Mahkamah Rayuan akan memutuskan hari ini berhubung rayuan Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop menetapkan pukul 3.30 petang ini untuk memberikan keputusannya berhubung rayuan Dr Zambry daripada Barisan Nasional terhadap perintah Mahkamah Tinggi bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas adalah Menteri Besar yang sah.
Berikut adalah pandangan Sdr.Husam Musa berhubung dengan kes rayuan tersebut......
Pembubaran DUN Perak juga akan mengimbangkan langkah BN tidak meletakkan calon di Penanti. BN tidak gentar. Buktinya, BN bertindak berani membubarkan DUN Perak sedikit masa lagi dan BN berani menghadapi pilihanraya di Perak dan dengan itu, tidak menyertai Penanti adalah atas sebab prinsip semata-mata.
Jika maklumat saya ini hendak dijadikan kenyataan, langkah pertama ialah Mahkamah Rayuan perlu membuat keputusan yang menyebelahi Zambry, Khamis ini. BN sangat memerlukan keputusan itu untuk BN akan dilihat bertindak menasihati Sultan untuk pembubaran itu dan bukan PR. Mereka juga mempunyai kelebihan sebagai care taker government sepanjang tempoh kempen.
Saya membuat tekaan, Khamis ini, Mahkamah Rayuan akan menyebelahi Zambry. Ini hanya tekaan saya. Untuk membolehkan tekaan saya selanjutnya menjadi kenyataan.
Pengunduran dari Penati hendaklah juga dibaca sebagai satu strategi membuat kejutan reverse iatu pilihanraya mengejut di Perak. Terima kasih pada semua pimpinan BN yang membawa versi berbeza dalam pandangan politik mereka.
PR, pada pendapat saya, bersedia dengan pilihan ini kerana krisis Perak perlukan penyelesaian segera dan muktamad. Jika tidak, satu lagi institusi yang sebelumnya dilihat terhormat iaitu Istana, juga akan menghadapi kepudaran kepercayaan rakyat sama seperti hampir keseluruhan institusi di negara ini. -petikan dpd.wblog husam musa.
Ikut firasat aku pula mahkamah rayuan akan pulangkan jawatan MB Perak akan kembali kepada Nizar. Insyallah.
cheers.
1 comment:
Salam,
Kalau ada masa jengok-jengoklah dalam blog yang semakin panas dengan isu semasa.
Mungkin idea anda dapat menbuka minda kita semua ,walaupun fahaman berbeza.
Sila layari:
http://penpusaka.blogspot.com
Post a Comment