31 March 2015

Betoikah kes Razak Baginda tak cukup bukti...

Tiada keterangan kukuh, Putrajaya tidak rayu keputusan kes Razak Baginda...

Putrajaya memutuskan tidak merayu terhadap pembebasan Abdul Razak Abdullah Baginda kerana Jabatan Peguam Negara tidak mendapati wujud keterangan kukuh dan mencukupi, kata Nancy Shukri.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, keputusan dibuat untuk tidak memfailkan rayuan berdasarkan kajian yang menyeluruh.

"Berdasarkan keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan mahkamah, kajian menyeluruh dilakukan ke atas kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk menentukan sama ada rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi perlu dibuat atau tidak.

"Setelah dikaji dengan teliti dan mendalam, Jabatan Peguam Negara berpendapat tiada keterangan yang kukuh dan mencukupi bagi membuktikan penglibatan Razak dalam pembunuhan Altantuya.

"Oleh yang demikian, keputusan dibuat untuk tidak memfailkan rayuan," katanya menjawab pertanyaan ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming.

Razak dituduh bersubahat dengan bekas anggota polis Unit Tindakan Khas Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar melakukan pembunuhan terhadap wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Razak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan itu pada tahun 2006, tetapi dua bekas komando polis itu didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan selepas rayuan terakhir pada 13 Januari lalu.

29 Januari lalu, buat pertama kalinya Razak membuat kenyataan mengulas mengenai insiden membabitkan Altantuya, yang merupakan teman wanitanya.

Bercakap kepada The Malaysian Insider ketika itu, Razak berkata spekulasi mengenai kes itu sudah sampai ke tahap tidak masuk akal dari segi segala spekulasi yang timbul.

Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul selepas perbicaraan berterusan selama 159 hari.

Pada 23 Ogos, 2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membebaskan dua anggota polis itu kerana kekurangan bukti. – tmi

Nancy-Shukri_Abdul-Razak-Baginda_altun_600
PMO: Insufficient proof to pursue Razak Baginda...

The Attorney-General's (AG) Chambers did not appeal against the High Court's decision to acquit Abdul Razak Baginda for allegedly abetting the Altantuya Shaariibuu murder, purportedly due to a lack of evidence.

"After a careful and detailed study, the AG's Chambers was of the opinion that there were no strong testimonies to prove Abdul Razak's involvement in the murder.

"Thus, it was decided that the appeal would not be filed," said de facto Law Minister Nancy Shukri.

She said this in a written parliamentary reply to Nga Kor Ming (DAP-Taiping) who had asked Prime Minister Najib Abdul Razak for the "real reasons" for the government's failure to appeal.

Nancy added the prosecutors had done an in depth study on whether the appeal was necessary.

Abdul Razak was charged with abetting two police personnel to carry out the murder in 2006.

He was acquitted in 2008 while the two officers accused of carrying out the act were ordered to stand trial.

Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar, who were part Najib's security detail at the time when he was deputy prime minister, were eventually found guilty of murder and sentenced to death.

While Azilah is currently on death row, Sirul managed to flee to Australia after the duo were acquitted, albeit briefly, by the Court of Appeal.

Najib: Sirul's claim 'utter rubbish'

On Jan 13. The Federal Court overturned the Court of Appeal's decision.

After seven years of silence, Abdul Razak emerged after the Federal Court decision to claim that Najib was a victim of a political conspiracy.

Abdul Razak claimed that the murder was a "straightforward case" and stressed there was no need to establish a motive, a response to criticisms that the government had been evasive in revealing why the gruesome murder was perpetrated.

Sirul, meanwhile, told Malaysiakini in February that the act for which he was to hang was a directive and he had only done what he was told, a claim Najib immediately responded as "utter rubbish". - mk


Rafizi says arrests will not stop dissent...

Arresting opposition leaders will not stop them from speaking on corruption, abuse of power and other problems in the country, PKR secretary general Rafizi Ramli said today upon his release after three days in detention.

Rafizi said Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak was mistaken if he thought the opposition would be quelled with the arrests.

"The arrest was only to stop me and other leaders from joining the #KitaLawan rally. I'm confident that there was no offence and investigations under the Sedition Act was only an excuse to hold me for a few days," the Pandan MP said upon his release at the Dang Wangi police district headquarters.

"If the prime minister thinks that by using police to arrest us, if he thinks the action will stop us from voicing out on corruption, abuse of power, or misconduct, it is a big mistake," he told The Malaysian Insider.

Besides Rafizi, others released together were party organising secretary Fariz Musa, as well as activist Hishamuddin Rais.

Rafizi was arrested on Friday afternoon and Hishamuddin later that night, a day before the #KitaLawan demonstration in the capital city. Fariz was arrested on Saturday after the rally had ended peacefully.

"To be detained in the lock-up is an honour, for (telling) the truth.

"In lock up, there were lots of friends. We discussed a lot on the matters that could be done to topple Datuk Seri Najib in the near future, so there is no problem."

"The ones that are problematic are the police's top leadership, the country's leadership which uses the police to fight political enemies like us," Rafizi said.

His detention was over a statement he had made urging people to turn up for the #KitaLawan rally on Saturday.

Rafizi was confident that the investigation of him would not end up in court as the circular he issued was not seditious.

"Police took my statement, confiscated my computer and mobile phone, but I'm confident that the circular doesn't have anything that instigates.

"This is my fourth time being investigated under the Sedition Act, and none of it has ended up in court," he said.

Rafizi said he was not angry at the police officers who had held him, as they were only doing what they had been instructed to do. He said their directives came from the country's political leadership.

"It was a directive they had to follow.

"I will release a statement tomorrow to answer several issues and to thank police officers and hospital staff; they also were the victims of the top leadership's directive," he said.

During his remand Rafizi was taken to hospital for treatment as he was unwell. - tmi

Apa,GST 6% dan caj perkhidmatan juga...

Sewaktu fajar 1 April menjelang, kedai-kedai makanan sudah pun menunjukkan kepada pelanggan harga mereka apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan Rabu depan.

Jadi kita tahu bahawa GST enam peratus akan dikenakan ke atas harga makanan kita, tetapi adakah GST enam peratus juga akan dikenakan ke atas caj perkhidmatan?

Ini yang seolah-olah akan berlaku, menurut restoran-restoran seperti OldTown White Coffee Malaysia.

Pada 27 Mac, halaman Facebook OldTown White Coffee Malaysia menyatakan (terjemahan): "Hai! Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan bermula. Adakah anda akan tahu bagaimana ia akan memberi kesan kepada anda, apabila anda makan di luar?

“Kami mempunyai sebuah grafik mudah untuk menerangkan mengenai GST, yang direka khas untuk anda! Jika anda rasa maklumat ini berguna, sila kongsikannya dengan rakan-rakan anda."



Grafik itu (dipaparkan di atas) memberikan contoh makanan pada menu yang berharga RM10.

GST enam peratus adalah 60 sen, menjadikan harga makanan itu RM10.60.

Ia kemudian menyatakan bahawa bayaran di juruwang akan menyertakan caj perkhidmatan 10 peratus pada harga asal RM10, iaitu RM1.

RM1 ini juga akan tertakluk kepada GST enam peratus, enam sen.

Oleh itu, jumlah bil anda sekarang adalah RM11.66.

Pada 28 Februari, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan telah dilaporkan berkata bahawa caj perkhidmatan 10 peratus yang dikenakan oleh hotel dan restoran tidak perlu dibayar selepas pelaksanaan GST.

Ahmad Maslan berkata, cadangan untuk menamakan semula cukai perkhidmatan kepada caj hotel atau restoran perlu dilaksanakan segera, untuk mengelakkan pengguna mengelirukannya dengan GST.

"Cukai perkhidmatan yang dikenakan oleh hotel dan restoran tidak dibayar kepada kerajaan. Caj ini dipanggil tip dan perlu diberi kepada pekerja, tetapi beberapa syarikat menyalahgunakannya dengan menyimpannya dan tidak mengagihkannya kepada para pekerja mereka.

"Oleh itu, saya ingin memaklumkan bahawa anda tidak perlu membayar caj perkhidmatan 10 peratus jika perkhidmatan mereka tidak memuaskan, "Ahmad Maslan dipetik sebagai berkata. 

Jadi apa yang berlaku jika kita pergi ke OldTown White Coffee dan semasa membayar, menolak untuk membayar caj perkhidmatan dan GST yang dikenakan ke atas caj ini?



Bagaimana jika pihak pengurusan enggan membenarkannya?

Semakan dengan laman web rasmi GST Jabatan Kastam mendapati pusat panggilan mereka dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8:00 pagi ke 5:00 petang, dengan dua nombor diberikan untuk tujuan sebarang pertanyaan.

Panggilan yang dilakukan Semut Harian kepada pusat panggilan itu dalam tempoh yang ditetapkan pada 27 Mac untuk mendapatkan maklumat lanjut, hanya disambut oleh rakaman ini: "Nombor yang anda telah panggil tiada dalam perkhidmatan.”

Ahmad Maslan berkata yang pengguna boleh menolak untuk membayar caj perkhidmatan jika perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan, tetapi apa yang akan berlaku jika pengguna dan restoran berbeza pendapat tentang maksud "perkhidmatan yang memuaskan"?

Sehingga jam 7:20 petang 27 Mac, grafik Facebook OldTown tadi telah menerima 604 ‘like’, dikongsi 3,628 kali dan mendapat 530 komen.

Seorang pengguna Facebook, Rebecca Rohini AX mengulas: "Saya rasa caj perkhidmatan 10% tidak seharusnya berada dalam senarai ini. Pemansuhan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan berkuat kuasa 1 April 2015. Jadi tiada 10%. Hanya 6%," manakala MengZhen Lim menulis: "Menteri telah berkata bahawa jika perkhidmatan tidak memuaskan kami boleh tidak membayar caj perkhidmatan 10%, betul? Hanya beritahu pengurus sahaja?"

Seorang lagi pengguna Facebook, Cai FSK mengulas: "Kalau tak salah.... anda telah kenakan 6% x 2 kepada pelanggan anda...." manakala Ella Sabri menulis: "Saya rasa ini adalah pengiraan bodoh. mengapa GST dikenakan dua kali?"

Komen lain termasuk dari Ahmad Fadli Mohd Fuzi yang menulis: "Anda tidak boleh mengenakan caj bayaran perkhidmatan selepas GST. Dan kemudian ada pula GST dua kali. Bodoh punya penerangan. Nak bagi rakyat marah ke.”



Selain caj yang lebih tinggi disebabkan GST, adakah caj perkhidmatan kini akan dikenakan GST juga? 

Seperti pengguna-pengguna Facebook telah bertanya, bukankah ini satu bentuk cukai dua kali?

Ahmad Maslan berkata cukai perkhidmatan yang dikenakan oleh hotel dan restoran tidak dibayar kepada kerajaan, tetapi tidakkah GST yang akan dikenakan sekarang melakukannya?

Dan juga, adakah kedai-kedai makanan akan membolehkan kita menolak untuk membayar caj perkhidmatan, dan dengan itu GST yang dikenakan ke atasnya, kerana timbalan menteri telah menyatakan yang jumlah itu kebiasaannya hanya ditambah ke dalam bil dan diberikan kepada anda?

Mungkin hanya masa yang akan menjelaskannya.- Sonia Ramachandran theantdaily




cheers.

No comments: