19 March 2008

"Muhamad son of Muhamad" jadi menteri....

Muhammad Muhd Taib @ Mat Tyson@ Muhamad son of Muhamad(mengikut Raja Petra), adalah bekas MB Selangor dan kini dilantik Pat Lah menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Dalam pemilu 2008 lalu namanya tidak disenaraikan untuk bertanding di Selangor kerana mengikut Mohd. Khir Toyo, bekas MB yang bawa penyapu itu, nama Mat Tyson tidak tersenarai kerana namanya tidak lepas dari tapisan BPR, kerana........


Dalam kesnya, PP vs Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Criminal Trial 45-28-98) yang diadili oleh Hakim Abdul Wahab Patail menyebut bahawa nilaian harta yang diistihar oleh Muhammad Muhd. Taib adalah sebanyak RM 30,831,306.15. Ini adalah harta yang dimaklumkan dalam kenyataan bersumpahnya.

Harta pegangan beliau melebihi RM 74,500,000.00 juta ringgit tidak termasuk tanah dan pegangan saham beliau. Tidak syak lagi kekayaan beliau bukan datang dari harta turun menurun keluarga,kerana pendapatannya sebagai MB banyak mana saja. Harta ini bukan harta turun temurun tetapi dari perlakuan rasuah dan mengsonglap harta negeri dan rakyat dengan menggunakan kedudukkannya sebagai MB dulu..

Hebat manakah Mat Tyson ini yang ditangkap di airport Brisbane kerana cuba menyeludup wang berjumlah lebih daripada 2.5 juta dalam pelbagai matawang asing pada lewat tahun 90an, difahamkan ianya hasil daripada skandal yang ada hubungkait dengan penerimaan wang bayaran saguhati untuk cadangan pembangunan tanah di salah satu mukim di Selangor. PM Mahathir ketika itu mengarah dia letak jawatan sebagai MB Selangor dan Naib Presiden UMNO sementara menanti kesnya selesai. Akhirnya Mat Tyson didapati tidak bersalah oleh makhamah di Australia,kerana Mat Tyson mengaku dia tak boleh baca dan faham bahasa omputih tu.

Sungguhpun kesnya disiasat oleh Peguam Negara setelah dia balik ke Malaysia,namun tidak ada bukti kukuh untuk mendakwanya. Muhammad Muhd Taib tidak berjaya membersihkan namanya dengan KES RASUAH. Pendakwaah secara selektif dan impak politik menyelamatkan Mat Tyson dari didapati BERSALAH. Namun demikian jumlah wang yang banyak yang ada padanya masih tidak dapat dijustifikasikan sehingga hari ini.

Sekarang Pat Lah pula telah memberi lesen baru kepada Muhammad Muhd Taib untuk merompak harta rakyak sekali lagi. Sekali ini lagi hebat bukan saja di Selangor malah di kawasan luar bandar dan wilayah. Agaknya bagi Pat Lah dan UMNO fikir bahawa orang yang dipalit dengan skandal rasuah adalah bersih daripada kacamata mereka. Biarlah rakyat mengadilinya sekali lagi.....

Dengar kata, Mat Tyson kini sedang mencari seorang juruterjemah bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia kerana Muhammad Mohd.Taib ini tak tau dan tak faham Bahasa Inggeris langsung. Jadi sapa yang ingin menyertainya bolehlah hubungi menantu Pat Lah, Khairy Jamaluddin di tingkat 4 JPM,Putrajaya. Bacaan lanjut di sini,dan sini.

Pat Lah telah melantik Sharizat Jalil sebagai penasihat kepada Kementerian Wanita,Keluarga dan Pembangunan Komuniti dan jawatannya itu bertaraf Menteri. Apalah punya lol,kenapa tidak lantik saja Sharizat Jalil sebagai menteri dengan cara masuk kot pintu belakang, seperti Zaid Ibrahim atau Mashitah? Dr.Ng Yen Yen tu nak letak muka kat mana? Kalau ada apa-apa berkaitan dengan kementeruan tersebut Pak Lah nak rujuk siapa dulu?

Dengar kata wanita UMNO yang menjadi tulang belakang UMNO sekarang ini tidak diwakili dalam kabinet baru Pat Lah sebagai jawatan menteri, setelah mak cik tembam, AP queen Rafidah Aziz tidak dipilih menanggotai kabinet. Nak tau apa berlaku baca di sini, sini dan sini. Pokoknya hampir kesemua menteri-menteri Pat Lah,termasuk dirinya, sedikit sebanyak sudah terpalit dengan rasuah,salahguna kuasa dan skandal yang berbagai. Baca di sini,dan sini.

Yang nyata kabinet Pat Lah kali ini dikelilingi oleh orang-orang Pat Lah dan kroni-kroni menantunya Khairy Jamaluddin, sedangkan ramai orang-orang Najib sudah dibuang. Nampaknya Najib terkonteng-konteng seorang diri menunggu masa untuk dicantas.

Ahli Parlimen Jerantut, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Anifah Aman, masing-masing menolak pelantikan sebagai timbalan menteri yang diumumkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam.Tengku Azlan, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar dan Anifah, Timbalan Menteri Pengangkutan, menemui Perdana Menteri, di sini, petang semalam bagi menyampaikan hasrat itu dengan alasan mereka sepatutnya dilantik sebagai menteri penuh. Mereka ini adalah orang Najib.

Pembentukan Kabinet Pat Lah ini juga adalah sebagai prelude kepada pemilihan jawatan dalam mesyuarat agung UMNO lewat tahun ini. Kedudukan Pat Lah yang begitu goyah memaksanya menyusun strategi supaya dia sendiri tidak akan tersungkur dalam mesyuarat agung UMNO nanti. Dalam pada itu Pat Lah masih tidak mahu bertanggungjawab atas kekalahan teruk UMNO dalam pemilu ke-12 itu, malah Pat Lah dengan bangga mengatakan bahawa dia menang dengan mandat besar. Berkecelaru betul otak Pat Lah ini.

Tetapi apakah Najib dan tokoh-tokoh UMNO lain akan berdiam diri bila kuda tunggangan mereka itu sudah patah kaki sebelah......

cheers.

No comments: