15 December 2008

Muhammad Mohd.Taib kata parti pembangkang jangan bertindak sebagai "polis".......

Muhammad Mohd. Taib : Penyokong parti pembangkang diingatkan supaya tidak bertindak sebagai "polis" semasa pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu(KT) 17 Januari depan, bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Tumpang Sekole(TS) : Pesan ini juga patut ditujukan kepada UMNO dan sekutunya serta agensi-agensi lain termasuk polis,SPR,FRU,polis simpanan kerana kata orang tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi...orang putih kata it takes two to tango.... Tok Mat ooi.....

Muhammad Mohd. Taib : "Menjaga keselamatan adalah kerja polis."Jangan ada mana-mana pihak yang menahan bas, buat sekatan jalan raya dan pandai-pandai menggunakan cara yang tidak sepatutnya,"

TS : Betoi kata hang tok Mat ooi bahawa kerja polis untuk menjaga keselamatan. Tapi yang aku sangsi ni keselamatan sapa yang depa(polis) dok jaga? Dulu-dulu,nampaknya polis lebih banyak dok jaga keselamatan pemimpin-pemimpin UMNO. Bila pembangkang buat ceramah depa hantaq mai FRU berlori-lori,berpakaian lengkap dengan cota,senjata dsbnya; macamlah orang kampung yang mai nak dengaq ceramah itu bawa senjata untuk berperang, walhal yang mai tu ada yang seluaq dalam pun tak pakai....

Pasai tahan bas pula,dah tahu yang dok mai dengan berpuluh-puluh bas tu adalah hantu-hantu UMNO belaka dan polis buat "dont know" saja,maka menjadi tanggungjawab rakyat/pengundi KT menahan mereka.

Muhammad Mohd. Taib : "Mereka tahan bas, geledah dan sebagainya.""Mereka gunakan taktik ini untuk menakutkan pengundi," katanya.

TS : Nak tanya Tok Mat,"in the first place",betoikah yang tiba berduyun-duyun dengan bas persiaran itu benar-benar pengundi yang berdaftar bagi parlimen KT? Kalau ya,pasai apa dalam kes di Marang dulu,ada beberapa bas penuh dengan orang India,Siam dan Bangala? Bila mereka ini menjadi pengundi berdaftar di situ?

Muhammad Mohd. Taib : Rakyat sepatutnya diberikan hak untuk menunaikan tanggungjawab mereka,katanya,"Asas ini telah ada di negara kita, malah di Terengganu sendiri."Jadi jangan sampai pihak tertentu terutama pembangkang mewujudkan perkara-perkara lain dalam fikiran rakyat kerana sebenarnya kita sudah mempunyai asas yang baik,"

TS : Memang rakyat diberikan hak untuk mengundi,tetapi biarlah yang berhak mengundi itu adalah pengundi berdaftar KT bukan yang mai daripada Selangor atau Pahang atau Kelantan atau pendatang haram yang diimport masuk berduyun semasa hari mengundi,konon-kononnya mereka tu penyokong BN,
Pooooooorah..............

Baca sini, sini dan sini.

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Diorang ni memang perangai tak senonoh. Bab2 menyusahkan orang memang cukup pandai. Yang sibuk sangat nak geledah2 orang tu buat apa? Ingat sikit, kamu orang tu takda hak nak buat macam tu.