16 May 2009

Pilihanraya di Perak akan wujudkan polarisasi kaum,kata Nazri..............

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata desakan supaya diadakan pilihan raya negeri Perak bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu hanya akan mewujudkan polarisasi kaum. Nazri berkata dalam keadaan politik sekarang, sentimen perkauman begitu menonjol dan dikhuatiri para pengundi akan memilih calon daripada kalangan bangsa sendiri.

"Buat apa kita adakan pilihan raya sekiranya memecahbelahkan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak Mesyuarat Agung CawanganCawangan Umno Bahagian Padang Rengas di sini hari ini.

Katanya pilihan raya negeri Perak juga hanya akan menyebabkan perbelanjaan besar duit rakyat kerana dianggarkan kos sebanyak RM40 juta diperlukan kerana membabitkan 59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, katanya Umno tidak bimbang untuk menghadapi pilihan raya negeri Perak kerana yakin menang kerana Barisan Nasional kini mempunyai majoriti iaitu 28 kerusi dan mempunyai sokongan tiga wakil rakyat Bebas.

source:mStar online

Kalau dah takut nak adakan pilihanraya berbagai macam alasan yang UMNO bagi. Soal perkauman ini dimainkan oleh UMNO untuk mencapai agenda sempitnya setelah tewas dalam PRU ke 12 di Perak dulu.

Bila Pakatan Rakyat memilih Sivakumar untuk menjadi speaker DUN bukankah UMNO yang lantang menuduh bermacam sehinggakan ada yang mengatakan orang India tak boleh jadi speaker. Tetapi bila mereka(UMNO/BN) merampas secara haram gomen Perak, R.Ganeson yang dipilih untuk jadi speaker. R.Ganeson ini sapa, Melayu atau India? Jelas sudah tembelang UMNO yang berpura-pura nak pertahankan ketuanan Melayu tapi sebaliknya lain pula dibuatnya.......

Alasan membazirkan wang rakyat itu adalah alasan biasalah yang juga dipakai oleh Najib dan sifunya Mahathir. Guna duit berjuta-juta oleh projek seperti PKFZ(Port Klang Free Zone) yang menimbulkan berbagai masalah itu tak apa. Baca sini dan sini.

Time for Nazri,Najib,Mahathir and UMNO to wake up...........

Sementara itu,Mahkamah Rayuan akan mendengar Rayuan MB Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada Khamis ini.Mahkamah itu juga akan mendengar permohonan Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi pada hari yang sama.Sebelum ini mahkamah menetapkan untuk mendengar rayuan Nizar pada Isnin depan.

Zamri boleh dapat perintah tangguh dalam masa 2 jam, sedangkan Nizar kena tunggu lebih seminggu. Wow........ adil betul mahkamah Malaysia!

Kepada Cikgu-cikgu budiman................

SELAMAT HARI GURU



cheers.

1 comment:

Anonymous said...

"Selamat Hari Guru" dikembalikan....

cikgu std.6 U dulu.