29 March 2018

Persempadanan baru - UMNO/BN jangan dok syiok sangat...


Usul pindaan persempadanan kawasan pilihan raya yang dibawa oleh Perdana Menteri Najib Razak di parlimen hari ini akhirnya diluluskan dengan undi belah bahagi, 80 menolak 129 undi menyokong. Usul itu dibahas hangat dalam parlimen sepanjang hari ini bermula lewat tengah hari.

Seramai 11 orang wakil rakyat enam (6) dari BN lima (5) dari oposisi  mengambil bahagian membahas usul berkenaan.

Semua wakil pembangkang membahas memberi alasan dan hujah kenapa usul berkenaan perlu ditolak. Antara alasan diberi kononnya usul itu melanggar perlembagaan. Pihak SPR yang bertanggungjawab mengemukakan cadangan pindaan itu banyak yang mendapat kritikan pihak pembangkang dan dituduh menjadi "lembu bodoh" kepada Najib Razak.

Sekiranya SPR khusus pengerusinya Hashim Abdullah bertanggungjawab terhadap setiap apa yang dilemparkan kepadanya, wajar beliau meletak jawatan. Peletakan jawatan boleh dilihat sebagai tanggungjawab beliau serta untuk menjaga integriti suruhanjaya berkenaan.

Walaupun apa-apa yang dicadangkan oleh SPR itu masih memenuhi kehendak perlembagaan tetapi ada elemen-elemen yang terdedah menjelaskan ia dibuat atas kehendak parti memerintah atau melabakan parti pemerintah. Misalnya paling jelas bagaimana perseimbangan jumlah pengundian di setiap kawasan perbezaanya sangat ketara di antara satu lain.

Pindaan itu juga disifatkan sebagai pemusnahan kepada semangat nasional, perpaduan dan intgrasi kaum bila mana ada kawasan dilonggokkan dengan satu-satu kaum sahaja; kaum Cina diletakkan dalam satu kawasan manajala Melayu pula disatu kawasan.



Semasa menggulung perbahasan usul berkenaan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menyenaraikan 14 perkara dibangkitkan oleh pembahas dan semuanya diambil kira.  Bagaimana pun isu dibangkitkan oleh wakil Sempurna, Shafei Afdal berkaitan pertambahan kerusi di Sabah yang telah diluluskan oleh DUN Sabah tetapi dibatalkan, tidak diulas Zahid.

Pindaan itu seperti mana dituduh pembangkang ia adalah untuk memberi kelebihan kepada parti UBN menjamin UBN terus mengekalkan kerajaan. Sekiranya tuduhan itu ada kebenaran namun UBN tidak boleh optimis sangat dengan pindaan itu akan berpihak kepadanya.

Pengundi yang terbabit dengan persempadanan baru itu belum pasti semuanya akan mengundi BN. UBN hanya boleh mengubati kebimbangannya sahaja dengan pindaan yang penuh kontroversi tetapi tidak dapat menjamin kemenangan mudah. Sekiranya peratus mengundi tinggi di semua kawasan pindaan dilakukan hari ini tidak menjamin UBN akan selamat.

Apa yang perlu dibimbangkan UBN ialah penolakan rakyat kepada UBN ke belakangan ini semakin ketara. Perpecahan dalaman Umno berikutan wujudnya parti PBBM dilihat memberi masalah baharu kepada UBN dan Umno yang sebelum ini dilihat selesa apabila Pas sudah tidak bersama komponen Pakatan Harapan sedikit tergugat dengan keaktifan Dr Mahathir menyerang Najib.

Sikap diambil oleh Pas terhadap usul dibentang Najib itu, dimana mereka turut mempertikai dan menolaknya akan mempengaruhi pengundian Pas di luar sana untuk tidak mengundi UBN. Apa lagi kalau tiba-tiba terbentuk persefahaman baharu dalam PH di mana Pas akan bersama pakatan itu ini boleh menyebabkan UBN akan menangis tidak berlagu. - Mohd.Sayuti Omar
No automatic alt text available.

Persempadanan semula yg UMNO/BN bentangkan secara tergesa2 dlm parlimen tadi, SELANGOR ada lah negeri yg paling byk perubahan penambahan kerusi dan penukaran nama.....ada 3 kawasan kubu kuat PH kerusi campuran, telah pecah jadi kerusi majority melayu di Dun tersebut....bukan Selangor shja.....Johor dan Kedah juga byk perubahan begitu...ni taktik jahat mereka......kawasan2 berbentuk campuran sudah menjadi kurang, tetapi memwujudkan kawasan yg berasaskan kaum yg memberi kelebihan kepada mereka...

Dengan keadaan luluskan RUU Persempadanan semula secara tergesa2, dlm masa yg singkat, mana mungkin rakyat faham kedudukan terbaru dan nama baru pusat mengundi mereka...penerangan pada rakyat terlalu singkat yg ketika ni bila2 sahaja UMNO/BN boleh bubar parlimen....ni semua taktik jahat UMNO/BN utk menang PRU14.... Ini namanya pencuri pilihanraya... - f/bk

Image may contain: 1 person, text
Image may contain: one or more people and text
Image may contain: one or more people
Ketua Pak Lebai ponteng
PAS tolong tongkat...

No automatic alt text available.
Cam mana nak menang P/Raya utk BN ikut SPR

Mari nak komen pasal persempadanan semula SPR ni.

Ok mai kita tengok 2 case studies.

How to Win PRU for dummies.

1. PARLIMEN LEMBAH PANTAI.

Daerah mengundi yang dikeluarkan dari Lembah Pantai adalah kawasan yang solid pakatan masa PRU13 which are:

1. Jalan Tun Sambanthan
2. Kampung Bahagia
3. Kampung Bohol

Dan dimasukkan
1.Tasik Perdana

Nak tau Tasik Perdana tu ada apa? Situlah Bukit Aman bro. Ada 6500 pengundi saja di situ.

Lembah Pantai dalam bahaya.

2. Kaedah Rampas DUN HULU KLANG DAN PARLIMEN GOMBAK.

Daerah mengundi yang dikeluarkan adalah 2 kawasan yang solid pakatan semasa PRU13

1. Kuala Ampang (2k lebih pengundi) 
2. Ukay Perdana (2k lebih pengundi)

Dan dimasukkan 2 kawasan yang pro BN semasa PRU13.

1. Enggang Utara (2k lebih pengundi) 
2. Enggang Selatan (2k lebih pengundi)

And this guys, is how you win an election. *special thanks to my deepthroat for the analysis - fbk

Dewan kecoh, Kit Siang digantung...

Sidang parlimen ditangguhkan apabila berlaku kekecohan bantah membantah sebaik sahaja Yang di Pertua Dewan Pendekar Amin Mulia mengemukakan usul persempadanan dibentang kepada Dewan. Ahli parlimen pembangkang menimbulkan beberapa persoalan berkaitan usul berkenaan.

Keadaan mula menjadi kelam kabut, hinggar bingar sampai ada yang menyumpah seranah membawa kepada parlimen ditangguhkan. Keriuhan dan kekelaman kabut dewan ini menunjukkan Pendikar Amin gagal mengawal sidang.

Apa yang berlaku pihak pembangkang tidak berpuas hati dengan keputuan Speaker yang membuat dan mengambil tindakan agar ahli Parlimen Gelang Patah Kit Siang digantung selama enam bulan. Tindakan dibuat Speaker apabila Kit Siang enggan patuh kepada arahannya.

Speaker berbuat begitu apabila Kit Siang yang ingin bertanya dan mempertikaikan berhubung tindakan Speaker yang tidak membenarkan laporan SPR berkaitan persempadanan itu daripada didedahkan. Kita Siang mempersoalkan, dan berhujah sepanjang beliau menjadi ahli parlimen, tidak ada laporan parlimen diembargo.

Bagi Kit Siang apa dibuat Speaker itu sesuatu yang salah dengan amalan demokrasi dan peraturan Dewan.

Speaker tidak mahu melayan apa dibangkitkan oleh Kit Siang, dan terus memberi peringatan untuk bertindak terhadap Kit Siang. Sikap speaker itu itu dianggap undemokratik dan bias, oleh pembangkang menyebabkan seorang demi seorangh bangkit merayu dan juga menyerang Speaker yang bagi mereka tidak demokrasi.

Hampir semua jaguh-jaguh pembangkang bangun mempertikaikan tindakan Speaker dan mempertahankan Gelang Patah. Apa yang mereka tuntut dan mahu hanya keadilan dan hak mereka sebagai ahli parlimen.

Saat ini pula wakil kerajaan menyerang pembangkang ada sampai yang menuduh Kit Siang komunis dan juga mempersendakan kesihatan ahli Parlimen Sepang Hanifa Maidin.

Yang saya agak musykil sedikit ialah sikap ahli parlimen parti agama, (Pas) yang diam membisu, tidak ada seorang pun yang bangun mencelah atau pun batuk atau berdeham, hanya menyaksikan aksi kecoh itu. Dimanakah janji mereka untuk berfungsi sebagai penasihat sebelum ini?

Sepatutnya ada yang bangun membaca ayat-ayat al Quran Nur Karim atau hadith-hadith Nabi sebagai mentara dan jampi menyejukkan keadaan. Jelas bahawa kehadiran mereka di sidang parlimen hanya sekadar untuk memanaskan punggung dan terus “tepu” dengan sikap berkecualinya.

Keadaan ini perlu dinilai oleh pengundi apakah wajar atau tidak mereka dihantar ke parlimen dalam Pru akan datang. Trims. - f/bk

Spike in number of urban voters in redelineated Selangor...

The Election Commission (EC) redelineation will see a spike in the number of voters in several urban Parliamentary seats in Selangor.

It would create constituencies that have up to 150,000 voters should the proposal be passed in Parliament.

The EC has proposed for the Petaling Jaya Utara constituency to be changed to Damansara, Serdang seat to Bangi, Kelana Jaya to Subang, and Petaling Jaya Selatan to Petaling Jaya.

The Damansara seat is set to be the biggest constituency in Peninsular Malaysia with 150,439 voters compared with the 84,456 in Petaling Jaya Utara, which is held by the DAP's Tony Pua.

The Petaling Jaya seat, meanwhile, will have 129,363 voters compared with the current 78,404 voters under PKR's incumbent Hee Loy Sian.

Meanwhile, Subang will have 128,330 voters compared to the current 101,603 which is known currently as Kelana Jaya with PKR's Wong Chen.

Bangi would have 146,168 voters as opposed to 139,013 held by DAP's Ong Kian Ming.

Klang will have swelled to 136,222 voters instead of its current 98,000. Sungai Buloh will have 73,448 voters instead of its current 129,846 which is known as Subang under PKR's R. Sivarasa. -theSundaily

EC dismissed nearly all of 
Selangor voters’ objections...

Almost all of the objections raised by voters  against proposed re-delineation of electoral boundaries in Selangor where thrown out by the Election Commission, according to the report tabled in Parliament today by Prime Minister Najib Razak.

Of 738 objectors, each representing at least 100 voters, 92.1% were thrown out for failing to meet requirements of a local enquiry, the report revealed. 

As for objections that did make it to the local inquiry, 81.4% of them were rejected by the EC.

The objections were made between January and February this year when the EC held its second and final round of public hearings on the proposed re-delineation exercise for parliamentary and state constituencies in the state. The local inquiries were held in March. 

Voters’ complaints were similarly themed: Altered boundaries and the shifting of voters to and from neighbouring areas had distorted the ethnic composition of constituencies. 

Some voters also complained of new boundaries that ran down the middle of localities, such as housing estates, some of which lacked direct road access to the constituencies that they were being shifted to. 

Among the objectors was Selangor Menteri Besar Azmin Ali, who told the EC to avoid creating "single-race constituencies", and that boundaries were unconstitutional under Section 2 of Schedule 13 of the federal constitution, which requires the EC to have regard for local community ties in its re-delineation proposals. 

The MB's objections, made at the local inquiry level on March 1, were thrown out. 

In the report tabled by Najib today, the EC had also included all 18 parliamentary seats listed in the first redelineation proposal last year. 

Out of the 22 parliamentary constituencies in Selangor, 18 constituencies were initially slated to have their boundaries altered prior to the first round of local enquiries between January and December. After the local enquiries, five parliamentary constituencies had their boundaries changed: Ampang, Kuala Selangor, Gombak, Pandan, and Tanjong Karang. 

It was these seats that much of the state's voters' contention were focussed on, according to the two-volume 1,000 page report that detailed voters’ objections in all the states and federal territories, except Sabah and Sarawak. 

The uneven distribution of voters is also evident in the parliamentary and state seats in Selangor, with the biggest seats having four times more voters than the smallest seats. 

The parliamentary seat of Damansara, for example, has 150,439 voters compared to Sabak Bernam’s 37,126 voters, according to the EC report. 

Meanwhile, the state seat of Subang Jaya, has 66,059 voters whereas the smallest proposed state constituency, Sungai Air Tawar, has only 15,033 voters.

According to calculations by electoral reform pressure group Engage, voters in BN seats nationwide have an average 1.6 times the voting power of seats controlled by the opposition.

The average number of voters in a BN parliamentary constituency is 48,288 compared, with opposition average of 79,436.

Malapportionment also meant that a simple parliamentary majority, or control of 112 seats, could be achieved with just 33% of the votes, according to a briefing by Engage member and political analyst Wong Chin Huat yesterday

Selangor has 2.078 million registered voters. 

The EC is mired in a protracted legal battle with the opposition-controlled Selangor government. The Court of Appeal will tomorrow rule on an appeal by the state government after it lost its bid at the High Court for a judicial review to declare the re-delineation exercise unconstitutional. – malaysianinsight




cheers.

No comments: