09 March 2015

Najib sudah goyang...


Blogger dan ahli UMNO, Shahbudin Husin mendakwa perjumpaan dengan kesemua 154 Ketua UMNO Bahagian bersama Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menunjukkan Perdana Menteri sudah dalam keadaan goyang.

“Kalau dia tidak goyang bermakna Najib tidak perlukan sokongan terbuka. Dia (Najib) boleh buat macam biasa. Saya memang berpandangan bila ada usaha buat sokongan terbuka kepada Perdana Menteri, maknanya Najib dalam keadaan goyang.

“Najib sendiri yang membenarkan pertemuan itu, maka Najib sendiri sudah berasa bimbang,” katanya kepada Free Malaysia Today selepas menghadiri program Dialog Politik dan Perpaduan di Restoran Hadramawt Palace.

Turut serta dalam diolog tersebut adalah Presiden Pemikir, Tan Sri Abdul Aziz Yassin dan Timbalan Presiden Permikir, Tan Sri Sabaruddin Chik.

Katanya, pertemuan Ketua UMNO Bahagian dengan Najib itu bukanlah suatu pertemuan yang biasa seperti yang didakwa oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum ini yang berkata, “Pertemuan 8 Mac ini yang menghimpunkan semua Ketua Bahagian UMNO merupakan pertemuan biasa dilakukan oleh pengurusan dalaman parti”.

“Saya mendapat maklumat sendiri penganjur yang ingin mengadakan pertemuan tersebut mengatakan Najib memerlukan sokongan daripada semua Ketua Bahagian untuk menyelesaikan isu-isu yang ada buat masa ini,” kata Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Beliau yang sering menulis di blog www.shahbudindotcom.blogspot.com berpandangan sebenarnya Najib selaku Presiden UMNO boleh sahaja berjumpa dengan Ketua Bahagian pada bila-bila masa dan tidak perlu membuat perjumpaan khas.

Shahbudin mendakwa Najib sebenarnya sudah mengetahui bahawa rakyat tidak memihak kepadanya terutama mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya fikir 1MDB telah menjadi isu yang akan menolak dia (Najib). Selagi ada perhimpunan untuk menentang Najib, dia akan terus diasak lebih,” ujarnya.

Sebelum ini lapor media, Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara akan mengadakan pertemuan sebagai solidariti dengan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac.

Hasrat mengadakan dialog dengan Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu juga bertujuaan menyatakan kepada pembangkang dan pihak luar bahawa mereka sentiasa berdiri teguh di belakang Najib. - fmt


Najib on his last legs, Shahbudin says

Najib-Muhyiddin bergeser isu 1MDB...

 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sejak Oktober lagi berada dalam sasaran kritikan -- dan kepemimpinan Umno yang dekat dengan presidennya turut dilanda tekanan isu tersebut.

Sejak isu itu dibangkitkan dengan konsisten beberapa bulan lepas, termasuk oleh Dr Mahathir Mohamad, muncul desas-desus penyokong kerajaan di Dewan Rakyat tidak bersedia membelanya.

Kelihatannya, waktu itu, hanya Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang ghairah membela 1MDB, termasuk memberi jaminan lebih RM7 bilion dari pelaburan pesisir pantai di Cayman Islands akan dipulangkan ke Malaysia tahun ini.

Sejak isu ini tidak bertambah reda, malah terus menggugat 1MDB dan Najib, sekumpulan besar pemimpin Umno bahagian menyatakan sokongan kepada presiden mereka dalam satu pertemuan di bangunan Umno semalam.

Tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula tidak hadir -- dengan itu membuka spekulasi baru wujudnya pergeseran antara dua pemimpin atasan negara ini.

Muhyiddin pula mengeluarkan kenyataan berani dan tegas Jumaat lalu, sehari selepas Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyatakan kabinet yakin tiada salah laku pada syarikat itu.

Jabatan Audit Negara boleh menyiasat 1MDB sebelum laporan diserahkan kepada jawatankuasa parlimen, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), kata PMO lagi.

Tetapi Muhyiddin pula berkata PAC boleh menyiasat kontroversi 1MDB tanpa perlu menunggu hasil audit Jabatan Audit Negara.

Beliau juga mengingatkan bahawa kerajaan tidak bersedia menyelamatkan (bailout) syarikat pelaburan itu yang berhutang RM42 bilion.

Timbalan perdana menteri juga tidak bersetuju dengan penjualan tanah projek-projek Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia untuk melangsaikan hutang 1MDB.

Menariknya, walaupun kenyataannya dilihat berani dan berbeza daripada PMO, Muhyiddin menegaskan beliau tidak bercanggah dengan perdana menteri.

Boikot atau bukan boikot?

Syed Akbar Ali, penulis blog pro-Umno, membangkitkan persoalan tersebut dan mempertikaikan alasan kononnya lebih 30 orang yang tidak hadir itu, termasuk Muhyiddin, sibuk dengan urusan lain dan mereka dimaklumkan lewat.

Penulis blog itu pula mendakwa hanya 153 ketua bahagian yang hadir. Sebahagian besar yang tidak hadir itu ketua-ketua bahagian Johor dan Sabah.

Kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu diulang ketua Umno Cheras Syed Ali Alhabshee, tokoh yang dilihat dekat dengan penganjuran pertemuan setiakawan dengan presiden petang semalam.

Syed Ali (kanan) berkata, 31 pemimpin Umno bahagian yang tidak hadir bukan memulaukan acara itu, sebaliknya ada sebab tersendiri, termasuk notis singkat diberikan.

“Jadi kita tidak boleh harapkan kesemua 191 ketua bahagian akan hadir. Apa yang penting 160 orang ada di sana dan ini lebih daripada dua pertiga.

“Mereka semua ini ketua bahagian dan bukan wakil. Kami yang minta untuk berjumpa perdana menteri dan bukan sebaliknya,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Syed Akbar juga mendengar desas-desus bahawa Najib keluar lebih awal dalam keadaan tergesa-gesa dan enggan bertemu dengan media. Kenyataan isu 1MDB juga dikeluarkan oleh PMO, tambahnya.

"Presiden jelas sekali mengelak isu ini. Ia bukan sama sekali bukan berita yang baik - buat Najib," katanya hari ini.

Namun, ketua Umno Cheras menafikan kempen boikot oleh Muhyiddin dan lebih 30 pemimpin lain.

"Mereka yang mendakwa adanya pemulauan cuba memprovokasi. Pada masa lepas, Muhyiddin pernah tidak hadir, jadi apa masalahnya?" kata Syed Ali lagi.

Beliau berkata Najib menyatakan komitmen kepada semua yang hadir bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka yang terbabit dalam sebarang penyelewengan urus niaga 1MDB.

"Beliau (Najib) juga sangat terbuka. Ia seumpama pertemuan keluarga. Beliau bercakap dari hatinya dan menyakinkan kita bahawa ia tidak akan disorok. Memang ada komitmen untuk bertindak," katanya.

Syed Ali juga menuduh segelintir orang Umno menari mengikut gendang pembangkang dalam isu 1MDB.- mk


Muhyiddin Gives Najib An Open "Slap In The Face"...

Well if I mentioned the DPM was present yesterday that was a mistake. My apologies. My info said last nite (after which I went to sleep, its a daily routine) that only 153 Ketua Bahagian attended. So 38 KB did not attend.

Many Ketua Bahagian from Sabah and Johor did not attend. Sabah because it was super high tide yesterday and Johor because Sunday is a working day in that state.

Yes totally conspicuous with his absence was Deputy PM Tan Sri Muhyiddin Yasin. News is Mukhriz was also absent. The MB of Johor Khaled Noordin also did not attend. As I said it was a working day in Johor yesterday.

Menteri Kotak Ikan did say that Muhyiddin had other things to do. What he did not say was that whatever else Muhyiddin had to do was obviously far more important than listening to kangkung.  (Its a joke isnt it - it is the most important gathering of UMNO chiefs for the year, which has been announced so far in advance, yet  the deputy party president refused to come, he had more important things to attend to. What could be more important? Pelancaran skim buku teks percuma yang memang dah percuma dah?)

Here is something weird - the president exited early and in a hurry. Of all the excuses he could make, he said that he was rushing off to a dinner with 'Malay Mail Online'? Betulke? Can anyone confirm this? Rushing off for dinner with the No 1 anti gomen newspaper with a printing permit? 

Most obviously he did not want to entertain any questions or bump into the Press. Do you all notice that so far ALL the press statements about 1MDB have NOT come from Najib? It is all issued by the PMO. And last nite the press was handled by Menteri Kotak Ikan. The president is definitely avoiding the issue. 

That is not good news at all - for Najib.

Someone smsed me this morning - "Did you know that the first UMNO politician to persuade Pak Lah to withdraw was Muhyideen in an interview given to Utusan Malaysia".

Well at that time Utusan masih ada teloq. Sekarang Utusan dah tak ada teloq. 

The DAP has strongly supported Muhyiddin's statement about 1MDB. See there are points of agreement and points of convergence even among the opposing politicians. Lets work on these points of convergence folks.

Really there is less that should divide us. We all want the same things for this country folks - which is our own welfare and that of our own families which should be well taken care of first. We are all in the same boat. 

I hope Tan Sri Muhyiddin's people are reading this. The country is waiting.-syedsoutsidethebox.blogspot


Not all cabinet members on same 1MDB page...

Not all cabinet members were on the same page in clearing 1Malaysia Development Bhd (1MDB) of any wrongdoing, said an Umno source.

Requesting anonymity, the source with close links to cabinet members, said several ministers chose to refrain from endorsing the ailing firm.

"Among the reasons was that the briefing (for the cabinet) by the auditing firm Deloitte did not cover the figures that were the subject of scrutiny as well in the past.

"1DMB’s new head Arul Kanda told the cabinet that he could only speak about the firm from the point he took over (this year) and its future, but not the past," the source claimed.

Last week, the Prime Minister's Office issued a statement saying the cabinet, after the briefing, was satisfied that the debt-ridden firm had committed no misconduct.

It also stated that Prime Minister Najib Abdul Razak had instructed the auditor-general to dive into 1MDB’s accounts.

However, the source claimed that Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin's statement later underlined the sentiments among some senior cabinet members.

Apart from dismissing the possibility of a government bailout, the number two said the auditor-general must look into 1MDB’s accounts from the time of its inception.

Muhyiddin said this was because the allegations of dereliction related to transactions done since 2009, which were not included in the 2013 annual accounts audited by Deloitte.

However, Muhyiddin later claimed that his stand did not contradict that of Najib’s, amidst speculation that a plan has been put in motion to oust the prime minister.

Divisions did not boycott Najib

In a related development, Cheras Umno division chief Syed Ali Alhabshee dismissed talk that 31 Umno divisions boycotted the meeting with the prime minister yesterday.

Syed Ali told Malaysiakini that the division chiefs could not turn up due to various reasons, such as prior engagements.

"This was a meeting done on short notice. So we cannot expect all 191 division chiefs to be present. What is important is that 160 were there, and this is more than two-thirds.

"These were all division chiefs themselves and not representatives. We requested to meet the PM and not the other way around," he said.

"Those who make claims of a boycott are attempting to provoke. Even in the past Muhyiddin  did not attend, so what is the problem?" he added, referring to questions on why the deputy prime minister was not present.

As for the meeting, Syed Ali said Najib assured those present that if someone was found to have committed any wrongdoing with regard to 1MDB following the audit, action would be taken.

"He (Najib) was very open. It was like a family gathering. He spoke from the heart and assured us that there would be no cover-up. There is a commitment to act," he added.

Asked if there were elements in Umno who also had a hand in the attacks on 1MDB, Syed Ali said "there may be one or two".

"When the opposition plays the drum, we are dancing (to the beat), we should not do that," he added, without disclosing names.

Syed Ali also called on 1MDB's board of directors to be more "responsible and responsive" to the allegations. - mk


Someone is missing...story kat SINI dan SINI 



cheers.

No comments: