12 May 2009

Nizar diterima mengadap Raja Nazrin pagi ini...........


MB Perak Nizar Jamaluddin telah diterima mengadap oleh Raja Nazrin Shah pada 8.30 pagi ini, mengikut satu kenyataan S. A Sivanesan ADUN Sungkai sebentar tadi.

Adalah dipercayai, persetujuan Raja Nazrin Shah untuk terima mengadap akan digunakan sepenuhnya oleh DS Nizar bagi memohon perkenan pihak istana Perak bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dan seterusnya diadakan pilihanraya semula bagi seluruh DUN di negeri Perak Darul Ridzuan.

Adalah difahamkan bahawa DYM Sultan Azlan Shah kini masih lagi berada di Amerika Syarikat.

Mohammad Nizar berkata, beliau dan kesemua Exconya akan memulakan tugas seperti biasa pada pukul 7.15 pagi ini.

Beliau juga berkata, mesyuarat tersebut memutuskan untuk meneruskan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan negeri di bawah BN selama tiga bulan yang boleh membawa manfaat kepada rakyat.

Selain itu katanya, V Sivakumar masih merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sah.

Katanya, Datuk R Ganesan yang dilantik oleh BN sebagai Speaker DUN adalah tidah sah kerana masih belum mengangkat sumpah.

Sehubungan itu kata beliau, apa juga kemungkinan sidang DUN tergempar yang akan dibawa BN pada pagi ini adalah tidak sah.

"Untuk mengadakannya, mereka mesti memberi notis," katanya.

Petang tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

Sementarea itu Najib berkata, rayuan akan dikemukakan terhadap keputusan mahkamah hari ini.

"Kita akan merayu terhadap keputusan itu dan kita harap mendapat tarikh awal untuk melakukannya. Saya tidak boleh mengulas banyak kerana perkara ini masih dalam bidangkuasa mahkamah.

Najib, tolonglah jangan biarkan krisis ini berlarutan. Eloklah DUN Perak dibubarkan segera dan biarlah rakyat Perak tentukan siapa yang mereka mahu untuk diangkat jadi gomen. Soal menang kalah adalah perkara kedua. Kedua-dua pihak PR dan BN harus menerima keputusan rakyat ini secara gentleman...........

Baca di sini, sini dan sini.

cheers.

No comments: