Keputusan Mueller itu didakwa tidak bertanggungjawab selepas seluruh rakyat Malaysia diberi jaminan bahawa beliau akan mengemudi Malaysia Airlines sehingga syarikat penerbangan itu merekodkan keuntungan.
"Apa sudah jadi, belum setahun beliau sudah meninggalkan Malaysia Airlines. Adalah tidak bertanggungjawab untuk beliau melakukan demikian ketika semuanya baru hendak bermula.
"Macam mana Mueller boleh meninggalkan Malaysia Airlines separuh jalan apabila pembayar-pembayar cukai telah membelanjakan wang besar untuk membawa beliau ke sini bagi memulihkan syarikat penerbangan itu.
"Mueller patut sedar tentang tanggungjawab besarnya di Malaysia Airlines sebelum menerima jawatan ini pada awalnya.
"Ingat apa yang dijanjikan kepada semua termasuk 6,000 kakitangan Malaysia Airlines System Berhad (MAS) yang diberhentikan demi menyelamatkan syarikat itu,"? kata NUFAM dalam satu kenyataan di sini.
NUFAM membuat kenyataan itu sebagai reaksi peletakan jawatan Mueller mulai September ini atas alasan peribadi.
Kesatuan itu turut menunding jari kepada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) kerana mendakwa Mueller sebagai individu terbaik untuk menyelamat Malaysia Airlines.
"Tetapi sekarang dengan mudah memberi memo menyatakan Mueller melepaskan jawatan disebabkan tanggungjawab sedangkan Mueller patut memberi alasan yang lebih kukuh.
"Kita boleh terima jika alasan kesihatan, tetapi bukan sebab ini," ujar NUFAM sambil menyalahkan idea Mueller yang mengakibatkan ramai kakitangan MAS kehilangan pekerjaan.
"Sekarang ternyata kehadiran orang asing yang didakwa pengalaman dengan pelbagai kejayaan masa lalu dengan syarikat penerbangan lain tidak membantu.
"Malah, kita belum lagi melihat apa-apa positif tentang Malaysia Airlines sejak ia dimulakan pada hari pertama pada 1 September 2015," tegas NUFAM.
Semalam, Mueller yang juga Pengarah Urusan MAB dilaporkan sebagai berkata, beliau akan melepaskan jawatannya pada September ini, namun berhasrat untuk terus berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif di syarikat itu.
Mueller menyertai Lembaga Pengarah MAS sebagai Pengarah Bukan Eksekutif pada 1 Januari 2015 dan memangku jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MAB pada 1 Mac 2015.
Beliau menggantikan Ahmad Jauhari Yahya sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, pada 1 Mei 2015.
Sementara itu, peletakan jawatan Christoph Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB) tidak akan mendatangkan masalah kepada syarikat penerbangan itu.
Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines System Berhad (MAS), Tan Sri Abdul Aziz Abd. Rahman (pic,diatas) berkata, sebenarnya tidak ada apa-apa yang hendak dipulihkan oleh Mueller kerana MAB syarikat baru.
Beliau bukan mengepalai MAS yang memang diketahui mengalami masalah kewangan.
"Jadi selama ini apakah tugas Mueller. Khazanah Nasional (Khazanah) kata tugas mula untuk memulihkan MAS. Hakikatnya mana ada MAS sebab sudah ditutup.
"Yang ada MAB, sebuah syarikat baru. Syarikat baru hendak pulih apa, masalah pun tidak ada kerana memang sudah sedia ada kakitangan, kapal terbang dan laluan penerbangan. Inilah Khazanah patut jelaskan dari awal lagi," katanya yang mengulas pelepasan Mueller dari MAB mulai September ini.
Kalau semata-mata hendak menerajui sebuah syarikat baru, Khazanah tidak perlu pun mengambil orang luar kalau pengambilan tersebut semata-mata mahu membuang 6,000 orang kakitangan MAS.
Abdul Aziz yang tidak terkejut dengan berita peletakan jawatan itu berkata, pelantikan Mueller tidak memberi impak kerana konsep pemulihan yang diperbesar-besarkan selama ini tidak berlaku.
Keuntungan MAB yang diumumkan baru-baru ini pun bukan luar biasa kerana kebanyakan syarikat penerbangan yang rugi sebelum ini pun merekodkan prestasi baik disebabkan penurunan harga minyak dan bagi MAB pula kerana ia syarikat baru.
"Apa yang saya nampak pemulihan yang didakwa selama ini hanya memberi kesusahan kepada kakitangan yang dibuang kerja kerana ada dalam kalangan mereka diberi ganjaran sepenuhnya dan ada yang tidak. Malah, kakitangan MAS yang diserapkan dalam MAB juga tidak berpuas hati apabila gaji dan elaun dikurangkan manakala kemudahan dan keistimewaan lain dihapuskan," katanya.
Secara sinis Abdul Aziz berkata, semasa MAS ditubuhkan pada tahun 1971 Malaysia tidak tahu apa pun tentang kapal terbang.
Tetapi Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bertegas syarikat penerbangan itu diterajui oleh orang Melayu dan ternyata ia berjaya dilakukan.
"Sayangnya sudah 59 tahun merdeka, kerajaan mahu syarikat penerbangan miliknya dipimpin oleh orang asing," katanya yang mendakwa Malaysia Airlines kini mempunyai 15 pekerja ekspatriat. - MalaysiaGazette
Najib and his goons live in a vacuum devoid of any links to reality...
IPIC had terminated the debt-swap agreement and the Wall Street Journal have published new discovery that the instant billionaire named Najib Razak did receive billions of money from 1MDB via intermediary companies.
Before, we were told that all these accusations were lies. No such money existed. Then they shifted the goal post by saying he never received such money from 1MDB. Then they changed the story by saying the money was a donation. The shameless Najib even had the audacity to claim he did not use the money for personal usage!
In June 2015, the liar said:
“Let me be very clear: I have never taken funds for personal gain as alleged by my political opponents – whether from 1MDB, SRC International or other entities, as these companies have confirmed.”
As proven so many times (and exposed by the Attorney ‘cari makan’ General himself), he did receive money from SRC International and in today’s article published by WSJ, at least USD681 million came ultimately from 1MDB.
On top of that, he used millions of ringgit on a shopping spree for luxury items like clothing, handbags, jewellery etc!
Ahmad Maslan and Haron Don were right. This prime minister is very stupid for taking public funds and put it in his own private accounts.
Yet, many of his goons are living in denial, making nonsensical claims to exonerate Najib Razak from any wrongdoings. To them, receiving millions of money from SRC International and then spent it lavishly around the world is not wrong. And this is the least of Najib’s problems!
Some of them were even more pathetic in claiming that the Petrosaudi and 1MDB joint venture was a government to government (G2G) business joint venture. Everyone with enough common sense and above average intelligence can easily find out from publicly available information that PetroSaudi was not a company belonging to the Saudi Government.
Yet, they wrote long extensive articles, mostly rubbish, just to justify their claims.
To no one’s surprise, it is now a fact that PetroSaudi had swindled Malaysian money by the billions, and supervised by the prime minister’s confidants. This was clearly stated in the PAC Report (page 18-19), where PetroSaudi’s owner is a swindler named Tarek Obaid and 1MDB (without approval from its Board of Directors), had remitted billions of money into this dodgy company. Continue Reading...
Khalid nak investigate 1MDB! Huh!!!
Pemberian komputer riba kpd kira-kira 33,000 pelajar tingkatan lima di 188 sekolah menengah kebangsaan sekitar Sarawak akan diberikan dalam bentuk sewaan atau pinjaman.. BUKANNYA MILIK KEKAL !!!
No comments:
Post a Comment