22 March 2015

Mau tak mau tambang teksi tetap naik...

Pemandu Teksi Akan Tetap Naikkan Kadar Tambang Baru...

Pemandu teksi di bawah Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) akan meneruskan kadar baharu tambang walaupun kabinet meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menangguhkan kenaikan tersebut.

Pengerusinya Amran Jan berkata selagi tiada pekeliling daripada Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka akan meneruskan dengan harga baharu.

“Ia adalah satu yang relevan dan dapat membantu meningkatkan taraf hidup pemandu teksi. Kenaikkan bersesuaian dan kita pun sudah tunggu lama iaitu tujuh tahun. Sebelum ini ia ditangguhkan oleh kerana masalah ekonomi negara,” jelasnya ketika perhimpunan pemandu teksi di bawah badan itu di Petronas, Jalan Cochrane pagi tadi.

Beliau turut menyanggah pihak-pihak seperti ahli politik, badan bukan kerajaan dan juga orang awam yang tidak setuju dengan kenaikkan kadar tambang.

“Bagi kita, pandangan itu tidak selari dengan apa yang kita hadapi. Kita harus bayar sewa, bayar kos operasi, membaik pulih kenderaan dan kita harus tampung kos sara hidup harian juga.

“Banyak orang bersuara untuk jadi juara rakyat. Sebaliknya mereka harus prihatin kepada pemandu teksi berdaftar. Kita dapat kenaikkan sikit, orang cakap kita tidak prihatin kepada rakyat. ,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut berkata hampir 40 hingga 50 peratus pemandu teksi di bawah badan itu telah menyelaras meter mereka kepada kadar baharu.

“Siapa nak tukar balik dan beri ganti rugi? Itu tidak termasuk beberapa jam yang harus ditunggu oleh pemandu teksi untuk mengemas kini dan kemudian ke Puspakom.

“Kita akan teruskan dengan harga baharu. Teksi yang belum berbuat demikian, kami akan suruh mereka teruskan untuk menyelaras meter kepada kadar baharu,” katanya.

Ditanya apa tindakan susulan jika SPAD harus akur dengan keputusan kabinet untuk tangguh kadar baharu, Amran berkata pihaknya mungkin akan mengadakan satu lagi perhimpunan bantahan.

“Kita mungkin akan mogok. Itu kita akan menentukan kemudian,” jelasnya.

Pada sidang media yang sama, Timbalan Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia Kamarudin Mohd Hussain turut setuju dengan cadangan untuk meneruskan kadar baharu tambang teksi.

“Jangan lihat pendapatan teksi begitu mewah. Kita perlu menampung beberapa kos dan kita tidak dapat 100 peratus faedah daripada kenaikan ini.

“Kalau rakyat mahu perkhidmatan yang bagus, itu boleh. Tetapi kita mahu hak-hak kami dilindungi juga,” katanya kepada pemberita.



Sementara itu, beberapa pemandu teksi yang dijumpai terus berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang tegas.

“Kami sokong dengan kenaikan kadar ini, tetapi pihak berkuasa harus mengambil tindakan yang tegas untuk membantu industri teksi.

“Selain isu ini (kadar harga) kita ada masalah teksi sapu dan perkhidmatan Uber. Banyak lagi isu-isu lain yang kita harus lalui,” kata Aziz Lebai Milin yang merupakan Pengerusi Persatuan Teksi Bajet Rawang.

Seorang pemandu teksi yang ingin dikenali sebagai Poknik berkata kenaikkan kadar harga ini memang hak pemandu teksi.

“Kita sudah tunggu sejak 2009. Naiknya tak tinggi tetapi saya tetap bersyukur daripada tidak naik langsung.

“Selain itu, ia mengambil masa selama dua hari untuk saya menyelaras meter. Saya dapat tahu pada Khamis, hari Jumaat saya sudah mengemas kini meter. Selepas itu saya ke Puspakom. Saya akan teruskan dengan kadar baharu,” tambahnya. 

SPAD pada Khamis, mengumumkan penetapan kadar tambang baharu bagi perkidmatan teksi akan berkuatkuasa dengan serta merta manakala bagi bas ekspres pula, bermula pada 15 Mei ini. -rakyatnews

Fare hike, government flip-flop again, say taxi drivers...

The government's flip-flop stand concerning the public transport fare hike has got taxi drivers all riled up.

Several of them interviewed by Rakyat Times vented their anger at the government because they have waited a long time for the fare increase and also because they have to recalibrate their taxi meters.

30 taxi drivers servicing the Kepong commuter station were asked by this writer for their views on the deferment of the fare hikes. All of them opined that the government had mismanaged the whole situation.

"The government's trademark slogan should be 'Oops! I have done it again!' seeing that it has a penchant for flip-flopping," said an elderly taxi driver, aged 70.

"Next time the government allows the fare hike, we must wait for one week before getting the meters calibrated to the new fare. If they can defer the fare hike, why not defer the Goods & Services Tax (GST) which also burdens the people? Is it because the GST puts money into its coffers?" questioned the taxi drivers.


Overall, all those interviewed criticised the government for 'playing games' with the taxi fare.

The taxi drivers remarked they were already facing soaring vehicle spare part costs in order to keep their taxis on the road.

They lambasted the government for 'playing the fool' with their livelihood and labelled the government as 'heartless and cruel' because, with the impending GST implementation on Apr 1, they will be almost scraping the bottom of the barrel where their daily earnings are concerned.

Therefore, the government should wake up and realise that the first step towards being a people-centric government is to abolish the GST or at least defer it by two years.

Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin has said that introducing the public transport fare hike so close to the date of GST implementation will burden the public.

Does this not also mean that the GST is burdensome to the rakyat? - rakyattimes

UMNO tersilap kira, Pakatan Rakyat masih hidup...

Umum mengetahui PAS memperjuangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS), DAP membantah EKJS dan Umno pula tidak pernah mahu melaksanakannya di mana-mana negeri yang ditadbir mereka setelah hampir 60 tahun menjadi kerajaan Malaysia.

Masalah terbesar Pakatan sudah selesai. EKJS yang Pakatan setuju untuk tidak bersetuju tidak lagi dibenamkan. Duri di antara PAS dan DAP kini sudah dicabut. Seperti mana biasa, pengeluaran duri akan menyebabkan sedikit sebanyak ada pihak yang terluka.

Kini duri ini berada di antara MCA, Gerakan dan Umno kerana Umno tiba-tiba menyokong EKJS. Biarlah pula BN pening dengannya.

Pakatan sudah memikul isu ini terlalu lama. DAP pun sudah mengamuk sebegitu lama. Semua tahu DAP tidak setuju.

Tapi tak ramai yang tahu MCA dan Gerakan berani untuk tidak bersetuju dengan Umno. Apakah MCA dan Gerakan berani melanggar Umno sebagaimana DAP menekan PAS? Kita tunggu dan lihat.

Akan tetapi, DAP jangan pula terlebih marah. Umno mengambil risiko tertentu menyokong EKJS yang diperjuangkan PAS adalah untuk melihat Pakatan Rakyat pecah.

Mengapa Umno beranggapan EKJS boleh memecahkan Pakatan? Semua ini kerana DAP yang terlalu berkeras dalam isu EKJS sehingga timbul persepsi bahawa menghalang EKJS adalah jauh lebih penting daripada melangkah masuk ke Putrajaya.

Sebenarnya waktu inilah Pakatan kena eratkan hubungan. PAS dan DAP sudahpun menghantar mesej yang jelas kepada rakyat mengenai pendirian mereka. Di dalam Pakatan, PAS dan DAP, sama kuasa, tiada siapa yang tunduk pada siapa.

Dengan janji EKJS II tertunai di Kelantan, perbezaan terbesar antara PAS, DAP dan PKR sudah hilang. Yang tinggal antara mereka ialah persamaan yang teramat luas medannya.

Dengan agenda EKJS yang sudah selesai, PAS kini lebih ringan bagasinya untuk bergerak bersama rakan-rakannya di dalam Pakatan Rakyat. Percayalah, selesainya isu EKJS, semangat PAS yang ada sekarang ini adalah seperti semangat parti ini sebelum berlakunya Langkah Kajang.

Kini bola di kaki DAP dan PAS: Apakah mereka ingin melihat Umno ditumbangkan? Mereka perlu membuat keputusan sama ada ini adalah cita-cita tertinggi mengatasi perkara lain. Jika ya, Pakatan Rakyat perlu kekal.

Ramai menuduh PAS lebih mementingkan cita-cita menjayakan EKJS daripada ke Putrajaya. Tapi, situasi ini sudah menjadi terbalik.

Jika Pakatan Rakyat pecah, siapa pula yang lebih mementingkan cita-cita menghalang EKJS daripada hasrat ke Putrajaya?

Soalan ini sudah boleh ditanya sebegitu rupa kerana Umno kini juga menyokong EKJS.

Ini bermakna MCA dan DAP dalam situasi yang sama. MCA tidak boleh lagi terus menekan DAP dalam isu EKJS kerana Umno juga menyokongnya. Isu politik yang DAP takut digunakan MCA untuk menyerang mereka juga telah hilang.

Kalau BN tak pecah, mengapa PR harus pecah? Dalam isu EKJS, Umno tersilap kira kerana Pakatan Rakyat masih hidup pada hari ini.

Cuma, apakah DAP akan menyebabkan Umno terbetul kira? Sama-sama kita tunggu. - harakahdaily  






cheers.

No comments: