16 June 2008

Peralihan kuasa, Pat Lah dan Najib perlu berundur bagi selamatkan negara.......

Formula peralihan kuasa seperti yang dipersetujui Pat Lah dan Najib Tun Razak bukanlah jalan terbaik bagi menyelamatkan negara dan rakyat dari kesengsaraan 'terlampau' mutakhir ini, kata Mahfuz Omar,Ketua Penerangan PAS, sebaliknya, katanya kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu perlu melepaskan jawatan masing-masing kerana mereka adalah liabiliti negara.

"Mereka adalah pemimpin yang menjadikan rakyat terus sengsara, negara berada dalam keadaan tidak menentu, pentadbiran cukup lemah dan rakyat terus tertekan dengan pelbagai dasar mereka yang tidak tentu," ujar Mahfuz. Mahfuz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pat Lah berhubung formula peralihan kuasa dengan Najib yang disiarkan akhbar arus perdana baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mahfuz menyatakan Perdana Menteri seorang pemimpin yang lemah dan tidak mampu mentadbir negara dengan bijaksana.

Sementara Najib adalah seorang yang sangat dikenali dengan dakwaan skandal-skandal tertentu termasuk dalam isu pembelian peralatan ketenteraan, kapal selam dan jet pejuang yang menjadi sebutan ramai.

"Kedua-dua mereka adalah liabiliti kepada negara, justeru kedua-duanya perlu melepaskan jawatan masing-masing bagi menyelamatkan negara,

"Formula yang mungkin berkesan bagi mengatasi masalah negara ini ialah, saya menyeru kepada seluruh ahli parlimen BN termasuk Umno menyertai Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan sekaligus menyelamatkan negara dan rakyat yang kini berada dalam keadaan kritikal," ujar Mahfuz.

Sebenarnya,bukan saja Pat Lah dan Najib mempunyai rekod yang tak baik,malah sebahagian besar daripada top-level pemimpin dalam UMNO itu terpalit dengan berbagai skandal rasuah dan salah guna kuasa. Just name me one yang betul-betul clean...?

Justerus itu,kalau nak buat peralihan,adalah lebih baik kita alih terus gomen itu sendiri dan ganti dengan gomen yang baru..........

cheers.

No comments: