01 March 2008

Bapa mentua dan Menantu......

Sementara bapak mentua menabur janji......

Pat Lah berkata BN bukan semata-mata menabur janji untuk melaksanakan pelbagai projek di Kelantan tetapi ia rancangan sebenar yang telah disusun bagi pembangunan di negeri ini.PM berkata projek yang diperkatakan BN sekarang, sememangnya telah wujud dan di dalam proses pelaksanaan dan ia bukan tawaran untuk menarik sokongan rakyat Kelantan.

TS: Bukankah ini satu kenyataan yang bodoh. Dalam pilihanraya,Pat Lah adalah PM kerajaan sementara dan dia tidak boleh istiharkan projek itu dan ini tetapi hanya boleh berjanji projek2 tersebut. Kalau Pat Lah menang dalam pemilu nanti barulah janji2 itu dilaksanakan. Nampaknya Pat Lah dan BN saja buat janji dalam pilihanraya..,tetapi pembangkan tak boleh.

"Kerajaan BN bukan cakap akan-akan sahaja, sekarang ini pun kerajaan BN telah menjalankan projek untuk rakyat dan bukan sekadar nak cadang dan menawarkannya," katanya semasa berucap pada Majlis Pecah Tanah di tapak Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok, Tangok di sini hari ini.

TS: Bukankah Universiti Kelantan di Bachok ini dijanjikan semasa pemilu ke-11 pada 2004 dulu. Tapi,BN tewas di Kelantan ketika itu,maka projek kena tangguh. Sekarang buat pecah tanah dulu,kalau BN tewas lagi kali ini tapak Universiti ini akan dipecahkan semula dalam pemilu ke-13 pada 2013 nanti.

Menantu pula menyalak-nyalak.....

"Jangan gadai masa depan negara dengan memilih pembangkang," pesan Khairy Jamaluddin kepada pengundi pada pilihan raya umum ini, walaupun hanya untuk menguji keupayaan pembangkang memerintah negara.Khairy yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Rembau berkata rakyat tidak seharusnya bereksperimen dengan memilih pembangkang kerana sudah jelas sekali pembangkang tiada keupayaan untuk memerintah negara seperti BN.

TS: Kairy ooi...PAS dah perintah Kelantan selama 18 tahun bukankah ini menunjukkan satu keupayaan pembangkan berbuat demikian? Mata buta kot!!

Katanya pembangkang hanya tahu menabur janji yang tidak realistik semasa pilihan raya semata-mata untuk mendapatkan sokongan pengundi."Tapi jangan pula tidak puas hati dan kerana ada yang tidak dapat diselesaikan, maka itu kita buat eksperimen, pilih parti pembangkang," katanya kepada Bernama selepas melawat bilik gerakan jentera pilihan raya BN di Ladang Kombok, Rantau dekat sini, hari ini.

TS: Dalam musim pilihanraya ini parti gomen dan pembangkan tentu membuat janji,sama ada realistik atau tidak itu adalah soal kedua. Sesiapa yang menang nanti kenalah melaksanakan janji-janji tersebut. Benda remeh temeh macam ini budak darjah 5 pun tau tidak perlu seorang lulusan Oxford berlagak macam kera jalanan bercakap macam orang bodoh. Poooorah!








cheers.

No comments: