29 July 2008

YB Saifuddin Nasution ulas kes liwat Saiful.......



Doktor: Tiada kesan Saiful diliwat

Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu. Menurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu penasihat PKR itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar.

Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis. Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.

Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya. Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar". Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam.

sumber : Malaysiakini

Read here,here ,here , here,and here.

-----------------------

Sementara itu, Timbalan KPN, Ismail Omar hari ini menafikan polis menahan seorang doktor bagi membantu siasatan kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim. Katanya, dakwaan seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysia Today adalah tidak berasas kerana doktor lelaki itu hanya dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.Portal itu juga menyiarkan salinan laporan pemeriksaan doktor sebuah pusat perubahan swasta yang mendakwa tiada kesan liwat.

"Laporan itu adalah tidak berasas. Kita hanya mengambil keterangan mengikut prosedur biasa, tidak timbul isu tahantahan seperti yang dilaporkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, doktor lelaki tersebut antara 18 saksi yang sudah dipanggil untuk direkodkan keterangan sebelum ini.

Ismail bagaimanapun enggan mengulas mengenai laporan portal Malaysiakini yang mendakwa laporan perubatan pemeriksaan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang dikeluarkan oleh sebuah hospital swasta tidak menunjukkan kesan liwat.

Majlis Peguam hari ini meminta penyiasatan terperinci dilakukan terhadap kes itu.




cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Cara RPK mengulas tentang laporan perubatan itu boleh dipertikaikan. Kerana kebanyakkan benda yang disebut adalah dengan membuat kesimpulan terus. Perkara ini membuatkan ramai pihak yang terkeliru. Saya dapat maklumat ini di http://stephendoss.blogspot.com/2008/07/is-rpk-spinning-out-of-control.html#links