26 February 2008

Shahidan tak peduli nasihat Pak Lah......

Gara-gara perbalahan dua tokoh utama Umno Perlis - MB Shahidan Kassim dengan Setiausaha Agung Umno Radzi Shah Ahmad yang masih belum selesai berhubung pemilihan calon Umno untuk pilihanraya kali ini ,menyebabkan keadaan UMNO Perlis masih lagi tegang.

Pengagihan calon-calon di Perlis dipersetujui berasaskan nisbah lima penyokong Shahidan dan 10 orang Radzi bagi peringkat DUN. Manakala Shahidan pula kekal bertanding di kerusi lamanya di Tambun Tulang. Radzi dan Azmi Khalid pula kekal di kerusi parlimen masing-masing di Kangar dan Padang Besar.Walaupun persetujuan telah dicapai tetapi ia tetap mencetuskan rasa tidak puas hati dan bantahan di kalangan calon-calon awal yang terpaksa digugurkan.

Ketegangan tersebut berlarutan bila ramai calon-calon Shahidan diganti oleh calon-calon Radzi. Adik Shahidan yang dijangka bertanding telah diganti dengan calon wanita tetapi ketika semasa penamaan calon,adik Shahidan yang mengemukakan kertas pencalonannya.

Menurut Harakah Daily, Dr Haron Din yang bertanding di Parlimen Arau menyarankan agar seluruh rakyat Perlis menunjukkan 'kuasa' mereka dengan menghukum Dato' Seri Shahidan Kassim yang telah gagal menjadi Menteri Besar kerana bersikap 'angkuh' dan tidak berjaya membangunkan negeri dan rakyat dari sudut jasmani dan rohani. "Abdullah sendiri gagal tolak Shahidan dari senarai calon kerana konflik dalaman Umno. Jadi kita mesti buktikan kalau dia tak boleh, rakyat boleh tolak Shahidan dalam pilihan raya 8 Mac ini," tambah Dr.Haron Din lagi.

Dr Haron juga turut membidas Shahidan secara sinis tentang perwatakan dan sikapnya yang tidak tahu malu sehingga bertemu Abdullah sebanyak tujuh kali, malah katanya ada akhbar yang melaporkan sampai sembilan kali kerana kemungkinan gagal disenaraikan sebagai calon.

"Kita bertemu Allah pun lima kali sehari, dia pi sampai jumpa PM tujuh kali. Nabi pun pesan kalau kita bagi salam dekat tuan rumah tiga kali tak berjawab, baliklah...jangan tunggu lagi. Itu adab Islam.

Begitulah tamaknya pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sehinggakan nasihat Presiden parti sendiri pun tidak dipedulikan.

Betullah seperti kata Tok Guru Nik Aziz bahawa pemimpin-pemimpin Umno ini tak ubah macam orang utan.......



cheers.

No comments: