13 February 2016

Setahun dah berlalu, Februari muncul kembali...


Mengenang kekasih semua rakyat Malaysia...

Terdetik lirik lagu Alleycats: “Setahun sudah berlalu, Februari muncul kembali dengan kehangatan semalam.”

Kalau Alleycats mengenangkan kekasihnya, saya terkenangkan kekasih semua rakyat Malaysia, tak lain tak bukan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA).

Dan seperti Alleycats menyambung liriknya “tanpa kusedari kupetik mawar merah, kutulis sebuah puisi”, bagi saya, cukuplah pena untuk kutulis sebuah makalah pada hari ini 12 Februari, berkongsi saat bersama TGNA.

Pertemuan pertama saya ialah ketika TGNA berkunjung ke rumah sewa saya di Mesir pada awal pagi musim dingin 1991 semasa saya masih menuntut di Universiti al-Azhar, Kaherah.

Beliau hadir makan pagi di rumah saya ditemani anaknya Ustaz Nik Omar dan sekali gus mentahnik (belah mulut) anak sulung saya Nidhal Mujahid yang lahir di Mesir pada 3 November 1991.

Saya berasa amat teruja kerana anak sulung saya diberikan peluang didoakan oleh TGNA sempena sebulan anak ini berkenalan dengan dunia.

Bukan itu sahaja, saya terharu kerana walaupun saya ‘budak mentah’ pelajar tahun akhir di al-Azhar, seorang yang bertaraf menteri besar dan mursyidul Am PAS sudi menjejak kaki di rumah sewa kami pada awal pagi yang dingin.

Ini kemungkinan kesetiaan persahabatan TGNA dan ayahanda saya Haji Yusof Rawa, mursyidul am PAS yang pertama dan kedua mungkin persahabatan akrab saya dan anaknya Ustaz Nik Omar.

Apa pun ia saat indah disaksikan musim dingin Kaherah, tokoh besar mengunjungi pondok usang kami dan bersarapan ringkas seisi keluarga.

Saya berasa seperti anaknya dan TGNA melayan kami sekeluarga seperti anggota keluarganya.

Ayah saya seronok mendengar berita kunjungan TGNA di mana mereka berdua saling hormat menghormati antara satu sama lain dengan penuh ukhuwah.

Pemikiran kontroversi

Detik saya sudah dewasa dalam perjuangan, pemikiran kontroversi saya sering menimbulkan perasaan tidak senang hati kelompok ‘ulama’ dalam PAS.

Dua buku saya Menuju PAS Baru dan Rejuvenasi PAS menggegarkan fahaman konservatif di kalangan sesetengah pemimpin PAS. Teori keluk ketiga saya yang mengandaikan satu pengorganisasian semula PAS yang lebih inklusif dan progresif dengan projek “menasionalkan PAS” untuk kekal relevan disanggah sebagai projek mencairkan prinsip “kepimpinan ulama” dan dasar Islam PAS.

Perdebatan hangat berterusan selama lima tahun sebelum kami disingkirkan telah pun mencipta satu kebangkitan dalam PAS.

Orang pertama yang mengambil berat isu ini ketika saya dituduh antiulama, liberal dan bermacam lagi label ialah TGNA.

Beliau menjemput saya ke pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim setelah saya membuat temu janji dengannya dan mempersembahkan buku saya Menuju PAS Baru kepadanya.

Jelas wajahnya persis seorang ayah yang walaupun hari itu beliau bercuti tidak sihat tetapi bersedia bertemu saya di pejabat.

Beliau mulakan dengan menyatakan betapa beliau sangat keletihan dan harapkan generasi muda seperti kami menyambung legasi politik Islam di Malaysia.

Saya seterusnya mempersembahkan buku saya sambil diminta oleh beliau memberi ringkasan intipati utama buku ini.



Saya memberi penjelasan buku setebal 200 lebih muka surat ini pada asasnya ialah mahu melihat PAS maju ke hadapan dan saya memetik ayat dalam salah satu hujah saya iaitu dari surah al-Qasas ayat 26

Saya menjelaskan kepimpinan sebenar bukan atas keulamakan tetapi adalah al-qawwiy dan al-amin iaitu berkemampuan dan beramanah.

Beliau diam seketika sambil mengangguk-angguk mendengar ayat tersebut lalu merenung jauh. Terungkap di bibirnya kata-kata pelat Kelantan:

“Sungguh hok ustaz sebut tu, nak buat guano. Susoh puok kito nih. Dia nak hok ustaz jugak.”

(Betul yang ustaz sebut itu, hendak buat macam mana. Payah orang kini ini. Dia hendak kalangan ustaz juga).

Tiba-tiba dengan tidak semena-mena dia menyebut nama Husam Musa, seolah-olah di Kelantan hanya satu saja sebab Husam ditolak sesetengah pihak kerana bukan seorang ulama atau tiada title ustaz.

Jelas TGNA menolak pandangan ini kerana TGNA bersetuju dengan konsep al-qawwiy dan al-amin adalah untuk kelayakan kepimpinan.

Dengan pertemuan itu, sebulan kemudian atas cadangan TGNA, dianjurkan forum saya dan Sdr Riduan Mohamad Nor penentang tegar idea saya di pejabat PAS Kelantan bagi mengupas buku kontroversi saya itu.

Pertemuan terakhir

Sebelum pertemuan terakhir saya dengan TGNA, saya sempat menziarahi beliau di rumahnya di Pulau Melaka untuk menyerahkan buku Berdialog Dengan Gereja kerana TGNA menulis dalam kata pengantar dalam buku tersebut.

Saya menunjukkan kepadanya gambar-gambar dalam buku tersebut yang merakamkan pertemuan bersejarah beliau dan Uskop Sebastian selaku Ketua Katolik Wilayah Utara di Pulau Pinang.

Saya dan Sdr Abdul Rahman Kasim yang menemukan mereka pada kemuncak isu “kalimah Allah” berlatarbelakangkan kepada inisiatif dialog yang saya dan rakan-rakan gerakkan sejak tahun 2009.

TGNA membelek gambar-gambar tersebut terserlah wajah kegembiraan kerana TGNA adalah pembela utama konsep kedamaian dalam hubungan antara agama serta konsep manusia dari keluarga yang sama dari anak cucu Nabi Adam.

Semasa berlangsung Persidangan Kesatuan Ahli Parlimen Negara Islam di Istanbul sedang berlangsung, saya yang antara mewakili Malaysia terpaksa minta izin kepada Tuan Speaker Parlimen Malaysia, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk pulang awal kerana khabar berita TGNA yang sakit tenat.

Tan Sri amat memahami dan mengizinkan saya pulang awal menaiki pesawat pertama malam itu ke Kuala Lumpur dan kemudian terus bergegas ke Kota Bharu.

Esok paginya saya sudah berada di Hospital USM Kubang Kerian dan dapat bertemu dengan izin doktor yang merawat TGNA.

Doktor tersebut sebelumnya memberikan sedikit taklimat perkembangan TGNA. Pada awal pagi itu saya mengadap TGNA dan sempat mencium tangannya.

Dia memandang saya sayu sambil senyum seperti biasanya lalu bertanya khabar saya dalam nada suara yang lemah.

Saya berbisik menyampaikan salam Tan Sri Speaker dengan ucapan sempat sembuh begitu juga seorang peniaga berbangsa Turki di sebuah bazar di Istanbul yang meminta saya sampaikan salam kerana beliau amat menghormati TGNA.

TGNA mengangguk, air matanya kelihatan dari kelopak matanya sambil beliau menyebut begitu keletihan semenjak akhir ini.

Saya tidak mahu memanjangkan perbualan walaupun Allah mengetahui betapa kalau boleh tanpa bicara pun saya rela duduk di situ menatap wajahnya di saat akhir hidupnya.

Saya kucup dahinya dan mencium tangannya mengundurkan diri dengan penuh rasa sayu dan sedih seolah terdetik dalam hati saya, ini kemungkinan saat akhir saya bersamanya sebagai pemimpin saya, rakan karib ayahanda saya dan sebagai ayahanda saya juga.

Tanggal 12 Februari tahun yang lalu saya hanya sempat bersamanya dalam solat jenazah, terbaring kaku tubuh manusia kerdil yang berjiwa besar mengadap bertemu Penciptanya.

Itulah sebabnya kenapa beliau berjuang tanpa penat lelah kerana mahu mengadap Tuhan dalam keadaan sebaiknya.

Selesai coretan ini untuk ditatapi pada hari sedih 12 Februari setahun sudah berlalu. Tidak seperti lirik Alleycats:

“Tapi sayang pada siapa kan kuberi. Kuberikan saat-saat bermakna ini untuk tatapan semua.” - Mujahid Yusof Rawa,mk

Kita telah berjaya mengumpul 30,000 tandatangan petisyen maya ("online petition") untuk mendakwa Najib Razak sejak dibuka 5 hari lalu. Saya mohon dapatkan lebih ramai supaya kita mencapai sasaran 100,000 dalam tempoh seminggu dan membina momentum ke arah mengumpul 1 juta petisyen. Ubah nasib kita dengan terus mendesak Dato' Seri Najib didakwa. Sebarkan, tandatangan di bit.ly/DakwaNajib

Petition for probe against Najib gains 30,000 signatures...

A petition to reopen the investigations into Datuk Seri Najib Razak's donation has gained 30,000 signatures as of yesterday, according to the Facebook page "1Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak" (one million urge investigations against Najib Razak be reopened).

PKR secretary-general Rafizi Ramli, who announced the petition and the Facebook page on Sunday, said he was quite surprised by the support, adding that he would now go into “hyperdrive” to promote it.

This involved coordinating with other Facebook pages and groups to gain even more exposure and collect signatures faster, he told The Malaysian Insider.

"My plan is for the first milestone to be 100,000 signatures. Once we cross that, I'm planning to go to the Malaysian Anti-Corruption Commission operational review panel to hand over the first 100,000 signatures.

"They have the power to go through the case again and return the investigation papers to the attorney-general for him to look through it again," said the Pandan MP.

Last month, Attorney-General (A-G) Tan Sri Mohamed Apandi Ali ordered MACC to close its investigations into SRC International and the RM2.6 billion “donation”, saying there was insufficient evidence to implicate the prime minister.

But Rafizi said the A-G had no power to stop any authority from continuing to investigate a case.

The A-G could only request for more information, or declare there was not enough evidence for a prosecution, he said.

"The operational review panel is empowered to go through the A-G's decision not to prosecute.

"In fact, the MACC annual report even reveals how many cases the panel has reviewed and sent back to the A-G, with him finally proceeding with prosecution after initially deciding not to."

Rafizi said that the 100,000 signatures would give the operational review panel "strong legitimacy" to look into Najib's case again and return the investigation papers to the A-G.

But he conceded that this may only result in the A-G reiterating that there was insufficient evidence to charge Najib.

"But we can still hammer them in Parliament about it. (We can ask) if the operational review panel says there is enough grounds to prosecute, on what grounds have you decided not to prosecute?" said Rafizi.

"We want this issue to continue and the prospect of a possible prosecution to remain hanging over Najib's head."

Rafizi added that since the petition aims to collect 1 million signatures, he had several milestones in mind until the ultimate target was reached.

He said the second milestone would be 250,000 signatures, but was coy as to what he planned to do then.

"We will see how the dynamics are, then we will decide what is the best way to utilise people power on those authorities and institutions that have power and clout to push this."

The petition requests that the Agong and Conference of Rulers assist in reopening investigations into the funds transferred into Najib's accounts. – tmi




Missed both of them...
cheers.

No comments: