11 October 2010

N45 Galas - Mahukah Ku Li jadi calon.....


Kedudukan kerusi di DUN Kelantan adalah seperti berikut - PAS(38),UMNO(6) dan PKR(1). Bererti, kalau PAS kalah atau menang,kedudukan kerajaan Tuan Guru Nik Aziz tidak akan tergugat.

Kenapa UMNO beria-ia sangat nak letak Ku Li sebagai calon di Galas? Kerana UMNO tahu peluang untuk menang di Galas adalah amat cerah kalau Ku Li jadi calonnya. Sebaliknya,UMNO berasa goyah kalau letak calon-calon lain daripada Ku Li.

Bagi aku, kalau Ku Li dipilih jadi calon di Galas, aku rasa eloklah PAS tarik diri,bukan kerana takut PAS kalah, tapi biaqpilah Ku Li menang, sekurang-kurangnya PAS boleh mengharagai jasa Ku Li kerana memberi kerjasamanya dalam menuntut wang royalti minyak yang sepatutnya menjadi hak rakyat Kelantan. Kata orang satu situasi menang-menang.

Memang baik jika Ku Li menjadi Adun Galas, bolehlah kita lihat, apabila timbul isu tuntutan wang royalti minyak dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri nanti, macam mana pendirian Adun-Adun UMNO lain dalam soal ini. Begitu juga jika calon UMNO itu adalah pilihan Ku Li sendiri.Kemenangan Ku Li atau calon pilihannya itu akan memperkukuhkan Ku Li dalam memperjuangkan hak royalti minyak yang beliau tidak putus-putus memperjuangkannya.

Lagi pun ia tidak melemahkan kerajaan PAS Kelantan malahan dengan kemenangan Ku Li atau calon pilihan beliau, PAS akan mempunyai advantage kerana di kalangan UMNO sendiri ada seorang pemimpin yang sanggup memperjuangkan nasib rakyat Kelantan dibawah pimpinan TG Nik Aziz, walaupun Ketua Umum UMNO 101% membantah.

Kalau PAS mahu juga mencabar Ku Li, jika Ku Li menjadi calon UMNO, ia boleh menimbulkan pergeseran antara Ku Li dan PAS nanti. Mahu tak mahu semua hal berkaitan dengan isu royalti ini akan dilondeh dalam kempen-kempen nanti dan ini adalah tidak baik bagi hubungan PAS dan Ku Li.

Seperkara yang perlu dingat jika UMNO menang, BN tidak juga akan dapat membentuk kerajaan negeri. Begitu jugalah jika PAS kalah ianya tidak akan menjejaskan kekuatan kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan itu. Tinggal lagi kemenangan dan kekalahan mana-mana pihak mungkin akan memberikan semangat atau sebaliknya bagi kedua pihak yang bertanding.

Aku bukanlah pengundi Galas, namun demikian aku minta agar pengundi-pengundi di Galas ini guna kebijaksanaan mereka untuk memilih calon PAS.


Baca 'Hormati Pendirian Tengku Razaleigh' di sini.

cheers.


No comments: