15 March 2015

Din terkejut beruk pasai pendidikan Malaysia tercorot...


Selepas “kebingungan” kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah di kalangan pelajara di negara ini, Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin kali ini “terkejut” dengan keputusan lemah oleh pelajar tempatan dalam ujian global.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, dilaporkan mengakui beliau terkejut dengan persembahan buruk oleh pelajar Malaysia dalam ujian penilaian antarabangsa seperti Penilaian Program Pelajar Antarabangsa (Pisa) dan Trend dalam Pengajian Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk meningkatkan sistem pendidikan.

Kebiasaannya sektor pendidikanlah yang akan menerima peruntukan terbesar ketika belanjawan, dengan tahun ini juga tetap sama dengan peruntukan sebanyak RM56 bilion.

Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim bagaimanapun “terperanjat” melihat Muhyiddin terkejut tentang perkara ini.

“Saya rasa beliau tidak sepatutnya berkata begitu. Semua orang sudah pun tahu mengenainya. Apabila anda memberi respon sebegitu, orang akan memperolokkan anda. Anda cuma menjemput kritikan. Anda seharusnya memberi jalan penyelesaian.

“Mengekalkan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris) boleh menjadi satu jalan penyelesaian dengan anda akan lebih mahir dalam Bahasa Inggeris untuk subjek itu, dan anda juga akan lebih cenderung untuk membaca subjek itu di dalam Bahasa Inggeris kerana terdapat begitu banyak bahan bacaan dan bahan bantuan audio visual di dalam Bahasa Inggeris,” kata Noor Azimah.

Beliau berkata bahawa lebih banyak murid yang mahir membaca, lebih banyak perasaan ingin tahu dan cenderung untuk seronok belajar Sains dan Matematik.

“Mereka juga akan lebih teruja untuk belajar. Terutamanya anak-anak lebih celik IT hari ini, di mana anak kecil juga turut tahu menggunakan iPad. Pembelajaran menggunakan teknologi seharusnya ditingkatkan dan bukan disekat,” kata Noor Azimah.

Pertukaran polisi setiap kali kita mendapat Menteri Pendidikan yang baru juga salah satu faktor menyumbang kepada penurunan prestasi pelajar.

“Polisi ‘flip-flop’ setiap kali menteri pendidikan baru hadir telah membuatkan pelajar dan guru tertekan.

“Para guru telah mencapai satu tahap di mana perubahan ini tidak lagi penting. Mereka hanya menjalani hari mereka seperti biasa.

“Polisi-polisi baru ini adalah sesuatu yang diilhamkan oleh menteri baru itu sendiri supaya apabila mereka meninggalkan kementerian, beliau boleh menunjukkan pencapaian mereka dalam rekod. Sama ada polisi itu dilaksana dengan baik atau tidak bukanlah menjadi kerisauan dia,” kata Noor Azimah.

Muhyiddin telah dilaporkan berkata bahawa Malaysia telah melaburkan sekitar 21 peratus dari belanjawan persekutuan kepada pendidikan dan ini adalah bukti jelas yang ianya adalah satu penipuan jika ada pihak menuduh kerajaan Barisan Nasional tidak memberi perhatian kepada pendidikan.

Beliau menambah lagi bahawa ini adalah sebab mengapa kementerian pendidikan telah melaksana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025, dan ibu bapa dan guru mesti faham yang perubahan dalam sistem pendidikan mengambil masa.

“Siapa boleh menunggu selama 12 tahun, ianya satu tempoh yang panjang. Tetapi ini adalah realiti kerana kita tidak boleh membuat perubahan drastik kerana pasti akan ada yang mempersoalkan kenapa menteri baru mahu tukar itu dan ini,” Muhyiddin dipetik sebagai berkata. 

Ini mendorong Noor Azimah untuk bertanya: “Bagaimana dengan PPSMI, yang telah dimansuhkan selepas enam tahun? Mereka sepatutnya menunggu tiga kitaran lengkap yang mengambil masa 13 tahun untuk memutuskan jika PPSMI adalah satu kegagalan.

“Ketika tempoh 13 tahun ini, program campur tangan haruslah dimasukkan supaya memastikan polisi ini di landasan yang betul dan inilah yang dilakukan oleh Tan Sri Musa Mohamad ketika beliau Menteri Pendidikan, tetapi ianya telah musnah selepas bertukar menter.”

Noor Azimah menekankan bahawa salah satu elemen terpenting yang perlu ditangani untuk meningkatkan kualiti pelajar adalah asas itu sendiri, iaitu para guru.

“Kementerian Pendidikan harus menyediakan statistik kepada guru yang tidak mengajar dan mereka yang tidak cukup baik untuk mengajar. Akauntabiliti dan polisi keluar harus diperketatkan. Mengajar haruslah dijadikan profesion aras tinggi.

“Jejak audit haruslah dilakukan ke mana bajet untuk pendidikan pergi dan kewajaran nilainya” kata Noor Azimah.

Muhyiddin telah berkata: “ Isu yang kita hadapi, bukan saja kementerian tetapi juga sebagai menteri pendidikan, adalah kenapa sistem pendidikan kita tidak maju seperti negara maju walaupun dana besar telah dipam kepada sektor pendidikan...”

Jawapannya jelas. Hentikan bertukar-tukar polisi. Kesinambungan polisi mestilah ada untuk kita lihat hasilnya.

Lihat kepada pelajar dan guru, yang pada akhirnya menjadi mangsa pertukar polisi yang kerap.

Mereka pernah ada PPSMI, kemudian ia dimansuhkan dan diganti dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Sekarang pula Penilaian Mengenah Rendah (PMR) telah diganti dengan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3).

Guru juga tidak dapat bergerak oleh penilaian berasaskan sekolah yang dipenuhi dengan masalah sejak penubuhannya.

Hanya merencana dasar ke mana arah tuju saja tidak akan berkesan jika laluannya diubah setiap beberapa tahun.

Tidak perlu disebut tentang wang yang telah dibazirkan dengan lebih dari RM8 bilion telah dibelanjakan pada PPSMI.

Buat satu polisi dan kekalkannya selama mungkin supaya ianya membuahkan hasil.

Masa depan negara terletaknya pada pelajar hari ini dan itu seharusnya lebih penting daripada, sebagai yang ditegaskan Noor Azimah, meninggalkan satu pencapaian menteri untuk rekod.- Sonia Ramachandran,theantdaily

http://education.um.edu.my/images/education/Kolokium%20JPMS%202012/Sesi%201/%281%29%20Dr%20Zabani.pdf
Sindrom penafian kerajaan musnahkan mutu pendidikan negara...

Peruntukan berbilion ringgit kerajaan kepada pendidikan negara tidak membuahkan hasil akibat sebahagian besar daripadanya dibelanjakan untuk infrastruktur yang tdak diperlukan, kata Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.

Beliau berkata, tiada guna kerajaan meningkatkan peruntukan pendidikan namun mengabaikan keperluan mendesak untuk melatih dan meningkatkan kemahiran guru.

“Dalam Belanjawan 2015, sebagai contoh, jumlah peruntukan bagi perkembangan profesional para guru dikurangkan dari RM1.54 bilion tahun 2014 kepada hanya RM961 juta.

“Ini termasuk pengurangan latihan pra-perkhidmatan daripada RM948 juta pada tahun 2014 kepada RM851 tahun ini.

“Latihan kepimpinan pula telah dipotong dua pertiga daripada jumlah RM181 juta kepada RM62 juta danpaling teruk adalah latihan dalam perkhidmatan iaitu dari RM410 juta kepada hanya RM48 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zairil berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ‘terkejut’ dengan keputusan akademik pelajar Malaysia yang lemah dalam penilaian Program Penilaian Pelajar Internasional (PISA) kerajaan setelah kerajaan melabur berbilion ringgit dalam sektor pendidikan.

“Sebenarnya prestasi lemah pelajar kita dalam PISA tidak mengejutkan.

“Tapi apa yang paling mengejutkan adalah sindrom penafian dan keutamaan yang tidak kena pada tempatnya dengan menyalurkan wang pembayar cukai kepada perkara yang tidak produktif.

“Ini seperti projek infrastruktur besar yang hanya memberi faedah kepada pembekal teknologi swasta dengan mengorbankan rakyat khususnya guru dan pelajar itu sendiri,” tegasnya.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP menyatakan, kerajaan ternyata lebih cenderung menghabiskan berbilion-bilion ringgit kepada komputer dan perisian yang kemudiannya terbengkalai selepas dilaksana.

Antaranya, peruntukan kelengkapan IT bernilai RM3 bilion untuk projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan projek RM4.1 bilion 1BestariNet yang hanya digunakan oleh 1 peratus pelajar mengikut laporan Ketua Audit Negara 2013.

Semalam, Muhyiddin menyatakan rasa terkejut dengan keadaan pelajar Malaysia yang terus ketinggalan berbanding rakan seusia di beberapa negara walaupun kerajaan mengeluarkan belanja besar bagi sektor pendidikan.

Berdasarkan kajian PISA dan Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS), Malaysia telah mencatatkan rekod yang amat teruk dalam tahap pendidikan negara. -Roketkini.com

Tan Sri Muhyiddin Yassin appears to have admitted for the first time that he was shocked by Malaysian students' poor performance in global education surveys. – The Malaysian Insider pic by Najjua Zulkefli, March 13, 2015.
"They (students) are smart, but when placed in international tests like TIMMS and Pisa, it is not a secret where we stand. The bottom one-third, not the top.
"I, as the education minister, am shocked at the report but I have to accept that the education standards, although said to be good, is not enough," he said in his speech at a function in Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam today.
This is the first time the deputy prime minister has expressed his regret over the performance of Malaysian students in international assessments.
Muhyiddin had come under severe criticism from educationists and the opposition for keeping silent over the declining education standards as seen in the results of these assessments.
The country's education system has been criticised for the wide disparity between Malaysian students and its counterparts in other developing countries.
According to Pisa's 2012 results, Malaysian students scored below average and ranked 52 out of the 65 countries. In contrast, students in Vietnam ranked 17 out of 65.
Malaysia also ranked 39 out of 44 countries under Pisa's first assessment on creative problem-solving, while neighbouring Singapore came out tops.
In TIMSS 2011, Malaysia’s ranking in mathematics fell from 20th in 2007 to 26th in 2011 while its ranking in science dropped from 21st in 2007 to 32nd in 2011.
The average mathematics score fell from 474 in 2007 to 440 and the average science score plunged from 471 in 2007 to 426 in 2011.
Education received the biggest allocation in the national budget for this year –RM56 billion.
This was echoed by Muhyiddin in his speech today, when he lamented that Malaysia was one of the countries who invested a huge amount of money in the education system, which was also confirmed by Unesco.
"We find that Malaysia invests a big portion, something like 21% of the federal budget, into education – for pre-school, primary and secondary as well as tertiary education.
"This is on par or even more than what some developed nations spend on education.
"It is bigger than developed nations, bigger than America. It is clear proof that if some parties accuse the Barisan Nasional government of not paying attention to education, it is a lie," he added.
He said that this was why the education ministry had implemented the Education Development Plan Malaysia 2013-2015 and parents and teachers had to understand that changes in the education system needed time.
"Who can wait for 12 years, that is quite a long time. But that is the reality because we cannot make drastic changes as there will be those who question why the new minister would want to change this and that.
Muhyiddin said that the change process in education towards excellence also includes the implementation of the Form Three Assessment (PT3) to replace the exam-oriented Penilaian Menengah Rendah (PMR).
The education minister said that parents would not have to worry if their children's results were not good in the test as it was seen as a marker for the government to know what are the students' weaknesses before they sit for the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"The change process is already happening, but there are parents who are unclear and we have organised seminar to bring understanding to them. There were questions when the PT3 was first introduced, they said their children's results were not good.
"I urge the parents to be patient and understand our initiatives so that by this, we can identify students' weaknesses and we improve on that. This is for the benefit of the country's education system." he said. –
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/muhyiddin-shocked-by-local-students-poor-scores-in-global-tests#sthash.SmRTAVbw.dpuf
Din ‘shocked’ by local students’ poor scores in global tests...

