07 August 2011

Kewarganegaraan ekspress, kerja gila gomen UMNO/BN...

Bukti terkini yang didedahkan PAS menunjukkan muslihat jahat BN untuk memenuhkan daftar pemilih dengan warga asing yang diberikan status kewarganegaraan segera.

Ia memberi kita amaran BN tidak ambil mudah terhadap Pilihanraya Umum. Akibat kerap tersasul dan berdolak-dalik, Najib dan Rosmah tersipu-sipu malu dibelakang. Pasangan ‘pertama’ ini telah diberikan isyarat bahawa masa mereka hampir tamat. Inilah sebabnya mengapa mereka mahu memastikan untuk menang besar, jadi musuh mereka di dalam Umno tidak boleh menjatuhkan mereka.

Bukti baru ini sudah pasti menyebabkan kekecohan di kalangan rakyat, yang terperanjat dengan kelancangan BN. Pakatan Rakyat memanggil sidang tergempar di Parlimen untuk menyiasat isu bukan warganegara yang didaftarkan sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Ada yang mengatakan ia hanya hal kecil daripada perkara yang lebih besar lagi. Seperti biasa, SPR berkata tiada apa-apa yang mencurigakan berlaku. Tetapi apabila kerajaan mengatakan tiada apa-apa yang berlaku, ia bermaksud sesuatu yang berlaku!

Pengundian di tanah Malaysia Boleh

Suruhanjaya Pilihan Raya mendaftar sesiapa sahaja yang layak untuk mengundi. Tidak kira sama ada mereka pemegang kad pengenalan merah atau kuning, hitam atau putih, selagi mereka memegang MyKad, maka mereka dialu-alukan untuk mengundi. Ingat, ini Malaysia. Tidak banyak yang boleh kita lakukan berkenaan perkara ini. Betul tak?

Ahhh ... anda dikesan di situ. Bukankah saya telah mengatakan bahawa rakyat Malaysia terlalu selesa dan BN akan mendapat kembali majoriti dua pertiga di Parlimen kerana secara mudahnya rakyat cukup malas untuk bersusah payah?

Akan lebih ramai ‘Bumiputera’ bakal tiba di tanah air Melayu ini. Bumiputera sedia ada perlu berkongsi kek ekonominya dengan bumiputera yang baru. Bukan Bumiputera yang sanggup untuk terus tinggal, mestilah boleh mengutip sisa-sia kek itu. Sekurang-kurangnya, inilah yang dapat kita lakukan, berikan anda cebisan sisa, jadi nikmatilah sementara kita masih boleh memaafkan mereka!

Boleh percaya angka dari kerajaan?

Kerajaan berkata 2 juta orang pendatang tanpa izin akan didaftarkan. Tetapi sejak bila pula kerajaan benar-benar jujur dengan angka-angkanya? Siapa yang tahu angka yang sebenarnya?

Juga, jangan salah faham. Pendaftaran semasa tidak memberi warga asing kerakyatan Malaysia. Ia adalah semata-mata pengampunan untuk mendaftarkan mereka, supaya kita dapat mengesan pergerakan mereka dan membolehkan mereka untuk bekerja secara sah di negara ini bagi tempoh tertentu. Selepas tempoh ini, kami akan mengusir mereka apabila kontrak mereka selesai. Jadi tolong jangan panik, begitulah mentera seruan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein.

Tetapi hal yang pertama sekali, apa yang telah dilakukan Jabatan Imigresen kami selama ini, sehinggakan kita tidak dapat mengesan seramai 2 juta rakyat asing yang memasuki negara ini? Adakah pendatang ini menggunakan teknologi rahsia sehinggakan pertahanan negara kita tidak dapat mengesan? Apakah ini sebabnya, mengapa begitu penting sekali bagi kita untuk mendapatkan kapal selam dan teknologi jet pesawat pemburu untuk mengawal pantai kita yang tak dapat dipertahankan itu?

Keduanya, apakah kaedah untuk mencegah para pekerja ‘secara sah’ ini agar tidak lari apabila tempoh kontrak mereka hampir tamat supaya mereka dapat menghindarkan daripada dihantar pulang? Ia menjadi pola yang dikenali di negara-negara lain dengan jumlah tenaga kerja asing tidak sah.

Oleh yang demikian, isu ketiganya masih kekal, kenapa sekarang? Kenapa pengampunan tiba-tiba berlaku di saat menjelang Pilihanraya Umum ke 13 dengan mengetahui bahawa hal ini adalah suatu masalah yang akan terus berulang selama bertahun-tahun dan tidak ada penyelesaian kecuali pelan jangka panjang?

Melayu paling terkena, mereka dipaksa bersaing dengan para pekerja asing?

Kemudian, terdapat kebimbangan sama ada akan wujud pekerjaan yang mencukupi untuk kita dan untuk anak-anak kita? Dan yang paling terjejas adalah orang Melayu. Sekarang adakah anda faham mengapa PAS dan PKR menjerit dan melaungkan hal itu!

Orang-orang Melayu perlu bertanya kerajaan BN, apakah mereka tidak akan perlu bersaing dengan pekerja asing untuk gaji yang lebih baik sekarang? Adakah ekonomi Malaysia terlalu makmur untuk menyerap seramai 2 juta orang pekerja lagi?

Namun, dalam masa yang sama BN bersedia mengusir orang-orang Cina dan India yang kaya, yang telah berdekad-dekad, malahan berabad lamanya hidup di sini. Ada juga yang telah bosan, mereka membawa harta kekayaan mereka ke luar negara, mana tahu kalau-kalau pelampau seperti Ibrahim Ali dan Perkasa menyita harta mereka. Apakah sebenarnya yang dilakukan Umno? Adakah ahli-ahli Umno memikirkan soal ini? Adakah mereka melindungi orang-orang Melayu ataupun para pemimpin elit mereka sendiri?


Nanti, apabila undang-undang diluluskan bagi ketetapan gaji minima, setiap orang pendatang akan mampu menikmati upah yang lebih tinggi. Jika mereka menghantar pulang RM 500 setiap bulan, ianya kira-kira RM 1 bilion aliran tunai keluar setiap bulan atau RM 12 bilion setahun. Apakah ekonomi sebegini dapat diterima akal? Bolehkah sesiapa pakar ekonomi memberikan ulasan mereka?

Sejumlah RM888bilion telahpun hilang, walaupun itu disebabkan rasuah. Ini adalah penghantaran balik gaji ke luar negara yang diperolehi oleh pekerja asing dan perlu dilindungi oleh KDNK lebih tinggi atau aktiviti ekonomi yang lebih tinggi yang dibawakan oleh pekerja tersebut.

Masalah sebenar adalah apabila mereka tidak mempunyai pekerjaan dan pegawai kerajaan yang rasuah terus mengalirkan dana keluar dari Malaysia - ia adalah dua pukulan berganda kuatnya yang boleh membunuh kita semua.

Bagaimana pula tentang Bersih? Ya, ia telah diharamkan. Namun perjuangan untuk mendapatkan pilihanraya yang bersih belum pernah dan tidak boleh diharamkan. Jadi langkah pertama adalah untuk merapatkan saf berkumpul semula supaya rakyat Malaysia memiliki tumpuannya. Kemudian, merancang strategi. Ramai yang percaya terdapat rahmat disebalik malapetaka dalam dakwaan terbaru ini.

Instant citizenships for votes: How low can the BN go?

source:malaysia chronicle

Mahukah anda lihat bahawa satu hari nanti PM Malaysia seorang anak pendatang haram? Lets say enough is enough....

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Masih ingatkah kita apa yg terjadi apabila Selangor di tadbir oleh generasi kedua pendatang.