28 July 2008

Tiada Bukti Saiful Diliwat...................

Pada 21 Julai, aku tulis tentang Konspirasi AG dan IGP. Dalam posting tu, aku ada tulis yang ni.

Hangpa tau, depa minta seorang doktor dari sebuah hospital untuk melakukan pemeriksaan terhadap Saiful. Doktor tu pun buat dan dalam laporannya, dia kata tidak ada bukti Anwar melakukan liwat terhadap anak muda ini. Polis kemudian menahan doktor ini selama tiga hari. Walaupun polis cuba memaksa doktor ini untuk menukar laporannya untuk membabitkan Anwar, doktor tersebut enggan melakukannya.

Sehingga hari ini, doktor tersebut tetap dengan pendiriannya mengatakan tidak ada bukti terhadap Anwar. Dia tahu dia terpaksa membayar harganya tapi dia tidak peduli. Dia tidak akan menukar laporannya dan mengatakan Anwar meliwat saiful, walau apapun terjadi kepadanya. Kecewa dengan ini, polis terpaksa membebaskan Anwar dengan jaminan polis. Doktor tersebut enggan menukar laporannya dan Anwar enggan memberikan contoh DNA nya.

Sebenarnya, doktor tersebut ialah Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi dan dia bersama seluruh anggota keluarganya telah bersembunyi kerana polis sedang mencari mereka dan mahukan doktor ini mengubah laporan perubatan yang dibuatnya.

Pada 2.00 petang, 28 June 2008, mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan telah pergi menemui Dr. Mohamed Osman dan mengadu tentang kesakitan dibahagian dubur yang dialaminya. Saiful memberitahu doktor tersebut bahawa dia di "perkosa' oleh seorang yang sangat penting - maknanya, Anwar Ibrahim.

Dr. Mohamed Osman memeriksa Saiful tetapi mendapati tiada bukti bahawa dia diliwat, sama ada oleh Anwar Ibrahim ataupun sesiapa saja. Laporan doktor (boleh dilihat dibawah) mengatakan TIADA kesan luka pada kulit, TIADA pendarahan, TIADA kesan-kesan nanah dsb - secara asasnya bermakna tidak mungkin dia mengalami kesakitan diduburnya, seperti yang didakwa.

Pemeriksaan doktor menolak kemungkinan Saiful telah diliwat. Dengan lain perkataan, Mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan tidak mengalami apa-apa kesakitan diduburnya, dan tidak juga diperkosa atau diliwat.

Saiful kemudiannya memberitahu bahawa dia mahu membuat laporan polis, lantas Dr. mohamed osman mencadangkan dia (Saiful) pergi untuk membuat pemeriksaan kedua dihospital kerajaan.
Saiful kemudiannya pergi kehospital kerajaan dan doktor disitu juga mendapati perkara yang sama. Walaubagaimanapun, Saiful masih membuat laporan polis dipondok polis yang terdapat dihospital.

Disebalik semua pengesahan doktor yang mengatakan Saiful tidak pernah diliwat, polis masih meneruskan kes ini. Anwar Ibrahim kemudiannya telah ditangkap oleh kira-kira 20 anggota UTK yang bersenjata dan memakai topeng dihadapan rumahnya walaupun dia telah bersetuju untuk melapur diri kebalai polis pada pukul 2.00 petang seperti yang dijanjikan.

Polis kemudiannya telah menahan Anwar didalam lokap sehingga keesokan harinya, malah telah dibawa kehospital untuk pemeriksaan dan mencuba untuk memperolehi sampel untuk tujuan profil DNA walaupun polis sudah pun mempunyai profil DAN Anwar pada tahun 1998 dan doktor-doktor dari dua buah hospital telah mengesahkan Saiful tidak diliwat.

Sudah jelas, kerajaan sedang mencuba untuk memalsukan bukti terhadap Anwar dan mencuba untuk membuktikan Anwar bersalah, melalui tuduhan liwat palsu.Dan siapakah dibelakang konspirasi ini, kalau bukan AG dan IGP, dua pelakon yang sama dengan konspirasi 1998.

Laporan doktor amat jelas. Saiful TIDAK pernah diliwat, sama ada oleh Anwar atau sesiapa pun. Mengapa kerajaan masih meneruskan kes ini terhadap Anwar? Dan mengapa mereka masih mencari doktor itu bersama keluarganya yang sekarang terpaksa bersembunyi?

Pertubuhan-pertubuhan masyarakat, NGO dan Majlis Peguam tidak seharusnya berdiam diri. Polis telah pun menahan doktor tersebut selama tiga hari tetapi masih enggan memalsukan laporannya. Anwar tidak meliwat saiful dan laporan doktor melaporkan dengan begitu jelas. dan polis juga mempunyai salinan laporan yang sama seperti yang disiarkan dibawah supaya mereka tahu apa yang aku tahu. Dan sekarang, rakyat Malaysia sudahpun mengetahui apa yang polis dan aku tahu.... iaitu Saiful tidak pernah diliwat oleh sesiapa pun.

(Posting ini adalah terjemahan kepada artikel yang dibuat oleh Raja Petra.."Doctor on the run: police want him to fabricate evidence against Anwar" )

Read RPK's original posting here,and also here.

sources: Blog Mat Saman Kati & Malaysia Today.

Breaking News......

Malaysia kini reports.............

Doctor: No evidence of sodomy
Beh Lih Yi and P Tarani | Jul 28, 08 1:36pm

There is no evidence that Mohd Saiful Bukhari Azlan was sodomised, according to the doctor who examined him four hours before he lodged a police report alleging he was sexually assaulted by PKR leader Anwar Ibrahim. It is believed that Anwar's former aide Saiful (left) went to two different hospitals on June 28 - the day he lodged the police report claiming that he was sodomised by his ex-boss. He first went to Hospital Pusrawi (Pusat Rawatan Islam) in Jalan Tun Razak - a government-linked Islamic medical institution - at about 2pm.

According to a copy of the two-page medical report obtained by malaysiakini yesterday, Saiful went to the hospital complaining of 'tenesmus' - a medical term for difficulty and pain in passing motion. He was examined by Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, the medical officer on duty. The doctor said that the patient had alleged he was assaulted by the intrusion of a piece of "plastic" in the anus.

Mohamed Osman, according to his medical report which was recorded at 2.14pm, found "zero active bleeding", "zero ulcer or pus", "zero tear and scar" in Saiful's anus. He also stated that Saiful appeared "alert","comfortable","not pale" and did not show any fever symptoms.

A senior Pusrawi official told malaysiakini this morning that the hospital had launched an internal investigation on how Saiful's medical report was leaked, which is widely considered as a major infringement of patient privacy. When malaysiakini showed him a copy of the report, he refused to return it saying, "It's our document." A check at the emergency unit where Mohamed Osman is attached revealed that he has taken leave since last week.

Meanwhile, Pusrawi general manager Wan Mahmood Wan Yaacob refused to comment on the matter.

Conflicting medical reports

Mohamed Osman, in his report's concluding remarks, advised Saiful to go to a government hospital so as "to rule out" assault and sodomy. At 6pm on that day, Saiful went to Hospital Kuala Lumpur for his second medical examination. He subsequently lodged a report against Anwar at the police beat at the hospital.

According to an expert who has dealt with rape and sodomy cases, the victim must provide a second medical examination in a government hospital. She said the court will only accept evidence from a government hospital but the first medical examination must collaborate with the second report, otherwise this could be challenged during the trial.

"From the report, the doctor had failed to find any evidence to support the patient's complaint. That was why he asked the patient to go to a government hospital to conclusively rule out assault or sodomy," said the expert who requested anonymity.

It is learnt that the police have recorded statements from Mohamed Osman after Saiful lodged the report against Anwar. The doctor was said to be under tremendous stress as a result of the police interrogation and was advised by the hospital to take leave. Mohamed Osman, a Burmese Muslim, has 20 years of experience as a doctor. He previously worked in government hospitals before joining Pusrawi about a year ago.

Efforts by malaysiakini to contact Saiful has not been successful.






Apakah perbuatan liwat ini benar-benar berlaku atau semata-mata permainan politik pihak-pihak tertentu. Andaian aku adalah berdasarkan kepada;

1. Pihak polis masih belum lagi keluarkan laporan polis.
2. Pihak polis memaksa doktor dari Hospital Pusrawi itu memalsukan laporan perubatan Saiful,hinggakan menyebabkan doktor berkenaan terpaksa melarikan diri.
3. Saiful mengadu kat Najib,kenapa tidak kepada Shahrir,atau Pat Lah...kerana mingkin Najib ada kepentingan tertentu dalam hal ini.
4. Soal DNA Anwar,sedangkan DNA dinosour saintis masih lagi boleh baca takkan DNA 1998 dulu tak boleh kot.
5. Masih belum dapat melengkapkan skrip serta menentukan hakim "correct,correct,correct" untuk mengadili kes ini that will fix a guilty verdict.
6. Immediately after Anwar left his overnight stay in the detention cell at IPPKL, his cell was being swept by a group of forensic experts. Probably to look for hairs/pubic hairs that could be planted on the pillows and mattress later on.

Well.....yang aku tahu,orang yang suka menipu ini hidup dia tak lama.........

cheers.

7 comments:

malaysia baru said...

1988, di zaman Dr M, DSAI cuba dimalukan.
Kini 2008, di zaman Pak Lah, mereka mencuba lagi...
Siapa mereka?
Ya Allah..selamatkan negara kami dari pemimpin yang tidak bertaqwa.

Anonymous said...

doktor tu oang semenyih.. bini die nurse.. bini die kate.. jgn mengaibkan anwar.. tak baik.. biarlah ape nak jd pada kite tp jgn tipo rakyat.. sebelum itu najib asyik kol doktor tu.. ugut kalo tak ngaku.. die akan cube kaitkan dr ngan anwar plak.. zalim btol dioang ni.

Anonymous said...

Lagi sekali RPK buat kenyataan yang sentiasa sensasi. Dari mana entah dia dapat maklumat macam tu. Hebat betul semua benda yang berlaku dia lebih tahu segala2nya. Betul ke tak orang tua ni. Tunggu je lah bila dah masuk mahkamah, masa tu baru semua bukti2 akan keluar, benda dalam siasatan biasa orang tak dedahkan senang2. Tak perlu buat kecoh sekarang.

Anonymous said...

Sampai bila polis nak bagi repot? Awat susah sangatkah nak buat repot? Polis tangguh kerana skrip yang ditulis tak lengkap,bukti yang dicari tak cukup. DNA yang ada dah lama kata PM,tapi heran juga DNA haiwan dan firaun yang berjuta tahun usia boleh dikesan.

Nasib baik ada alam siber boleh juga kita dapat maklumat. Kalu tak ada,nanti Utusan Meloya dan RTM,TV3 dok siar cerita fiksyen Saiful dok main bontot.....silap2 orang dengan Najib pula..ooops!!!!!

Anonymous said...

Mana mereka2 ni tahu yang sumber yang mereka dapat tu boleh dipercayai atau tidak? Entah2 semua benda bukti repot2 tu si RPK yang reka2 sendiri ke? Tunggu je lah di mahkamah nanti apa bukti2 yang dikemukakan. Nak bising2 sekarang pun tak guna.

Anonymous said...

Betul ke Anwar ni memang ada konspirasi untuk memalukan dia? Takkan takda kemungkinan langsung yang dia ada buat benda tu, Anwar bukan malaikat, ada kemungkinan yang benda tu terjadi. Anwar memang tidak akan mengaku lah. Belum tentu lagi yang dia ni tak bersalah, apa kata tunggu dan lihat je dulu.

Anonymous said...

Sama juga dengan Najib,apakah Najib tu malaikat tak pernah usik betina? Dulu orang cerita Najib dengan apa nama penyanyi popular yang ditangkap kat Port Dickson. Najib bisa kahwin,tapi dicekup pula Rosmah.

Najib memang tak akan mengaku. Pasai dia DPM jadi dia guna semua jentera gomen untuk tutup kejahatannya.

Pernahkah kita dengar seorang Peguam Negara dalam mana pembicaraan boleh kata kes ini 3 orang saja terlibat? Korek,korek,
korek lah jawabnya.