20 April 2011

Bila SB ‘lantik’ pensyarah universiti....

Senator Dewan Negara, Profesor Dr Syed Husin Ali berkata, Polis Cawangan Khas (SB) bukan sahaja mempengaruhi keputusan yang dibuat kerajaan, malah turut campurtangan dalam pelantikan pensyarah universiti, yang disifatkan lebih bahaya dan teruk dari campurtangan politik.

Beliau mendedahkan perkara ini semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Negara, semalam.

Sekarang ini diketahui bahawa seseorang pemohon untuk menjadi pensyarah akan ditapis. Sebelum ia boleh diterima, namanya dirujuk kepada pihak keselamatan (biasanya SB) untuk dikaji dan dihalusi latar belakangnya.

“Hanya selepas dibersih atau diluluskan oleh pihak SB barulah tawaran jawatan dihantar kepadanya. Biasanya hubungan dan pendirian politik calon itupun boleh menjadi alasan menyekat perlantikan,” ujarnya yang juga mantan Timbalan Presiden KEADILAN.

Menurut Syed Husin, selain pensyarah, pihak polis cawangan khas turut mempengaruhi keputusan dalam pelantikan seseorang profesor Emeritus, yang dilihat tidak sehaluan dengan kerajaan.

“Bahkan lebih buruk lagi diketahui bahawa SB campur tangan dalam hal perlantikan Profesor Emeritus. Gelaran ini diberi kepada seseorang yang telah berkhidmat selama tempoh tertentu di sesebuah universiti selepas ia bersara, atas dasar sumbangan dan kecemerlangannya dalam bidang akademik,” ujarnya.

Menurutnya lagi, terdapat kes di mana seorang bekas profesor yang terkenal dibatalkan gelaran Profesor Emeritus oleh sebuah universiti ulung di Malaysia kerana disekat SB.

Badan-badan akademik dalam Universiti itu bersetuju mengaugerahkan gelaran ini kepada bekas Profesor berkenaan. Akan tetapi, apabila sampai ke peringkat Lembaga Universiti, campur tangan SB berlaku. Maka tidak jadilah gelaran itu dianugerah,” katanya

source: keadilandaily

Bukan saja di universiti, malah bagi perlantikan ke jawatan tinggi dalam perkhidmatan kerajaan juga terpaksa melalui tapisan SB.... Kalau calon itu cenderong kepada pembangkang,peluangnya adalah tipis dan terus diketepikan.

Lihat saja berapa ramai guru2 yang kurang cenderong menyokong parti kerajaan ditukar dengan serta merta...

cheers.

2 comments:

Ab. Jabbar said...

Aku rasa Malaysia ni dah gila! Bubar saja SPA, SPP dan agensi lain biar semuanya SB buat perlantikkan. Bila pensyarah lantikan SB ini berlaku pelajar-pelajar hanya Be end dan keadaan negara jadi The End. Nak pulihkan keadaan mungkin memakan masa 30 tahun pulak. Bila dah bangan, bangan juga. Apa kelayakkan SB menentukan perlantikkan pensyarah. Soal Politik itu hak individu termaktub dalam perlembagaan.
Nampaknya UMNO telah berjaya menempatkan diri bersama, Yahuhi, Fascis dan Syiah. Tahukah mereka
apa fungsi pensyarah. Lebih baik hapuskan semua parti politik guna sistem macam Gadaffi Laknat tu atau macam sistem kominis hanya satu parti aja wujud. Inilah masa kecik2 dulu tak nak mampus dah tua ni menyusahkan rakyat. Nasibmu Malaysia pemimpin mu BANGANG! BANGANG! BANGANG!

Anonymous said...

No wonder Malaysian universities never stand a chance to be listed as one of the best in the world, but rather the worst in the universe.