27 June 2008

DEB itulah ibu segala rasuah, Ezam ooi........

Dasar Ekonomi Baru (DEB) bukan merupakan punca rasuah, kata Ezam Mohd Nor. Di Indonesia, kata Ezam, tidak ada DEB tetapi lebih banyak berlakunya rasuah. Malah, katanya, Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri dilahirkan dari DEB. 'Jika tidak ada DEB, tidak ada PNB (Permodalan Nasional Berhad) dan Guthrie (yang pernah diterajui oleh Khalid sebelum ini)," katanya dalam ceramah anjuran Umno bahagian Bandar Tun Razak malam tadi.

Menurutnya, mereka yang berkata DEB sebagai punca rasuah, adalah satu pengkhianatan kepada bangsa.Beliau mengulangi dakwaannya bahawa Anwar Ibrahim telah menghapuskan teras Melayu d
alam parti PKR. Ezam berkata, selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004, PKR yang berteraskan Melayu sudah tidak kedengaran lagi. "PKR adalah parti berbilang kaum tetapi berasaskan bangsa Melayu tetapi selepas beberapa tahun Anwar dibebas, beliau tidak lagi menyebut lagi perkara tersebut. "Ini pengkhianatan. Orang yang biadap dan tidak bertamadun yang melenyapkan asas-asas perjuangan parti, " katanya.- GMC

------------------------

Orang tidak mempertikaikan pasal DEB, tapi cara DEB itu dilaksanakan yang menjadi masalah. DEB memang membantu orang Melayu,tapi Melayu yang membawa kad ahli UMNO itulah yang lebih beruntung. Bagi Melayu yang tidak membawa kad ahli UMNO hidup mereka tetap pada tahap yang sama tiada perubahan. Setinggan Melayu masih ramai di KL dan kotaraya besar. Kemiskinan di kalangan orang Melayu masih berleluasa di kawasan luar bandar. DEB lebih banyak melahirkan golongan Melayu UMNOputra yang kaya raya. Kerana tamak mencari kekayaan segera,Melayu UMNOputra ini sanggup merebut kontrak dan tender, dengan apa cara sekalipun dengan cara merasuah dan menyalahgunakan kuasa. Mungkin Ezam ingat-ingat lupa masa dia berada dalam UMNO dulu.


Pat Lah mendedahkan,bahawa,pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat meningkat kepada 19.4 Peratus pada 2006 - naik 0.5 peratus berbanding 18.9 peratus pada 2004. Ezam patut tanya Pat Lah "why" jadi begini? Mungkin puncanya adalah rasuah,tamak haloba dan salahguna kuasa oleh mereka yang berkuasa kerana mahu bolot semua lantas perancangan jadi lintang pukang,off- target atau...............

Setiap kali bercakap pasal UMNO,selain daripada isu rasuah dan salahgunakuasa,isu ketuanan Melayu diperbesar-besarkan. Tetapi isu ketuanan Melayu ini tak pernah timbul semasa UMNO menang besar dalam PRU ke-11 dulu. Tetapi apabila kedudukan UMNO tergugat, isu ketuanan Melayu dihidupkan oleh UMNO dengan tujuan hendak membakar semangat perkauman di kalangan orang Melayu. Yang hairan,sejak 50 tahun UMNO memerintah tak ada satu mercu tanda yang betul-betul boleh menunjukkan lambang kemegahan ketuanan Melayu. Malah nama Melayu yang ada, semua habis lenyap,cuma tinggal Keretapi Tanah Melayu yang UMNO dok banggakan dulu,kini dan selama-lamanya.

Perlembangaan Malaysia sudah menjamin hak-hak orang-orang Melayu. Orang Melayu hari lebih bijak dan berani kecuali juak-juak UMNO yang masih takut dengan bayang-bayang sendiri. UMNO terpaksa bermain dengan isu ketuanan Melayu untuk survivalnya. Apakah orang Melayu perlu ikut rentak UMNO? Sorry...................

Sudahlah Ezam,daripada menuduh gomen Pakatan Rakyat menyalahgunakan kuasa, lebih baik engkau siasat kenapa bini Khir Toyo,dulu Pengerusi Balkis boleh pindah berjuta-juta ke akaun lain,atau siasat pasal ECMLibra dan macam mana menantu Pat Lah,Khairy boleh menjadi jutawan segera,atau siasat macam mana anak Pat Lah,Kamaluddin boleh dapat kontrak membekal bus Rapid KL/Penang yang bernilai berbilion RM. Jangan lupa juga siasat pasal kapal selam dan kapal terbang Sukhoi, oil for food Program yang melibatkan Pat Lah, skandal PKFZ,skandal bangunan Matrade,pemberian AP, pemberian lesen teksi dan banyak lagi........

Macam mana pula cerita pasal enam buah kotak rahsia kejahatan dalam kerajaan Mahathir itu dah boleh buka kot? Pi mai kotak rahsia itu boleh digunakan Pat Lah untuk kantoi Mahathir. Sayang sekali roadshow yang kau buat Ezam hanya dapat sambutan Pemuda,Putera dan Puteri UMNO saja,itu pun tak sampai 200 orang. Cukuplah dengan gelaran the new UMNO poster boy............ Baca di sini.

cheers.

No comments: