08 August 2011

Pendatang Haram akan tentukan UMNO/BN menang PRU ke-13...

Pas menang di Terengganu pada PRU 1999 dan kalah pada PRU 2004. Undi Pas tak berubah pada 2004, sama dengan 1999. Yang bertambah ialah undi BN pada 2004. Pertambahan undi BN pada 2004 adalah kerana peningkatan jumlah yang keluar mengundi. Ada yang ke tahap 95%.

Kebolehan BN mengenalpasti pengundi yang tak keluar pada 1999 dan menarik mereka keluar mengundi pada 2004 adalah satu kehebatan dan mungkin luar biasa.

bakal pengundi2 baru PRU ke-13

Ada pelbagai teori dan sehingga ada yang mengatakan BN "mencipta pengundi hantu" berdasarkan nama yang wujud dalam senarai pengundi yang dikatakan sudah gagal dikesan dan tidak mengundi beberapa kali dalam pilihan raya.


Ini memerlukan kerjasama SPR untuk mengetahui siapakah yang tidak keluar mengundi sejak beberapa kali pada pilihan raya yang lalu.

Kini, selepas tak yakin rakyat akan mengundi BN, BN dengan bantuan JPN dan SPR akan menjadikan warga asing sebagai pengundi baru untuk BN.

bakal pengundi2 baru PRU ke-13

Perkara ini telah pun dilakukan di Sabah dan Kelantan pada beberapa pilihan raya yang lalu. Orang Siam menjadi pengundi di Kelantan dan orang Filipinan dan Pakistan menjadi pengundi baru di Sabah.


Kini Pulau Pinang dan Selangor akan menerima kehadiran pengundi baru dari warga asing. Jika BN selalu berkokok bahwa Anwar menjadi agen asing, tetapi kini Malaysia ditentukan nasibnya oleh warga asing!!!!

source:sokongpr.blogspot.com

Aku setuju 101% dengan penulis blog ini dan mungkin dalam PRU ke-15, PM Malaysia adalah seorang PATI Indon atau Bangala....



DAH JADI AHLI PATRIOT PEMUDA UMNO, MUNGKIN INILAH BAKAL PM MALAYSIA?


cheers.

3 comments:

Anonymous said...

Adik Sharook Khan kah dia ni? Kalau gitu sahlah Ali Ketam punya rancangan!!!

Anonymous said...

Baguslah tu, Nanti anak-anak mereka juga nak sekolah dan dapat bantuan itu dan ini. Kemudian tidak tmpt tinggal pula, Jadi masalah masayarakat. Pada hal banyak warga China, India, Indon dll yg belum dapat PR bagaiman apa MCA, MIC, UMNO dan Gerakan buat.

Anonymous said...

Sekarang pun anak mereka dah penuhi sekolah2 rendah dan menengah di Wilayah Persekutuan KL dan Selangor. Malah ada sebuah sekolah rendah dekat Gombak,bilangan anak2 PATI itu melebihi anak2 orang tempatan.

Yang seronoknya,anak2 mereka ini pun dapat bantuan SPBT!!!

Ada yang dapat 5A dalam UPSR dan tuntut untuk masuk sekolah2 asrama penuh!!!

Apa nak jadi dengan Malaysia dengan PM yang tak guna sesen pun!!