Adat orang bercinta – ada kala manis, ada kala pahit, dan kadangkala terpaksa berpisah. Namun, mungkin muncul kekasih baru atau bertemu seteru lama. Kita tahu begitulah kitarannya walau tak selalunya begitu.
Dalam arena politik tempatan, PAS kini intim dengan Umno. Walaupun PAS tidak menyertai Barisan Nasional, mereka sangat akrab. Atas nama agama, ruang kerjasama kedua-dua parti Melayu itu amat luas.
Persoalannya, di pihak pembangkang Pakatan Harapan, masih ada yang mahu bekerjasama dengan PAS yang sudah jelas riang gembira bersama Umno. Mengapa begitu?
Sebenarnya ia berpunca daripada naratif lama, iaitu tanpa PAS, pembangkang akan sukar mendapat undi Melayu. Fahaman bersifat hitam putih ini masih dipegang walaupun sudah wujud alternatifnya, iaitu dua parti majoriti Melayu yang baru, iaitu Bersatu dan Amanah.
Walaupun Amanah masih dianggap kurang sokongan akar umbi – mungkin kerana masih bersaing dengan PAS yang hampir serupa sifat luarannya – ia membawa hasrat PAS era Pakatan Rakyat, iaitu mengutamakan perjuangan rakyat Malaysia berbanding agenda peribadi parti.
Kelahiran Bersatu pula menggugat Umno yang selama ini selesa tanpa lawan yang gagah sejak matinya Semangat 46 kira-kira 20 tahun dahulu. Apatah lagi Bersatu dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad, tokoh besar yang dikagumi ramai rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, walaupun dibenci sesetengah NGO serta segelintir ahli politik veteran.
Di sini jelas menunjukkan bahawa selepas kematian Pakatan Rakyat, penggantinya adalah Pakatan Harapan yang mempunyai parti-parti yang sudah mampu mengisi kekosongan PAS.
PAS pula tidak melahirkan blok ketiga. Walaupun ada cakap-cakap tentang Gagasan Sejahtera, ia hanya sekadar PAS dan beberapa parti kecil. Pimpinan PAS dilihat lebih senang hati bersama Najib dan para pemimpin Umno lain.
Jadi, memang sukar untuk difahami mengapa ada pihak dalam Pakatan Harapan yang masih mahu bekerjasama dengan PAS untuk melawan sahabat PAS, iaitu Umno-BN. Adakah tidak yakin dengan kekuatan sendiri dan mood rakyat sekarang?
2. Adakah PAS hari sama dengan PAS dulu
PAS menang di banyak kerusi pada PRU 2013 kerana sokongan pelbagai kaum, hasil kerjasama Pakatan Rakyat. Malah, DAP dan PKR juga menang atas sokongan yang sama. Jika mana-mana pihak mahu mendabik dada ia adalah kejayaan diri sendiri, ia hanya mencerminkan keangkuhan dan sikap mudah lupa diri.
Kini apabila PAS bersama dengan Umno, ia menyukarkan usahanya mengekalkan kerusi-kerusi yang dimenangi dengan undi bukan-Islam. Malah pengundi Islam yang sebelum ini tidak selesa dengan PAS kerana dasar agama yang dianggap keras dan konservatif juga tidak akan memilih parti itu.
Ini bererti PAS hanya bakal mendapat undi daripada penyokong tegarnya. Pada masa yang sama, ini bererti pihak yang dianggap musuh oleh PAS, iaitu Amanah dan DAP, juga tidak akan mendapat lagi undi daripada para penyokong tegar tersebut.
Namun, tidak bererti Bersatu dan PKR tidak akan mendapat undi daripada pengundi yang pernah memilih PAS dalam PRU 2013 lalu.
Yang belum jelas setakat ini ialah sama ada PAS dan Umno akan mewujudkan persefahaman pilihanraya, iaitu a) PAS dan Umno tidak akan bertanding di kerusi yang sama, atau b) PAS dan Umno akan bertembung sesama sendiri di semua kerusi yang mereka tandingi.
Keputusan kerjasama kedua-dua parti itu akan menentukan kesan dalam pilihanraya umum akan datang.
3. Adakah sejarah PRU 1974 akan berulang untuk PAS?
Apabila PAS menyertai BN dan bertanding PRU 1974 sebagai komponen BN, ia tidak bertembung dengan Umno kerana bertanding sebagai rakan gabungan.
Namun, tidak semua penyokong PAS mengundi parti sendiri. Di kubu kuatnya di Kelantan dan Terengganu, sebuah parti kecil Parti Sosialis Rakyat Malaya – walaupun tewas – telah meraih banyak undi di kedua-dua negeri Melayu tersebut.
Sebaliknya, apabila PAS dipecat daripada BN pada 1977, dan kembali bertanding sebagai pembangkang pada PRU 1978, undi yang diperolehi PSRM kembali kepada PAS di dua negeri tersebut. Malah, banyak calon PSRM hilang deposit.
Jika penyokong PAS hari ini tidak selesa melihat para pemimpin mereka bermesra manja dengan para pemimpin Umno, adakah mereka sanggup mengundi calon-calon BN, atau PAS sendiri dalam PRU akan datang? Atau mungkinkah mereka mengulangi apa yang telah dilakukan pada PRU 1974 dahulu?
4. Mahathir masih berpengaruh?
Semakin beliau dihina oleh pimpinan BN, semakin popular Dr Mahathir. Malah, ia menarik perhatian golongan yang selama ini tidak begitu pedulikan politik. Karisma Mahathir – tanpa melupakan sejarah penguasaannya selama 22 tahun – masih kekal. Di media sosial, kata-kata “smart”, “brave”, “cute”, “charismatic”, “sweet”, “charming” untuk menggambarkan dirinya menjadi sebutan ramai. Dalam bahasa Inggeris, ramai juga nama-nama Melayu di media sosial yang menggunakan istilah-istilah tersebut. Suasana ini membimbangkan pucuk pimpinan Umno.
Ini kerana pimpinan Umno-BN sedar bahawa emosi merupakan kuasa penentu undi. Selama ini fakta dan kebenaran pembangkang dengan mudah ditolak tepi melalui penguasaan media. Kini suasana sudah berubah. Mahathir sendiri sudah pandai berselfie.
Malah, melalui media sosial, timbul cerita kononnya penyanyi terkenal Siti Nurhaliza akan menyertai Bersatu, malah mungkin bertanding. Entah betul atau tidak, ia sudah menjadi viral. Hari ini media sosial bukan lagi milik orang kota semata-mata kerana di merata ceruk kampung ia sudah menjadi mainan dan maklumat seharian.
Tanpa PAS sekali pun, peluang Pakatan Harapan cerah untuk menarik undi Melayu melalui kerjasama Bersatu, Amanah dan PKR bersama DAP dalam satu gabungan yang kental. Yang penting ialah keyakinan diri bersama komitmen dalam satu pakatan.
Walau apa pun, jika ada yang masih menagih kasih daripada si dia yang sudah terang-terang menolak cinta, malah mengherdik pula, ia bukan sahaja sia-sia tetapi juga memalukan. Jika si dia mencintai sang kleptokrat, maka kita perlu kembali bersama rakyat untuk menyelamat dan memulihkan watan tercinta ini. – Wan Hamidi Hamid,themalaysianinsight
China Press melaporkan wanita itu mengamuk selepas mendapati tayarnya dikunci pihak berkuasa tempatan berkenaan kerana menghentikan keretanya di tempat letak kenderaan orang kelainan upaya (OKU).
Wanita terbabit memarahi penguat kuasa itu dengan “menghayun” sebatang kunci stereng sambil memberi alasan dia terpaksa meletak kereta di sana kerana tiada tempat lain.
“Saya beli makanan untuk OKU salahkah? Salahkah?” teriaknya berulang kali.
“Tak salah. You beli makanan, you tak salah,” jawab penguat kuasa bercermin mata gelap itu.
“Tak salah kenapa kunci kereta saya?” soal wanita itu lagi.
“You parking kereta salah,” kata penguat kuasa itu sambil bertanya jika wanita terbabit seorang OKU.
“Saya tolong OKU, you tak fahamkah?” katanya sambil menghentak kakinya.
“Saya faham…Kalau betul-betul you tolong OKU, baik parking tengah-tengah (jalan) saja,” kata penguat kuasa lelaki itu.
Pemandu terbabit kemudiannya merendahkan suara dengan berkata, meletakkan kereta di tengah jalan memang dilarang.
“Apakah you betul ke tak betul? Panggil saya park in the middle…Eh, you officer tau,” kata wanita berkenaan.- fmt
Tahukah anda kita import
arang batu dari Korea Utara?
Explain why I was barred
from visiting Chinese school...
Penang Chief Minister Lim Guan Eng wants the Education Ministry to explain why he was not allowed to visit a Chinese school in Sungai Lembu, Bukit Mertajam, to extend financial aid.
Lim told a press conference that the move to bar his visit was a "travesty of democratic principles".
"Why victimise the Penang government and bully its chief minister? There is no logic in preventing us from visiting the school when all we want to do is provide financial aid.
"Bear in mind that I am the only Chinese chief minister in the country, and yet, I cannot enter a Chinese primary school in my own state, despite having written a letter to inform the Education Ministry. I have never experienced this before. It must be because the general election is near," Lim said.
According to Lim, he was supposed to visit and provide financial aid to the Sungai Lembu Chinese primary school, on which he had earlier informed the ministry.
Lim received a letter on Sept 6 from Penang Education Department director Shaari Osman, informing him that he is not allowed to visit the school.
He was told that his application had been rejected by the Education Ministry.
Lim also claimed that an Umno leader had been permitted to visit the school, although the party "does not support Chinese education".
The Bagan MP went on to ask: “There is no respect for the post of CM but how come an Umno leader, coming from a party that supports only one language education, was allowed into the school?”
Lim was referring to Umno Permatang Pauh division chief Mohd Zaidi Mohd Said, who has visited several schools in Permatang Pauh, and even organised a record-making event that saw Prime Minister Najib Abdul Razak participating in a feast while sitting cross-legged at the Seberang Perai Polytechnic last month.
Sungai Lembu was thrust into the spotlight after state executive councillor in charge of environment, welfare and caring society, Phee Boon Poh, and two others were detained by the MACC last month over the operations of an illegal factory.
Lim urged state government officials to go to such schools to see for themselves that kind of aid that is required, instead of just relying on reports.
He also asked if the ministry could give a guarantee that it would provide enough allocations for needy schools.
"If they are unable to do so, why stop us from entering school to see their needs?
“We cannot provide all the funds due to financial constraints, but we can give some remedial funds annually,” Lim said.
“If the Education Ministry cannot guarantee enough funds for Chinese schools, then it is politicising education for its own selfish interests,” he stressed. - mk
KM: Mengapa larang saya lawat sekolah Cina
Legacy Dr.M will be there for a long long time.
Najib can't erased it with RCIs...
Isi teka cincinkita ini...
cheers.
No comments:
Post a Comment