Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengakui memang terdapat kesilapan dalam daftar pemilih tetapi mendakwa ia cuma mewakili hanya 0.0001 peratus daripada sejumlah 12.4 juta pengundi berdaftar. "Meskipun jumlahnya kecil, hanya 0.0001 peratus berbanding 12.4 juta, tetapi kita masih membersihkannya setiap hari,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.
"Kita manusia, kita semua buat kesilapan... wartawan juga kadang-kadang buat laporan salah. Sama juga dengan kerani saya... Tolong jangan tonjolkan (kesilapan kami), ini tidak adil.”
Beliau juga membidas pihak pembangkang dan media Internet kerana memperbesar-besarkan apa yang didakwanya sebagai “kesilapan kecil”.
source:malaysiakini
0.0001% dari 12.4 juta pengundi,bererti hanya 12 kesilapan.
Hello...bang Abdul Aziz, hang ingat kami ni bangang macam hang kah?
Tugas SPR adalah untuk mengemaskini daftar pemilih selalu.
PRU diadakan 5 tahun sekali, PRK diadakan bila ada kematian YB, itu pun pada 2 tahun pertama saja.
Jadi sepanjang hari2 lain SPR dok buat apa? Tidor, main golf dan dapat gaji buta!
Kalau wartawan tak tonjol kesilapan SPR, sapa lagi? UMNO?
Sekiranya kesilapan ini tak didedahkan, bang Aziz dan SPR akan terus tidoq dan tak akan mengaku bahawa ada banyak kesilapan....
cheers.
1 comment:
JAHANAM NEGARAKU KIAN HAMPIR andai
tiada perubahan dilakukan!!!!
Post a Comment