Tan Sri Muhyiddin Yassin today admitted that he was shocked with the poor performance of Malaysian students in international assessment tests, despite the millions of ringgit being spent to improve the education system.

The education minister said the report of assessments like Programme for International Student Assessment (Pisa) and Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) showed that the performance of Malaysian students was not up to par.

"The issue that we are facing, not only the ministry but also as an education minister, is why our education system is not as advanced as developed countries despite the huge funds being pumped into the education sector.

"They (students) are smart, but when placed in international tests like TIMMS and Pisa, it is not a secret where we stand. The bottom one-third, not the top.

"I, as the education minister, am shocked at the report but I have to accept that the education standards, although said to be good, is not enough," he said in his speech at a function in Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam today.

This is the first time the deputy prime minister has expressed his regret over the performance of Malaysian students in international assessments.

Muhyiddin had come under severe criticism from educationists and the opposition for keeping silent over the declining education standards as seen in the results of these assessments.

The country's education system has been criticised for the wide disparity between Malaysian students and its counterparts in other developing countries.

According to Pisa's 2012 results, Malaysian students scored below average and ranked 52 out of the 65 countries. In contrast, students in Vietnam ranked 17 out of 65. 

Malaysia also ranked 39 out of 44 countries under Pisa's first assessment on creative problem-solving, while neighbouring Singapore came out tops.

In TIMSS 2011, Malaysia’s ranking in mathematics fell from 20th in 2007 to 26th in 2011 while its ranking in science dropped from 21st in 2007 to 32nd in 2011.

The average mathematics score fell from 474 in 2007 to 440 and the average science score plunged from 471 in 2007 to 426 in 2011.

Education received the biggest allocation in the national budget for this year –RM56 billion.

This was echoed by Muhyiddin in his speech today, when he lamented that Malaysia was one of the countries who invested a huge amount of money in the education system, which was also confirmed by Unesco.

"We find that Malaysia invests a big portion, something like 21% of the federal budget, into education – for pre-school, primary and secondary as well as tertiary education.

"This is on par or even more than what some developed nations spend on education.

"It is bigger than developed nations, bigger than America. It is clear proof that if some parties accuse the Barisan Nasional government of not paying attention to education, it is a lie," he added.

He said that this was why the education ministry had implemented the Education Development Plan Malaysia 2013-2015 and parents and teachers had to understand that changes in the education system needed time.

"Who can wait for 12 years, that is quite a long time. But that is the reality because we cannot make drastic changes as there will be those who question why the new minister would want to change this and that.

Muhyiddin said that the change process in education towards excellence also includes the implementation of the Form Three Assessment (PT3) to replace the exam-oriented Penilaian Menengah Rendah (PMR).

The education minister said that parents would not have to worry if their children's results were not good in the test as it was seen as a marker for the government to know what are the students' weaknesses before they sit for the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"The change process is already happening, but there are parents who are unclear and we have organised seminar to bring understanding to them. There were questions when the PT3 was first introduced, they said their children's results were not good.

"I urge the parents to be patient and understand our initiatives so that by this, we can identify students' weaknesses and we improve on that. This is for the benefit of the country's education system." he said. – tmi



cheers.

No comments: