30 July 2008

Sekiranya Saiful diliwat, waktunya antara pukul 2.00 - 6.00 ptg 28 Jun.......

Timbalan KPN Ismail Omar hari ini memberi memberi amaran kepada mana-mana pihak, termasuk penulis blog supaya tidak mengganggu siasatan polis dengan menyiarkan bahan atau maklumat yang tidak sah.

"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang sengaja ingin mengganggu siasatan polis. Biar polis yang buat kerja dengan teliti," katanya.

Ismail berkata sejak siasatan kes liwat terbabit dimulakan terdapat beberapa pihak yang cuba membuat spekulasi dan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan kes terbabit. Ismail juga berkata, polis tidak pernah melengah-
lengahkan siasatan berhubung kes liwat Anwar sejak ia dilaporkan 28 Jun lalu dan sentiasa berusaha mencari maklumat terkini mengenainya.- Bernama

--------------------

Adakah pendedahan laporan perubatan Saiful yang diterbitkan oleh sebuah hospital swasta itu telah menggangu siasatan polis? Bukankah tindakan polis yang memeram laporan siasatan Anwar, sebenarnya telah menimbulkan bermacam-macam spekulasai? Dalam amalan spekulasi sesiapa saja boleh buat berbagai andaian,sama ada andaian itu benar atau tidak adalah satu perkara lain pula.

Bila laporan perubatan Saiful daripada hospital swasta itu terdedah,polis seharusnya menyiasat bagaimana,dari mana dan siapa yang terlibat. Jangan terus menyalahkan penulis-penulis blog. Penulis-penulis blog hanya sekadar mengutip berita dari alam siber untuk menyiarkan dalam blog masing-masing.

Laporan perubatan itu hanya disimpan oleh hospital swasta dan Saiful sendiri. Bila Saiful membuat laporan polis mungkin salinan laporan perubatan itu diserahkan kepada polis. Oleh itu, jika berlaku sebarang kebocoran maklumat laporan tersebut puncanya mungkin dari Saiful atau dari pihak polis itu sendiri. Mungkin laporan itu telah diposkan atau dimasukkan ke dalam post box atau diemailkan kepada penulis-penulis blog oleh orang-orang tertentu yang mahu siasatan dilakukan secara adil.

Selain dari menyiasat punca ketirisan ini,polis juga hendaklah meneliti isi kandungan laporan tersebut daripada perspektif undang-undang dan sebagainya, tetapi janganlah sekadar ugut penulis-penulis blog dengan bermacam-macam tindakan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan akan menggunakan hasil pemeriksaan perubatan terhadap Saiful yang dibuat oleh HKL, demikian ditegaskan oleh ketua pengarahnya Dr Mohd Ismail Merican. Dr Mohd Ismail berkata pemeriksaan HKL dibuat mengikut aturan yang betul dengan menjaga sepenuhnya etika perubatan, kerahsiaan dan profesionalisme.

Laporan perubatan hospital swasta mengatakan bahawa Saiful telah menemui doktor untuk mendapatkan rawatan pada pukul 2.00 petang tanggal 28 Jun 2008 dan doktor tersebut telah mendapati bahawa tidak ada kesan atau tanda Saiful diliwat.

Pada pukul 6.00 petang hari tersebut, Saiful telah berada di HKL untuk menerima rawatan yang sama. Sekiranya doktor di HKL mendapati bahawa buntot Saiful ditebuk(diliwat), bererti Saiful telah 'dirogol' antara pukul 2.00 - 6.00 semasa dalam perjalanan ke HKL itu saja. Tuduhan Saiful yang dia diliwat sampai sembilan kali adalah satu pembohongan besar.

Pihak polis dan para konspirator kes ini tidak akan biar konspirasi ini begitu saja, sebaliknya mereka akan buat apa saja supaya tuduhan liwat terhadap Anwar berjaya....... Baca di sini, sini, sini,dan sini.

Pihak polis dan gomen hendaklah lebih berhati-hati bila bertindak kerana rakyat dan masyarakat seluruh dunia sedang memerhati apakah langkah gomen seterusnya nanti.............

cheers.

No comments: