14 April 2011

Penduduk Kapit Keluar Sambut Anwar....

Kegiatan harian pekan Kapit terhenti seketika apabila ribuan penduduk keluar beramai-ramai mengalu-alukan lawatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kawasan yang terpencil di bumi Sarawak itu.



Anwar menaiki feri dari pelabuhan Sibu untuk perjalanan melalui Sungai Rejang yang memakan masa selama tiga jam sebelum sampai ke destinasinya. Lebih dua ribu penduduk meyambut ketibaan beliau serta rombongan.

Sambil melaungkan "Hidup Anwar, Hidup PKR" masyarakat Kapit yang majoritinya kaum Iban berpusu-pusu dan berbaris panjang untuk menerima tetamu mereka.




Lawatan Anwar dan sambutan yang diterimanya menandakan Pakatan Rakyat menembusi kawasan pendalaman Satawak yang paling jauh yang dikenali sebagai "Pulau Kapit" kerana perjalanan hanya boleh dilakukan melalui jalan sungai.

"Kami sangat gembira Datuk Anwar datang ke Kapit. Kami sayang kepadanya kerana dia bela nasib rakyat miskin," kata seorang wanita pertengahan umur.




Malah suasana sesak di jalan raya pekan Kapait apabila ramai pemandu menghulurkan tangan mereka untuk bersalaman dengan Ketua Umum Parti Keadilan itu.

"Kapit kami beri kepada PKR, memang kami sudah benci dengan ini BN. Pemimpin mereka tidak pernah datang melawat kami, hanya datang setakat terminal feri sahaja," kata seorang lagi penduduk Kapit.

Sejurus tiba di terminal feri Kapit Anwar memulakan program beliau dengan berjalan disekitar pekan itu untuk menemui penduduk.



Kapit mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu N54 Pelagus dan N56 Baleh.
Kedua-dua kerusi ditandingi oleh KEADILAN masing-masing oleh Edward Sumbang ak Asun dan Franky Bendinang ak Majah.

Pelagus mempunyai 14,550 pengundi manakala Baleh kira-kira 10,500 pengundi berdaftar.

source:tvs news






cheers.

No comments: