07 December 2015

Pulau Pinang buktikan GST tidak perlu...


lim-guan-eng_penang_gst_600

Kerajaan Pulau Pinang untung RM503 juta dalam masa tujuh tahun berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) perintah 50 tahun untung RM373 juta.

Kejayaan Pulau Pinang menambah pendapatan dan mengurangkan hutang kepada kerajaan Persekutuan membuktikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak perlu dilaksanakan di negara ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan Pulau Pinang mengecualikan GST bagi setiap perkhidmatan tetapi masih berjaya menambah pendapatan berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menambah hutang walaupun mengenakan GST kepada rakyat.

Katanya, ekonomi negara akan bertambah baik tanpa GST jika diuruskan dengan baik.

“Lihat di Pulau Pinang tak ada GST tetapi tiap-tiap tahun tak ada defisit dan tiap-tiap tahun ada untung… Kita turun 90 peratus hutang.

“Kita untung RM503 juta dalam masa tujuh tahun memerintah dan berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN), perintah 50 tahun untung RM373 juta…Tujuh tahun lebih baik daripada 50 tahun,” katanya semasa berucap dalam perasmian Konvensyen Biasa Wilayah Persekutuan 2015 di Ibu Pejabat DAP pada Ahad.

Guan Eng mengulangi janji pembangkang akan menghapuskan GST jika menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

“Kalau kita boleh menang Putrajaya kita akan hapuskan GST,” katanya. - fmt

lim-guang-eng-pulua-pinang-
Penang reclamation concessions to be made public...

Penang Chief Minister Lim Guan Eng said all sea reclamation concession agreements will be declassified for public consumption after Wednesday.

Lim said the matter will be declassification will be brought for approval at the state executive council meeting this Wednesday.

These are concession agreements for reclamation carried out by the BN-led state government prior to 2008 which involved 3,241 acres.

Declassification will also include those involving 60 acres approved by the current state administration.

It will not include the 4,100 in the southernpost because this was still at proposal stage under the Transport Master Plan and yet to be approved, Lim said.

The 4,100 inclues two identified islands, covering the areas of Permatang Damar Laut and Gertak Sanggul in Bayan Lepas, to be handled by SRS consortium.

"We invite the public for consultation even before the plan is approved as we feel it is good to share the information," he said.

"We have nothing to hide and are open to all views, we will declassify the agreements. After all they were approved by the BN government," he said at a public consultation on the Transport Master Plan at the Town Hall today.

"These documents will also be accessible by applying for them under the Freedom of Information Act," he added.

Lim came under fire after he blasted PKR reps for abstaining in a state assembly vote on the issue of sea reclamation.

The reps abstained from voting on a motion moved by an Umno assemblyperson, calling for greater transparency on the issue and for the state to halt further sea reclamation.

Lim reacted by claiming there is a coup in Penang PKR for the deputy chief minister post.

He also said he will fight anything that would put the state's economy in jeopardy.

During the two-hour session today, 13 people gave their views, including NGO representative Yan Lee from Chant Awareness and Penang Island City Councillor Lee Mah Hui.

SRS chief Szeto Wai Loong addressed the issues raised by the public, while the consortium's head of stake holders Azmi Muhammad gave a presentation of the Transport Master Plan.

The RM27 billion Transport Master Plan is a state government initiative to address the island's traffic woes.

The proposal includes a RM6.3 billion undersea tunnel linking the island to Butterworth on the mainland, and will see the construction of three major highways across the island to ease traffic congestion.

It also includes light railway transit, monorail and trams connecting several locations to the city centre in George Town. - mk


NFC: Apa berlaku kepada pinjaman RM250 juta...

Pada 24 November 2015, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail telah dibebaskan daripada empat pendakwaan pecah amanah yang melibatkan RM49.7 juta. Ketika kesalahan ini didakwa dilakukan, beliau adalah Pengerusi Eksekutif  National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).

Hakim Mahkamah Sesyen telah membebas Dr Salleh, tidak berdasarkan bukti yang direkod semasa pembicaraan penuh dijalankan akan tetapi atas alasan Peguam Negara telah menarikbalik pendakwaan ke atas beliau. Peguam Negara telah memutuskan hal tersebut setelah mengkaji surat oleh pasukan peguambela beliau. Namun isi kandungan surat tersebut tidak pula didedahkan.

Dr Salleh telah didakwa di Mahkamah Sesyen pada 12 Mac 2012 dan perbicaraan dimulakan pada 23 Jun 2014 bila pihak pendakwa memanggil saksi pertama. Peguam bela telah memohon supaya pendakwaan dibatalkan, namun Hakim Mahkamah Sesyen menolak permohonan tersebut. Keputusan tersebut dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang mengarahkan perbicaraan tersebut diteruskan. Bila perbicaraan diteruskan, Peguam Negara telah dengan tiba-tiba menarik balik pendakwaan dan menyebabkan beliau dibebaskan.

Kes ini mendapat perhatian  yang amat tinggi dalam kalangan awam bila perbicaraan telah diberi publisiti yang meluas oleh media kerana pendakwaan itu melibatkan tuduhan menyalahguna dana awam. Peguam Negara tidak akan mendakwa seseorang kecuali terdapat bukti yang cukup untuk mendakwa dan berpeluang tinggi kes dakwaan itu akan menang dalam perbicaraan. Oleh sebab itu, Peguam Negara perlu mendedahkan alasan kenapa pendakwaan ditarik balik berdasarkan hujah dan representasi dari peguambela Dr Salleh. Peguam Negara ada kuasa dan pertimbangan sendiri untuk menarik balik pendakwaan pada mana-mana tahap perbicaraan akan tetapi perlu dilakukan berdasarkan bukti dan kepentingan awam.



Pendakwaan terhadap Dr Salleh timbul bila ada tuduhan salah guna dana pinjaman dari Kerajaan Persekutuan bernilai RM250 juta dengan kadar faedah 2.5% yang diberi kepada NFCorp untuk membangunkan industri bekalan daging lembu kepada pasaran lokal dan antarabangsa. Dr Salleh merupakan pengerusi kepada Lembaga Pengarah  NFCorp yang juga melibatkan anak-anak beliau. Beliau adalah suami kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam laporan tahunannya untuk tahun 2012 mencatat bahawa skandal RM250 juta yang berlaku melibatkan National Feedlot Corporation itu adalah akibat dari kegagalan Kementerian Pertanian menjalankan kajian kelayakan terhadap syarikat tersebut sebelum kontrak itu diluluskan. Syarikat itu tidak memiliki kelayakan teknikal atau latarbelakang kewangan yang kukuh. Wakil pihak kerajaan yang ditugaskan berada dalam Lembaga Pengarah syarikat tersebut  juga gagal berperanan sebagaimana sepatutnya. Projek tersebut juga tidak dibawa kepada pengetahuan Jemaah Kabinet atau Kementerian Kewangan.

Walaupun Dr Salleh dibebaskan, masyarakat awam perlu mendapat maklumat mengenai status perjanjian antara kerajaan dengan NFCorp untuk membangun industri daging lembu tersebut. Apakah yang telah berlaku kepada pinjaman RM250 juta dan kadar faedah yang dikenakan itu? Adakah wang tersebut diperolehi kembali? Jika tidak, apakah tindakan yang telah diambil terhadap NFCorp dan pengarah-penjamin untuk mendapatkan semula wang rakyat yang sangat besar itu? - harakahdaily

NURUL-I_SARAWAK_600
Nurul Izzah barred from entering Sarawak...
Story kat SINI dan SINI   

Baru ada akai macam mana susahnya penduduk...
Story kat SINI dan SINI  




cheers.

No comments: