Azalina Othman Said menang tanpa bertanding di Parlimen Pengerang, sedangkan calon BN Abd. Rahman Palil menang tanpa bertanding apabila calon PKR Suzaimi Salam,yang diumum untuk bertanding,tidak muncul menyerahkan borang pencalonan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, ia bagi memastikan pilihanraya kali ini tidak dicemari korupsi. "Kami mempunyai bukti jelas bahawa seorang calon negeri di Selangor telah diberi bayaran tinggi supaya tidak hadir masa pencalonan semalam. "Kami juga menganggap bahawa permainan kotor berlaku di Johor sehingga seorang menteri menang tanpa bertanding," katanya.
Dr Syed Husin mendakwa, selepas calon-calon diumumkan, beberapa orang calon PKR peringkat Parlimen dan negeri, telah dihubungi dan ditawar wang yang banyak supaya mengumumkan penarikan diri dari bertanding.
Menurut sumber-sumber tertentu yang boleh dipercayai tawaran untuk menarik diri bagi calon-calon pembangkang yang berdepan dengan menteri-menteri kanan gomen adalah antara RM 5-8 juta. Sama ada calon PKR Penggarang itu terlibat dengan korupsi yang keji ini... allahu a'lam. Seandainya,ia benar-benar berlaku,nak tahu juga berapakah nilainya harga kemenangan Azalina?
cheers.
No comments:
Post a Comment