16 July 2008

Nyata Anwar lebih professional dari Shabery Chik........

Bertempat di DBP debat selama satu jam di antara Anwar Ibrahim dan Ahmad Shabery Chik bertajuk "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak' berjalan dengan sempurna serta disiarkan secara langsung oleh TV 9 dan saluran-saluran pilihan di Astro.

Debat ini adalah berkaitan dengan isu dan bukan pasal personaliti, oleh itu tiada siapa yang menang ataupun kalah.

Namun apa yang kurang adalah tindakan Shabery Chik yang kerap melontar hal-hal yang menyentuh peribadi Anwar dan ini adalah kurang sihat. Banyak soalan yang dibangkitkan tidak dijawab oleh Shabery Chik, malah dia banyak menyimpang daripada topik asal itu.

Malah soalan yang dikemukakan oleh Zulkifli Sulong tidak langsung dijawab Shabery Chik. Shabery juga banyak cuba membandingkan harga minyak dengan Saudi dan Venezuela,tapi dalam nada yang lain pula berkata jangan buat perbandingan. Hujjah-hujjah Shabery Chik banyak bercanggah antara satu sama lain.

Anwar pandai mengunakan debat ini sebagai platform untuk mencambahkan idea-ideanya,dan dalam hal ini nyata Anwar berjaya sekali. Tidak seperti Shabery Chik yang kerap memutarbelit fakta, Anwar memberi fokus kepada isu sebenar dan cara menandinginya walau dicelah-celah itu dia cuit Shabery Chik dan ahli panel Dr.Nordin Kardi yang tak tahu apa hubungan di antara minyak,gas dan IPP.

Apa yang menarik,ialah Anwar mengakui bahawa IPP diwujudkan ketika beliau dalam kerajaan, tetapi meminta Shabery Chik meneliti rekod mengenainya. Anwar berkata, Tan Sri Ani Arope (pengerusi TNB ketika itu) membantah terhadap EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung IPP. Dan sebab itulah beliau meletakkan jawatan.
Menurutnya, IPP mengaut keuntungan berbilion ringgit tetapi yang menanggung kerugian adalah Petronas dan TNB.

Anwar berkata, kebocoran dan kronisme boleh ditangani dan menjimatkan sejumlah RM3 bilion. Malah, kata Anwar lagi, tindakan menaikkan secara mendadak harga minyak adalah preskripsi IMF. Oleh itu, katanya, adalah satu fitnah untuk mengatakan bahawa beliau tunduk kepada kehendak IMF sewaktu krisis ekonomi pada 1997-98.

Anwar was poised,patient,precise, factual, intelligent,articulate,
persuasive and responded to questions to the point and most of all, did not succumb to retaliate to the innuendos and personal attacks by Shabery Chik. Anwar was quick on his tongue and mind. Anwar did not resort to below-the-belt comments.

While,on the other hand , Shabery Chik was frothing with anticipation,was too arrogant and full of rhetoric. Shabery Chik kept calling Anwar's stance populist. However Shabery Chik was courageous enough to face the master himself when others(ministers,including PM & DPM) fear to trade. The only bonus is that Shabery Chik is much better than the previous Information Minister - remember the clown Zainuddin Maidin on Al Jazeera?

Mulai esok dan seterusnya pengulas dan pakar ekonomi yang terdiri daripada professor-professor kangkong akan membanjiri studio TV1,2,3,7,8 & 9 serta Astro untuk memberi ulasan mereka yang sering berat sebelah. Mungkin ini kali terakhir dapat kita lihat Anwar kerana mungkin esok, gomen mahu Anwar ditangkap sebagai hadiah kepada Shabery Chik.

Bear in mind with the sodomy charges against him, and a warrant of arrest out if he fails an appointment with police yet Anwar was awesome,outstanding,a timepiece at his best and you be the judge...........

Read what other says.....here,here,here,here, here,here,and here. Bagi yang terlepas ikuti rakamannya di sini. Baca transkrip debat di sini.

cheers.

2 comments:

Letting the time pass me by said...

Yeah Shaberry seems to go astray all the time... Anwar also have some astray moment especially went being attack on personel ground..

overall it is a "good" debate...

Anyway, it is just something political... Will the oil price come down ?? I dont think so... Will Anwar become a PM... I also doubt it..

Only if the Government could listen and follow Anwar suggestions....

Anonymous said...

Professional tapi hujah tak sehebat mana pun. Berpusing2 bab ketirisan dan kebocoran. Formula bukan kukuh sangat, cakap perlukah RM5 billion je untuk mngurangkan harga minyak sebanyak 5o sen? cukup ke tu? ke main cakap je, sebenarnya tak pasti pun..