21 October 2010

Menara Warisan yang mungkin membawa bala....


Permodalan Nasional Bhd (PNB), yang akan membangunkan mercu tanda Warisan Merdeka bernilai RM5 bilion, menyatakan ia mempunyai keupayaan untuk membiayai projek pembangunan bersepadu itu daripada dananya sendiri.

"Bagaimanapun, kami boleh mendapatkan pinjaman daripada pasaran selagi kami boleh memaksimumkan pulangan kami," kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman pada taklimat media diKuala Lumpur, hari ini.

Beliau juga menyangkal spekulasi yang projek itu akan dibiayai kerajaan atau sumbernya didapatkan daripada dana amanah sahamnya. PNB, sebuah syarikat pegangan pelaburan, ketika ini menguruskan dana bernilai lebih RM140 bilion. Ia mempunyai kepentingan besar dalam lebih 300 syarikat tersenarai dan tidak tersenarai.

Rancangan bagi projek berkenaan terdiri daripada tiga fasa yang dijangka selesai sepenuhnya menjelang 2020, diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan bajetnya minggu lalu. Projek pembangunan bersepadu itu yang terletak di kawasan berdekatan Stadium Merdeka dan Stadium Negara, akan terdiri daripada menara 100 tingkat, dengan pembinaan bermula tahun depan. Ia dijangka siap pada 2015.

source:bernama

Tanggungjawab PNB adalah untuk melabur secara bijak duit pelaburan ahli2nya dan mengembalikan pulangan dividen dan bonus yang tinggi. Tapi, kebelakangan ini PNB melalui anak syarikatnya utama Guthrie telah mengalami kerugian berbilion2 RM kerana kecuaian lembaga pengarahnya melabur cara tidak bijak. Kini PNB nak bina menara warisan bernilai 5 bilion RM.

Apakah pelaburan PNB ini akan menerima nasib yang sama dengan fiasco PKFZ,Istana Negara yang baru dan Hospital Shah Alam. Atau menerima nasib yang sama dengan stadium di Terengganu setelah disiap? Depa kata saja kosnya 5 bilion RM,mungkin ia akan meningkat kepada 50 bilion RM bila siap pada tahun 2020.

Lebih baik aku tarik keluar dalam pelaburan ASN/ASB kerana mungkin pada masa depan pulangannya akan merudum macam EPF dsbnya.

Yang rugi dan tertipu adalah pelabur2 kecil dalam saham2 PNB. Yang untung adalah para kroni2 UMNO yang bakal diberi kontrak untuk mendirikan menara warisan tersebut.

Baca '100 Tingkat Beza Dengan 100 Keluarga' di sini.

cheers.

No comments: