20 December 2016

Depa jumpa barang2 mangsa pesawat MH370...

The ragged brown slipper was found on Riake beach, Madagascar, in an area near where the plane is thought to have possibly crashed
Slipper warna perang(pix atas) yang dipercayai sama dengan slipper yang dipakai oleh 
seorang wanita bergelar "Cinderella" semasa dalam pesawat MH370. 

Wanita Australia Dakwa Temui Barangan Peribadi Mangsa MH370...

Kasut, selipar, beg tangan, dompet dan topi antara barangan yang ditemukan oleh seorang wanita di Australia yang mendakwa kesemua barangan peribadi itu merupakan milik mangsa tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada Mac 2014.

Wanita terbabit, Sheryl Keen yang tinggal di Perth, bekerjasama dengan penyiasat amatur, Blaine Gibson untuk mencari sebarang petunjuk yang mampu merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut.

Antara barangan penting yang ditemukan adalah selipar berwarna perang yang dipercayai dipakai oleh seorang penumpang wanita berdasarkan rakaman kamera keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari kejadian.

Menurut Keen, dia percaya selipar itu merupakan milik wanita terbabit yang dinamakan sebagai "Cinderella" dan kesemua barangan yang ditemukannya datang daripada pesawat MH370.



"Kami mendapati barangan peribadi yang ditemui di sepanjang kawasan pantai Madagascar mempunyai kesan yang sama iaitu sudah lusuh dan rosak.

"Malah pakar kaji laut memaklumkan bahawa kemungkinan besar barangan penumpang dan krew pesawat MH370 akan terdampar di kawasan pantai tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Keen yang merupakan pengerusi Kumpulan Sokongan Kemalangan Udara Australia (ACSGA), berkata, pihaknya akan menyerahkan kesemua barangan tersebut kepada Polis Persekutuan Australia untuk tindakan lanjut.

Dia menubuhkan kumpulan itu selepas kematian suaminya dalam nahas pesawat pada 2009 dan berharap dalam membantu lebih ramai keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi sama.

Bagaimanapun Keen mengakui bahawa Australia hanya terlibat sebagai sebahagian kecil dalam misi pencarian pesawat itu, sekali gus mungkin terlepas petunjuk penting.

"Kami dalam proses rundingan dengan pihak polis untuk menyerahkan barangan tersebut tetapi pihak berkuasa Malaysia bertanggungjawab dalam mengendalikan penemuan barangan peribadi.

"Australia hanya terlibat dalam pencarian di dasar laut dan saya tidak pasti mahu berhubung dengan pihak mana untuk menyerahkan barang ini," katanya. - mstar

In total Mrs Keen has 20 items (pictured) from MH370 amateur investigator Blaine Gibson which she hopes may lead to the discovery of the missing Malaysian Airlines flight
About 20 items (pic.above)from MH370 found by amateur investigator Blaine Gibson...

Woman finds a slipper she says belongs to 'Cinderella' - a passenger pictured boarding flight MH370...

Shoes, handbags, wallets, hats and an all important brown slipper.

They're just some of the 20 items believed to have come from missing flight MH370 laid out on the kitchen table of Sheryl Keen's home in Perth, Western Australia.

Mrs Keen, 52, has been working with MH370 amateur investigator Blaine Gibson to find any clues that may lead to the discovery of the Malaysia Airlines flight that disappeared in March 2014. 

'What else could it be from?' Mrs Keen told Daily Mail Australia. 

'We're looking at a substantial amount of personal effects which all alike, are all in similar condition, similar deterioration and all found along the same stretch of Riake beach in Madagascar.


The most exciting evidence Mrs Keen has come across is a brown slipper (pictured)

'And it's in an area that an oceanographer said people should go look for things.'

The chairwoman of Air Crash Support Group Australia, Mrs Keen knows firsthand how devastating aviation disasters can be.

Having lost her husband - an agricultural pilot - in a plane crash in 2009, she went on to found ASGA in an effort to support families who lose loved ones in disasters.

But it wasn't until the mysterious Malaysia Airways disaster of 2014 that she and her group joined forces with dedicated MH370 investigator Mr Gibson.

'When MH370 first went missing a lot of online groups were created,' Mrs Keen said.

'I stumbled into a group that Blaine was a part of and we got talking about what we were both doing.

'Blaine came to Australia and then he went out and looked for things and some were handed to Madagascar authorities with the belief the Malaysians would come and collect them - but we waited and waited and no body turned up.' Continue reading...

Image result for RUU355 pas,umno sokong kah?
RUU355: Parti komponen BN akan bantah atau terus ikut telunjuk UMNO...

Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang tidak bersetuju dengan rang undang-undang (RUU) pindaan Akta 355 perlu menyatakan pendirian dengan segera jika tidak mahu dituduh sebagai ‘pak turut’ kepada UMNO.

Ia berikutan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan, semalam, yang mendesak agar RUU itu disokong komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan kerana ia akan dibentangkan sendiri oleh kerajaan.

“Parti komponen BN yang menentang RUU tersebut perlu membuat pendirian jelas terhadap kenyataan Ahmad Maslan berkenaan, jika tidak mereka akan dianggap sebagai menyokong,” tegas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, RUU penuh kontroversi itu dibawa dan dibentang secara persendirian oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).


Image result for mca,mic,gerakan RUU355

Mengikut prosedur, untuk sebarang akta atau RUU melepasi Parlimen dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, ia haruslah dibentangkan sendiri oleh pihak kerajaan.

Mengulas lanjut, Ramkarpal yang juga seorang peguam berkata, DAP sebagai parti yang menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan konsisten menentang sebarang akta atau RUU yang bertentangan dengan semangat undang-undang tertinggi negara itu.

“Menjadi pendirian DAP bahawa RUU tersebut tidak mengikut Perlembagaan dan tidak akan menjadi berperlembagaan hanya kerana ia telah diambil alih oleh kerajaan untuk dibentangkan.

“Oleh itu, pendirian DAP berhubung perkara berkenaan tidak berubah, tidak kira ia dibentangkan oleh sesiapa pun kerana kandungannya tetap sama,” katanya. – Roketkini.com

PAS salahkan Isa Samad pasai kewangan FELDA...
Story kat SINI dan SINI  


Photo published for British embassy questioned whether Malaysian PM Razak cleared of corruption

I don't know

No automatic alt text available.
Image may contain: 1 person, text

cheers.

No comments: