Calon Pakatan Harapan (PH) untuk Parlimen Padang Serai di Kedah, M Karupaiya,(atas) meninggal dunia hari ini, hanya dua hari sebelum pengundian dijalankan Sabtu nanti.
Mendiang yang merupakan ahli PKR memenangi kerusi itu pada PRU 2018 selepas menewaskan Leong Yong Kong dari MCA dan Muhammad Sobri Osman dari PAS. Karupaiya dijadualkan menentang C Sivaraaajh dari MIC dan tiga yang lain pada 19 Nov ini.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Redzuan Salleh ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
"Beliau meninggal dunia di Hospital Kulim pada jam 2.27 petang," katanya ringkas ketika dihubungi Malaysiakini.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dalam kenyataan petang ini berkongsi perkara itu, dengan mengimbas pertemuan kali terakhirnya dengan mendiang pada 14 Nov lalu. Kata Saifuddin, mendiang ketika itu tampil memberi ucapan ringkas dan sempat bersama menjulang tangan di akhir ucapan bersama Pengerusi PH Anwar Ibrahim.
“Mewakili seluruh keluarga besar PKR dan PH, saya merakamkan ucapan takziah buat keluarga mendiang. Pemergian mendiang satu kehilangan besar kepada parti dan perjuangan reformasi.
“Jasa mendiang di parlimen, kepada warga serta Cabang Padang Serai, dan juga kepada Angkatan Tentera Malaysia terutama para veteran akan senantiasa dikenang.
“Mendiang meninggal dunia di dalam perjuangan menegakkan keadilan demi Malaysia yang lebih baik. Semangat ini akan diteruskan oleh para pejuang PKR dan PH pada PRU ke-15 ini,” kata Saifuddin.
Karupaiya merupakan bekas Pegawai Waran 1, Angkatan Tentera Malaysia dan juga ketua Cabang PKR Padang Serai. - mk RIP 🙏🙏
PH’s Padang Serai
candidate M Karupaiya dies....
Pakatan Harapan's candidate for the Padang Serai seat in Kedah M Karupaiya has died, two days before the general election. He was 69. At press time, the cause of death remains unknown.
The PKR member won the seat in the 2018 general election after defeating MCA’s Leong Yong Kong and PAS’ Muhammad Sobri Osman. Karupaiya (above) was slated to face MIC’s C Sivaraaajh and three others on Nov 19.
According to Kulim police chief Mohd Redzuan Salleh, Karupaiya died in Kulim Hospital at about 2.27pm. PKR secretary-general Saifuddin Nasution Ismail, in a statement following Karupaiya's passing, said he last met the latter on Nov 14, at a ceramah in Kulim, Kedah.
"He gave a brief speech and even rose hands together at the end of Harapan chairperson (Anwar Ibrahim's) speech.
"The deceased was a former first warrant officer with the Royal Malaysian Army and Padang Serai PKR division chief," said Saifuddin, adding that Karupaiya's contributions to the army and the party will be forever remembered.
"On behalf of PKR and Harapan, I relay my condolences to the deceased's family. His passing is a huge loss to the party and the Reformasi movement."
"Karupaiya is a former soldier who had dedicated a huge chunk of his life to public service and politics.
"MIC and BN are shocked by this news. This (Karupaiya's passing) is a huge loss unexpected by voters in Padang Serai. May he be at peace." ... RIP 🙏🙏 - mk
Ini adalah calon PH di Ipoh Timur. Seorang anak muda Howard Lee Chuan How - juga bekas ADUN Perak. Jelas sekali seorang yang terpelajar, fasih dan amat jelas hujahnya berkenaan penjagaan dan kesihatan warga tua atau care for the aged. Juga dikenali sebagai geriatric care. Mendengar ucapan ringkas Howard Lee "the care crisis is real, the agedness of our society is real" maksudnya bilangan penduduk Malaysia yang makin tua sedang bertambah dan golongan warga tua perlukan bantuan dan penjagaan kesihatan khusus yang sangat berkurangan dalam negara kita. Inilah mesej Howard Lee Chuan How, calon Pakatan Harapan di Ipoh Timur...
cheers.
No comments:
Post a Comment