21 April 2011

Bukan Cina sahaja, Melayu juga tak sokong kerajaan...

Kisah pengundi Cina yang menyokong pembangkang khususnya DAP bukan baru. Cuma ada pihak tertentu yang membesar-besarkannya setiap kali parti pemerintah kalah dalam pilihan raya. Dan gesaan ‘menghukum’ masyarakat Cina juga sudah lali didengar. Lantas masyarakat Cina dicap sebagai warga yang tidak berterima kasih dan perlu dihukum.

Pada PRU 1969, masyarakat Cina menyokong DAP dan menyebabkan kekalahan besar Barisan Nasional (BN) di kawasan bandar dan akhirnya mencetuskan 13 Mei 1969. Pada PRU 2008, masyarakat Cina berbondong-bondong menyokong pembangkang sehingga DAP berjaya menawan Pulau Pinang.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak yang baru berlalu, calon DAP menang dengan cemerlang. Sebaliknya calon SUPP kecundang satu demi satu. Pada pengamatan pemerhati politik trend pengundi Cina menyokong pembangkang akan berterusan sehingga PRU akan datang.

Ini bermakna parti Cina dalam BN seperti MCA dan Gerakan menghadapi masa depan yang gelap. Dan sebaliknya para pemimpin DAP ternyata gembira dengan sokongan pengundi Cina di Sarawak. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan ia petanda baik kepada parti dalam PRU ke 13.

Tetapi menghukum pengundi Cina semata-mata kerena mereka tidak menyokong parti kerajaan tidak semestinya akan menyebabkan mereka kembali menyokong kerajaan, beliau dipetik sebagai berkata. Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, beliau juga menghukum kaum Cina yang tidak menyokong kerajaan BN tetapi mereka tetap menolak parti kerajaan. Mesti diingat bukan kaum Cina sahaja yang tidak menyokong parti kerajaan. Orang Melayu juga ramai yang berfikiran sama.

Orang Melayu tolak Umno

Di Kelantan, Perak, Kedah dan Selangor, orang Melayu menolak calon Umno secara besar-besaran. Kedah dan Kelantan dikuasai PAS, musuh ketat Umno. Pada PRU 1999, orang Melayu di Terengganu menumbangkan kerajaan BN pimpinan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang menjadi menteri besar sejak tahun 1978 lagi.

Maka Dr Mahathir menghukum kerajaan PAS Terengganu dengan menghentikan pembayaran royalti minyak yang dianggarkan RM800 juta setahun kepada negeri itu. Begitu juga nasib orang Melayu Kelantan yang membantu PAS memerintah negeri itu sejak tahun 1990. Kerajaan Pusat telah meminggirkan Kelantan semata-mata kerana Umno kalah di negeri itu.

Penganalisis politik tempatan menganggap menghukum pengundi Cina yang tidak sealiran mereka adalah tindakan yang sama sekali bertentangan dengan amalan demokrasi.

“Apakah demokrasi negara kita sama dengan beberapa negara Timur Tengah di mana penentang dihukum? Era hanya kerajaan sahaja yang benar sudah berlalu. Jika rakyat tidak suka dengan kerajaan, mereka tentu tidak sokong.

“Mengapa orang (pengundi) Cina tidak sokong kerajaan? Kerana mereka tidak terkongkong dengan kerajaan, mereka kumpulan yang berdikari dan berfikiran terbuka,” kata seorang penganalis Zulkifli Hassan.- Muda Mohd.Noor

source:fmt

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Masalah sekarang dlm party PBB sarawak...ialah siapa bakal penganti Taib ? Pemuda PBB N8 Satok dah tak sabar Abang Zohari ganti KM Sarawak. Tapi pihak kaum dayak dlm PBB pun tidak setuju Abang Zohari ganti Taib,kaum mereka yang banyak menang dalam BN pilihanraya ini,Patut bangsa mereka dipilih jadi KM.bukan melanau atau melayu.Sedangkan kaum cina pun nak minta jadi timbalan KM nanti walau SUPP menang 2 sit.

Anonymous said...

GE1999 - Melayu rata-rata menolak UMNO dan undi PAS dan PKR krn kes zalim Madey terhadap Anwar...ketika itu BN survived hanya krn undi Cina/India/Dayak. Time tuh tak de pulak cite dari Utusan dan BH yg org Cina rasis...\

Itulah sebenarnya wajah hodoh dan hina UMNO...mereka hanya berjuang untuk perut mereka shj...BUKAN UNTUK ORG MELAYU. Duhai sahabat-sahabatku...Melayu boleh bersatu di bawah PAS/PKR tanpa perlu ada UMNO...melayu akan terus maju dan makmur dibumi kita sendiri..sedarlah kita selama ini di jajah oleh UMNO/MCA/Gerakan/MIC/PBB/SUPP.

rgds/Hussein-JB