19 March 2015

Hanya isu 1MDB, Sirul boleh jatuhkan Najib...

Ahmad Maslan budak kanyiaq,cerdik tapi tak pandai... 

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak mampu dijatuhkan melainkan ditekan dengan isu kontroversi yang melibatkannya dengan pengurusan wang negara dan isu peribadi, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times (NSTP) itu berkata, isu terbabit adalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Pembangunan PFI Sdn Bhd, SRC International Sdn Bhd dan kejayaan bekas anggota UTK, Sirul Azhar Umar meloloskan diri ke Australia yang akan memaksa perdana menteri mengundurkan diri.


Pembolosan Sirul Rumitkan Keadaan
"Maaf cakaplah kalau saya kata, Dr Mahathir, Ku Li dan Daim serta orang ramai yang sependapat dengan mereka akan kecewa kerana Najib tidak akan berubah dan tidak akan mengundurkan diri," katanya merujuk kepada Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Daim Zainuddin.

"Hanya paksaan atau keterpaksaan berkaitan isu seperti 1MDB, pembangunan PFI Sdn Bhd, SRC International Sdn Bhd dan kejayaan Sirul Azhar Umar memboloskan diri ke Australia akan memaksa Mohd Najib mengundurkan diri," katanya dalam tulisan di blog The Scribe A Kadir Jasin hari ini.

Kadir berkata sedemikian sebagai responsnya terhadap ucapan Ahli Parlimen Gua Musang di Dewan Rakyat semalam yang menegur pentadbiran Najib supaya memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). 

Katanya, gesaan pemimpin veteran Umno itu tidak akan mengubah tindak-tanduk Najib kerana ia umpama mencurah air ke atas daun keladi.

Katanya, salah satu sebab adalah ahli Parlimen Pekan itu merupakan watak terkawal dan terhutang budi kepada terlalu banyak pihak.

Malah katanya, Najib dikerumuni dan dikuasai ramai penggilap epal (kaki ampu) dan "jemuan" yang tidak akan membenarkan beliau berubah apatah lagi mengundurkan diri.

"Bagi meringkaskan pengistilahan, saya singkatkan golongan ini sebagai PEJ – penggilap epal dan 'jemuan'," katanya.

Kadir turut menyifatkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebagai "budak hanyir" apabila memperkecilkan dakwaan Tengku Razaleigh dan menyatakan GST adalah untuk kebaikan rakyat jelata dan bukan untuk membayar semula hutang negara.


Ahmad Maslan Cerdik Tapi Adakah Dia Pandai?

"Ahmad Maslan adalah budak hanyir (kanyiaq dalam loghat Utara) dibandingkan dengan Ku Li.

"Oleh sebab dia budak hanyir mungkin dia tidak pun kenal siapa Ku Li sebenarnya. Mungkin dia tidak tahu Ku Li lah yang pegang tangan Najib di Petronas pada pertengahan tahun 1970-an.

"Ku Li lah antara orang terakhir berjumpa Allahyarham Tun Abdul Razak di katil sakitnya di London pada tahun 1976.

"Mungkin orang belajar tinggi di luar negara seperti Ahmad Maslan (di New Zealand) dan berijazah MBA berasa orang lama seperti Ku Li, (Tun) Dr Mahathir Mohamad dan (Tun) Daim Zainuddin tidak relevan lagi.

"Mungkin orang macam Ahmad Maslan tidak peduli untuk ambil tahu orang seperti Ku Li, Dr Mahathir dan Daimlah yang menjadi penyambung hayat politik Mohd Najib sehingga beliau naik menjadi perdana menteri dan presiden Umno. Mungkin Dr Mahathir dan Daim melakukan kesilapan besar menaikkan Najib," katanya.

Katanya, hanya Majlis Tertinggi (MT) Umno boleh mengubah atau menyingkirkan Najib tetapi terlalu banyak hipokrasi dan penyelamatan diri di kalangan ahli MT sehingga masing-masing takut dilondehkan.

"Pengkritik dan penentang Najib wajib menerima hakikat Najib bukan seperti (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang boleh dinyahkan dengan mudah.

"Pak Lah tidak mempunyai struktur mega seperti Najib. Pak Lah dikelilingi oleh anggota inner circle yang kecil bilangannya. Mohd Najib mempunyai ratusan anggota inner circle dengan pembiayaan yang lumayan," katanya


Bolehkah Dr Mahathir dan Ku Li Guling PM?

Katanya, harapan pengkritik dan penentang Najib berjaya boleh diperbaiki hanya jika mereka lebih terbuka dan tidak terlalu bergantung kepada orang lama seperti Dr Mahathir, Daim dan Tengku Razaleigh atau menaruh harapan semata-mata kepada (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin untuk menggerakkan agenda.

"Mereka harus berani berfikir mungkin Ku Li adalah alternatif yang lebih baik menggantikan Mohd Najib sebagai pengganti interim. Mungkin Muhyiddin tidak 100% berminat untuk menggantikan Mohd Najib atau tangan beliau terikat kerana beliau terlalu hampir dengan tampuk kuasa dalam Umno dan kerajaan.

"Mungkin juga ini bukan masanya bagi Dr Mahathir atau Ku Li serta pengikut mereka terperangkap dalam penjara masa ketika mana mereka bermusuhan dan berbeza pendapat," katanya. – tmi 

Airbus A319 Eksekutif: Simbol kemewahan dan gaya hidup

PS: Harga pasaran Jet Eksekutif Airbus A319 yang baru dibeli oleh Pentadbiran Mohd Najib adalah sekitar AS$60 juta (kira-kira RM220 juta). Saya tidak pasti harga yang kerajaan Mohd Najib bayar untuk A319 kedua ini. Dalam teknologi kapal terbang, usia 19 tahun (BBJ TUDM) tidak tua. Kapal terbang Queen Elizabeth jenis Bae 146 dibekalkan pada tahun 1986. Sekarang sudah berusia 29 tahun. Helikopter Aerospatiale Alouette dan Nuri TUDM sudah hampir 50 tahun masih terbang dan jet pejuang F/A-18 Hornet sudah 23 tahun. Tolak BBJ, TUDM ada empat buah lagi jet eksekutif – Airbus A319, Bombardier Global Express, Falcon 900 dan Fokker F28 serta empat buah helikopter VIP. Khabarnya pesawat F28 sudah tidak boleh digunakan. Dalam keadaan ekonomi yang lembap dan rakyat jelata dalam kesusahan, bukankah semua ini berupa pemborosan dan bukti gaya hidup mewah? - A Kadir Jasin

Forcing Najib out is the only way...

Dr Mahathir Mohamad and fellow Umno veterans are in for a disappointment if they think that Prime Minister Najib Abdul Razak will change his ways or step down like his predecessor Abdullah Ahmad Badawi.

Veteran newsman A Kadir Jasin, who is close to Mahathir, said Najib, who is more entrenched than his predecessor, can only be forced out of power.

"Forgive me if I say that Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, Daim Zainuddin and those who are of the same opinion will be disappointed as Najib will not change nor step down.

"Only issues like 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Pembangunan PFI Sdn Bhd, SRC International Sdn Bhd and Sirul Azhar Umar's escape to Australia can force Najib to step down," Kadir said in a blog posting today.

Kadir said this is because unlike Abdullah who only had a small group in his inner circle, Najib's inner circle comprises hundreds of people who are given patronage.

However, he said, Najib at the same time is also beholden to many quarters, making it difficult for him to change course.

As of now, Kadir said, the only way to dislodge Najib would be through the Umno supreme council - but the party president has a firm grip on it.

Kadir said these "apple polishers" would continue to sing praises of Najib and prevent him from acting rationally.

"Najib's critics and opponents must accept the fact that Najib is not like Abdullah, who could be easily removed," he said.

Mahathir, had in a scathing attack last week, questioned Najib's wealth and his handling of state investment arm 1MDB.

However, despite 1MDB and several other controversies, Najib's position appears firm, with Umno grassroots leaders having gathered on March 8 to pledge support for him. - mk


GST: Jangan Percaya Dengan Kuli...

Ramai orang gembira bila Ahli Parlimen Gua Musang,Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) meminta kerajaan BN yang disokongnya untuk menangguhkan perlaksanaan GST yang bakal dilaksanakan bulan depan.

Tapi sedarkah kita bahawa Ku Li adalah antara ahli parlimen BN yang mengundi menyokong GST ketika ia diluluskan pada tahun 2014 – hari ini Ku Li bercakap agar kerajaan menangguhkan GST, dengan pengetahuan ia akan dilaksanakan pada bulan depan.

Ada banyak masa dan ruang untuk Ku Li membantah perlaksanaan GST sejak ia mula diumum untuk dilaksanakan Najib beberapa tahun dulu tapi kenapa sekarang?

Ini yang menimbulkan persoalan di kepala kita, adakah ini satu lagi permainan politik dari bekas Menteri Kewangan era Mahathir ini?

Maka tidak hairanlah kenapa Naib Presiden PAS, Husam Musa sendiri meminta Ku Li agar membuktikan bantahannya ke atas GST ini dengan membuat usul penangguhan GST – kali pertama seumpamanya oleh seorang penyokong kerajaan.

Disamping itu, Ku Li juga perlu mengarahkan semua ADUN BN dalam DUN Kelantan agar menangguhkan sesi pembentangan hudud, dibatalkan kalau perlu, barulah boleh dibuktikan keikhlasannya dalam membantah perlaksanaan GST.

Jika tidak, