24 August 2016

MO1 - Penjenayah paling dikehendaki negara...

rencana_MO1penjenayah-01

Pendedahan terkini oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa pihak polis telah melengkapkan fasa pertama siasatan ke atas 1MDB dan ia adalah terhad kepada lima cadangan ‘tidak wujud’ Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) seperti yang diarahkan oleh Kabinet, hanya menyebabkan siasatan polis terhadap 1MDB menjadi satu permainan dan sandiwara.

Ia menimbulkan banyak persoalan berhubung kebebasan, kesaksamaan, kecekapan dan profesionalisme polis Malaysia, terutama sama ada ia mampu dikategorikan sebagai salah satu badan polis terbaik dunia dari sudut kecekapan dan profesionalisme.

Sebagai contoh, bolehkah Khalid mengarahkan siasatan polis ke atas 1MDB untuk menyelidik lebih lanjut berkenaan dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mengenai jenayah kecurian, penyelewengan dan pengubahan wang haram dana 1MDB yang bernilai berbilion ringgit atau beliau harus mendapatkan ‘lampu hijau’ dari Kabinet atau Perdana Menteri terlebih dahulu?

Tanpa ‘lampu hijau’ oleh Kabinet atau Perdana Menteri, adakah polis Malaysia terpaksa berpura-pura seolah-olah dakwaan DOJ setebal 136 mukasurat yang menyentuh jenayah kecurian, penyelewengan dan pengubahan wang haram bernilai berbilion ringgit melibatkan 1MDB itu tidak wujud – walaupun hampir 10 negara sedang menyiasat skandal antarabangsa dana 1MDB tersebut?

Bolehkah Khalid menjelaskan kepada rakyat Malaysia sama ada beliau secara rasmi telah meminta ‘lampu hijau’ dari Kabinet atau Perdana Menteri agar polis Malaysia dapat menyiasat dakwaan DOJ terhadap salah laku jenayah melibatkan 1MDB, atau beliau tidak pernah berbuat demikian kerana tahu ia tidak akan membawa sebarang erti, sama ada dari Kabinet atau Perdana Menteri sendiri?

Penahanan polis tanpa waran dan  reman tiga hari ke atas tiga aktivis pelajar, Muhammad Luqman Nul Hakim Zul Razali, Luqman Hakim dan Ashraff Nazrin pada Sabtu lalu kerana mempromosi himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 di UiTM Seri Iskandar, Perak mencetuskan persoalan tentang apa sepatutnya menjadi kedudukan polis berkenaan personaliti ‘Malaysian Official 1’ yang dinyatakan 36 kali dalam saman sivil setebal 136 mukasurat bagi rampasan aset selepas terdapat dakwaan berhubung penyelewengan dan pengubahan wang haram bernilai AS$3.5 bilion dari dana 1MDB.

Bukankah polis Malaysia sepatutnya peduli tentang siapa ‘Malaysian Official 1’ dan bukankah pihak polis seharusnya bekerjasama dengan kempen #TangkapMalaysianOfficial1 tersebut?



Jika dakwaan DOJ mengenai salah laku jenayah melibatkan ‘Malaysian Official 1’ adalah benar, bermakna dia merupakan penjenayah paling dikehendaki di Malaysia. Jadi bagaimana mungkin pihak polis Malaysia tidak ambil peduli dan tidak berminat tentang itu?

Seperti yang ditegaskan oleh Presiden Badan Peguam Malaysia, Steven Thiru, sukar untuk berpendirian bahawa dokumen DOJ tidak menunjukkan wang telah diseleweng dari 1MDB memandangkan dakwaan berhubung salah laku kewangan itu melibatkan dana 1MDB – digambarkan sebagai “telah dicuri, diubah melalui institusi kewangan Amerika dan digunakan untuk memperkayakan beberapa pegawai dan sekutu mereka” – yang disebut dalam lebih 193 perenggan dalam dokumen tersebut.

Bukankah ia merupakan tanggungjawab polis Malaysia untuk mengenalpasti siapakah ‘MO1’ dan siapakah sebenarnya dalang di sebalik skandal kewangan antarabangsa 1MDB – sama ada ‘MO1’ atau jutawan Pulau Pinang, Jho Low?

Dakwaan DOJ mengetengahkan tiga fasa penyelewengan dan kleptokrasi 1MDB – 1) Fasa Good Star, 2) Fasa Aabar BVI dan 3) Fasa Tanore, menyatakan bahawa ‘Malaysian Official 1’ menyelewengkan AS$731 juta melalui 1MDB. Terdapat fasa keempat, iaitu fasa SRC yang tidak dinyatakan dalam saman DOJ itu.

DOJ menyebut bahawa dalam fasa Good Star, lebih AS$1 bilion sejak September 2009 hingga 2011 telah disalurkan dari 1MDB kepada Good Star kepunyaan Jho Low. Dalam fasa kedua iaitu fasa Aabar BVI pada tahun 2012, kira-kira AS$1.367 bilion dana 1MDB yang dibangkitkan dalam dua tawaran bon berasingan telah “disalahgunakan dan dialihkan melalui penipuan” ke akaun bank di Switzerland dan Singapura yang dikawal oleh Jho Low. Seterusnya dalam fasa ketiga iaitu Fasa Tanore pada tahun 2013, lebih AS$1.26 bilion dana 1MDB sekali lagi dimasukkan ke dalam akaun bank di Switzerland dan Singapura yang dikawal oleh Jho Low tersebut.

Daripada hampir AS$3.6 bilion dana 1MDB yang diseleweng melalui tiga fasa berkenaan, AS$731 juta dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi ‘Malaysian Official 1’.

Dengan keengganan untuk melancarkan siasatan yang boleh menangkis tuduhan-tuduhan berat seperti itu, adakah polis Malaysia sebenarnya menerima bahawa terdapat kes prima facie terhadap dakwaan DOJ mengenai jenayah kecurian, penyelewengan dan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB, serta peranan yang dimainkan oleh ‘MO1’ dan Jho Low dalam jenayah tersebut?



Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas EPU, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, telah menyatakan bahawa “hanya orang bodoh yang tidak mengetahui siapa individu tersebut” seolah-olah siapa ‘MO1’ yang dinyatakan dalam saman sivil DOJ itu bukanlah satu rahsia.

Adakah polis telah menyoal siasat Abdul Rahman Dahlan mengenai identiti ‘MO1’?

Adakah Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad adalah seorang yang ‘bodoh’ apabila menyatakan bahawa ‘Malaysian Official 1’ adalah Yang di-Pertuan Agong?

Ini merupakan satu kes yang menunjukkan secara jelas keengganan pihak polis untuk bertindak! - Lim Kit Siang 

Effective August, Malaysia assumes the presidency of the United Nations Security Council.Now is that not a good excuse for Najib to go to New York on a "working visit?" But how to go to New York when you are the object of inquiries by the US Department of Justice? Inquiries on money laundering and the plundering and pillaging of the rakyat's money via 1MDB? The FBI is keeping their eye on Najib and Rosmah...and the antics of these two did not help. They have virtually made Najib and Rosmah no longer that keen to go anywhere in the US! And of course that RM110 million penthouse in New York have been sealed by the Department of Justice n the US. So where to hide their water face if they go to the US. No apartment, no immunity and no more golf with Obama anymore.. better to stay in KL! - steadyaku47

Nak Tanya Felda sikit...

Back in 2012, FGV emerged as Asia's biggest IPO, when it managed to raise RM10.4 billion. Ini wang yang FGV dapat hasil dari IPO. Apa depa buat dgn hasil IPO? Jangan tanya saya.. tanya Isa Samad.

Harga saham FGV pernah jatuh hingga ke 1.35 dari harga IPO 4.55 . Kejatuhan harga saham adalah di atas batu jembala pemegang saham, sperti kwsp kwap TH sll.. bukan FGV lagi yang menanggung kerugian.

FGV telah bertukar 3 CEO dlm masa 5 tahun. Macam 1MDB tukar 3 CEO dlm masa 5 tahun :D
Saya tidaklah mahu melihat lebih mendalam dlm FGV cukuplah sekadar berkata In its first quarter ended March 2016, FGV slipped into the red with RM70.35 million in losses. This is unheard off under the old Felda module.

Yang saya nak highlight adalah janji2 manis politikus2 ketika awal permulaan mahu menubuhkan dan menyenaraikan FGV dari module asal Felda.

Isu-isu Felda...

Warga Felda sila bangun basuh muka ...

1) Setakat ini berapa buah rumah PGBF (perumahan generasi baru felda) telah siap dibina ?
Sebab masa nak senarai FGV, PM janji nak bina 20,000 unit dlm masa 5 tahun, skrg dh 4 tahun.
2) Apa cerita dengan projek Sentuhan Kasih?  Berapa orang dapat nikmat dan apa hasilnya setakat ini ? Apa status projek tu sekarang ?
3) Apa jadi restoran-restoran Savaro ?
4) Dulu masa baru nak senarai FGV, Felda rancak hantar anak-anak Felda ke luar negara ... berbagai program .. sekarang kenapa terhenti ?  Takkan langkah dulu tu sekadar nak ambik hati peneroka ?
5) Projek ikan sturgeon di Pahang yang diperuntukkan puluhan juta ringgit tu apa khabar ?
6) Apa hasil beli hotel-hotel di London, KK, PD, Melaka dan sebagainya ?
Apa jadi ?
7) Kenapa sekarang Yayasan Felda tidak lagi rajin turun padang untuk projek c.s.r ?
Sedangkan masa FGV baru nak disenaraikan dulu bukan main rajin.
PENEROKA DAN ANAK-ANAK FELDA ... CUBA BUKA MATA DAN RENUNG.
Jangan pula ada melaun kata ini pun DAP punya kerja!!! - f/bk king jason

namewee-ditahan
What crime has Namewee committed...

Offending sensibilities isn’t necessarily a crime, says human rights activist Marina Mahathir.

Commenting on the arrest of controversial rapper Namewee over his newest music video, Marina told FMT she felt the police action was extreme and probably prompted by a need to appease oversensitive Muslims.

“We can’t keep kowtowing to people who spend most of their time being offended. I find it rather offensive that they are offended,” she quipped.

Marina made a similar statement about oversensitive Muslims in a blog posting last January. She cited several “ridiculous things” that she said they would get hysterical over, including the alleged presence of pig DNA in chocolates and crucifix-like designs on the roofs of houses.

She had added that she couldn’t understand why Malaysian Muslims were not ashamed to admit their faith was weak and in need of constant protection.

Criticising Namewee’s arrest, she said, “He should not have been treated that way. The authorities should look at the video properly and find out what laws he has broken. Just because people are offended, it doesn’t mean that it’s a crime.”

She said she hadn’t seen the video herself.



The 33-year-old Namewee, whose real name is Wee Meng Chee, was arrested at the Kuala Lumpur International Airport on Sunday. He has been remanded for four days.

The offending video is for his song “Oh My God.” It shows him rapping in front of places of worship around the country.

Prematilaka KD Serisena, the Secretary-General of the Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism had also spoken to FMT regarding the matter, saying that people needed a platform to voice their frustrations.

He said that the best way to deal with them was to hear them out. Sending Namewee to jail would only make matters worse, he added. - fmt

Who is our national hero...

Looks like all the support and adoration is being aimed at Lee Chong Wei with very little thought given to the six other athletes who represented Malaysia at the Rio Olympics.

I woke up last Sunday morning only to find everyone at home in a sombre mood. 

Grabbing my handphone in the hopes of finding some early morning entertainment, a notification popped up on Facebook. It was my daughter’s status. 

It read: “Silver? Nope. He won gold in our hearts.” Surfing the Internet, I saw many similar messages flooding cyberspace. 

“He has united Malaysians more than Independence Day has for the last decade.” 

“You are our champion, our hero.” “You made me proud to be Malaysian.” 

“Because you’ve given your best, and we all know that, as we, the world, watched every single second as you fought for every point you could.”

“No one can try harder than him. And no one can unite Malaysia better than him.” 

“No one in the world deserves more gold than him.” 


chong wei

Wow! While it is true that this may be Lee Chong Wei’s last attempt at the Olympics, and every Malaysian feels duty bound to support the sportsmen representing the country, I cannot help but ask if the others representing Malaysian received similar support and adoration. 

Yes, Chong Wei gave his best trying to win us a gold. So did the rest of our athletes. In fact, we have six others who presented us with the same medal as Chong Wei – silver. Why then did we not flood social media with similar words of praise and comfort for them?

Are they not our national heroes? 

Are we not proud of them? 

Do they not unite us as a nation? 

Do they not deserve gold? 



Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Cheong Jun Hoong, Pandelela Rinong and Azizulhasni Awang are all champions and national heroes in their own right. 

Let us not forget that Chong Wei is the world number 1 player who won a silver while four of the athletes mentioned above are underdogs who proved to be on par with the nation’s so-called champion. These are the people who managed to take a leap of faith ‘demi negara tercinta.’ 

Mind you, I am not trying to downplay the contributions of Chong Wei to our nation. I am merely asking you to think about the others, as bringing pride to our nation is not Chong Wei’s burden alone to shoulder. 

Likewise, let it be not only Chong Wei who sweeps the ultimate glory, for everyone who represented Malaysia, regardless of whether they won or lost, are indeed our heroes. 

Thank you to the Malaysian contingent in Rio Olympics 2016 – you’ve all made us proud! - mk


andrew-mtuc-1


cheers.

No comments: