02 April 2011

Anwar Di Sambut Meriah, Polis Di 'Boo'....

Walaupun dihalang, diganggu dan amaran diberikan polis, kehadiran Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kuching tetap disambut meriah penduduk setempat. Sekalipun tanpa publisiti besar-besaran, namun kehadiran Ketua Pembangkang berjaya dihidu, yang kemudiannya disebar secara lisan, melalui SMS dan emel.
Pada program ceramah di Kampung Rampangi dalam Dun Asajaya malam tadi, seperti mana sebelumnya, polis meneruskan ‘operasi menakutkan rakyat’, namun keberanian rakyat Sarawak dibuktikan dengan kehadiran ratusan termasuk kaum wanita dan anak-anak muda.

Pada satu ketika semasa Anwar sedang berceramah , seorang pegawai polis telah di’boo’ oleh hadirin kerana secara tiba-tiba mencelah dan mengarahkan supaya pembesar suara diperlahankan. “Tak apa, nanti bila kita sampai ke Putrajaya, bukan sahaja gaji guru kita naikkan, elaun polis pun kita tambah,” sinis Anwar disambut ketawa oleh hadirin.

Beliau kemudiannya bergegas ke Demak Laut Commercial Centre untuk memenuhi undangan ceramah di sebuah restoran. Disini, ratusan penyokong Pakatan Rakyat setia menunggu walaupun kawasan tersebut dikepung puluhan anggota polis. “Walaupun agak penat dengan program berterusan sepanjang hari, tapi bila saya tengok orang Sarawak bersemangat, saya pun jadi kuat,” kata Anwar disambut sorakan ‘Reformasi’.

“Ini petanda yang baik. Bukan orang Bidayuh sahaja yang mahu perubahan, orang Melayu pun,” katanya.Anwar berkata Sarawak yang kaya amat jauh berbeza dengan keadaan negara Bangladesh yang dilanda kemiskinan. “Negeri ini akan mengalami nasib yang sama sekiranya pemimpin Barisan Nasional dibenarkan terus merompak hasil mahsulnya,” kata Anwar.

Terdahulu sebelum itu, di sebelah petang, ketika singgah di pekan Serian untuk minum petang, ramai pengunjung di bandar transit tersebut yang mengambil peluang untuk bersalaman dan bergambar bersama Anwar. Kehadiran rakyat Sarawak yang meningkat pada setiap program yang dihadiri Anwar menunjukkan ‘mood’ sokongan kini berpihak kepada Pakatan Rakyat.

“Rakyat Sarawak harus mengambil iktibar daripada kebangkitan rakyat di negara Mesir dan Tunisia yang menumbangkan penguasa yang zalim dan rasuah. “Dunia menolak pemimpin ambil kekayaan dan banyak menyusahkan rakyat. Negeri kaya tetapi rakyat miskin. Semua dah tukar dah, Indonesia dah tukar dah, Mesir dan Tunisia pun dah tukar dah tinggal Sarawak sahaja yang belum,” kata Anwar menutup ceramah di Demak Laut malam tadi.

source:keadilan daily

'Do we still want Taib to rule after 30 years?'


‘BN using army, soldiers to frighten voters’

‘Call home and push for changes’

cheers.

3 comments:

Anonymous said...

Bravo Zulu..

Peringatan untuk rakyaat sarawak!
Hebahkan pada sanak saudara dan
rakanx terutama yang tinggal di
pendalaman - 'KEKAYAAN NEGERI
SARAWAK ADALAH UNTUK RAKYAAT
SARAWAK'Samapi masanya untuk
berubah!

azman kamarul said...

Kepada SEMUA PENGUNDI SARAWAK tak kira keturunan apa ini pesanan dari rakyat SEMENANJUNG kali ini undi PR untuk SELAMATKAN MAAYSIA dari pemerintahan zalim.

Ingat semua..minyak dah naik nanti jika Sarawak bnumno menang minyak ron 95 pula akan menyusuk naik.

Harga barang tidak terkawal.Harapkan bnumno SORRY mereka hanya berminat dengan kekayaan sahaja!

KEPADA PENGUNDI SARAWAK UNDI PR UNTUK KESEJAHTERAAN MALAYSIA.

Anonymous said...

Selagi Wan Zainal dan Hafsah Haron masih dlm PKR utk negeri Sarawak. dalang mereka ialah Tun Rahman Yakup si pelanduk itu di belakang mereka. Bahaya bagi pengundi Petra Jaya kawasan Melayu. Mintalah kedua ini jgn masok campur urusan PKR Petra Jaya.Calon dibayar 100k tapi mereka dpt 100k jua.Berhati2 dgn mainan mereka .harap calon PKR tahu masalah ini.