mahathir berbohong apabila mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa -Bank Dunia malah pentadbiran beliau dibawah arahan dan seliaan beliau.


Fitnah terhadap Anwar

“Maka fitnah terhadap Anwar adalah usaha memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik oleh beliau (Anwar),” dakwa beliau.

Perkara tersebut timbul ketika Anwar memberikan ucaptama berhubung Program Transformasi Ekonomi kepada diplomat asing dan para duta Khamis lalu, mendakwa Mahathir mendapatkan pinjaman dari Bank Dunia pada 1998.

Namun Mahathir pula mencabar Anwar untuk menunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999. Malah Mahathir berkata beliau adalah orang yang menolak pinjaman daripada Bank Dunia pada masa itu.

Sementara itu, Pengerusi Biro Perdagangan Wong Chen pula mencabar Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) dan kerajaan untuk berhenti bercakap mengenai hal lama, sebaliknya terus fokus kepada perkembangan ekonomi masa depan.

“Isu utama adalah ekonomi. Sedangkan ekonomi Malaysia masih belum berkembang dan masih dalam ekonomi pertengahan. Bila Mahathir kata Anwar berbohong dalam forum itu maka kita mencabar Pemandu dan kerajaan untuk henti bercakap hal lama.

“Kita fikir tentang masa depan. Jangan main cerita tahun 1997 lagi,” katanya.

source:FMT



EPU prepared 3 World Bank applications

PKR has shown documents that a unit under the Prime Minister's Office, under then premier Dr Mahathir Mohamad, had prepared for a US$60 million loan from the World Bank.

According to the publicly available World Bank document dated March 3, 1999, the Economic Planning Unit had prepared for the social-sector loan as early as July 26, 1998.

Revealing this at a press conference at PKR headquarters today, party chief of strategy Rafizi Ramli said this is proof that Mahathir had lied when he said he had rejected any financial assistance from the bank.


"The agreement was signed by the government, whose prime minister and finance minister at the time was Mahathir, at a time when (PKR de facto leader and former deputy prime minister and finance minister) Anwar Ibrahim was in jail with a bad back and a black eye. His involvement would have been impossible," he said.

"It would have been impossible for the EPU to make an application for a loan without Mahathir's instruction. While (Mahathir) was attacking Anwar and calling him a foreign agent, he (was) quietly (asking for) money from the World Bank.”

Mahathir had challenged Anwar to swear on the Quran to prove that he (Dr M) had asked the World Bank for money during the 1998 financial crisis,

According to a document, the loan was preceded by six months of preparation with the appraisal mission departing on Nov 30, 1998 and negotiations kicking off on Jan 2, 1999. The loan came into effect on May 30, 1999.

azlan

Bailout of Son?

PKR also produced other documents which showed that initial preparations for loans, amounting to about US$700 million in total, had taken place in October 1998.

Rafizi said Mahathir should instead be focusing on whether or not taxpayers’ money had been used “to bail out his son's company”.

"At his age, he should focus on cleaning up his image by explaining his role in the bailout of his son Mirzan's company in 1998.

"How (is it that) Mirzan, who was almost bankrupt, now has so much money that the company he is involved in can buy over Philippines liquor conglomerate San Miguel?”

The company is taking over oil and gas downstream businesses in Malaysia, he added.

source:malaysiakini

Mahathir Berbohong, Dokumen Bank Dunia Buktikan Beliau Bertanggungjawab Ambil Pinjaman Bank Dunia.

Clean your image before sullying Anwar’s, PKR tells Dr M

cheers.

3 comments:

Anonymous said...

Anwar: Hang pohon kan?, Dulu aku dah tolok binatang ni semua.

Mahathir: Pooorah,hang yang pi sembah kat Bank Dunia supaya bagi bantuan apakah jadah?

Anwar: Jadi macam mana pula ada dokumen2 permohonan bantuan bank dunia dibuat semasa aku berada di rumah peranginan Bamboo River?

Mahathir: Betoikah?...ah!!ah!!ah!! aku tak ingat, aku lupa...

Anwar: Tu pun hang ada hati nak suruh pi bersumpah di mesjid. Towkay San Miguel tu sapa?

Mahathir: ah!!! ah!!! ah!!!

Anonymous said...

Mula2 kena lah tahu perbezaan di antara IMF dan World Bank?

Kalau tak tahu balik kampung tanam ubi!

mengapalah melayu ni bodoh sangat?

Anonymous said...

Melayu ubi kah betik kah...bukan IMF tu bawah World Bank? Kalu tak salahlah.

Pasai aku tak tau nak beza antara lembu pawah dengan lembu kondo.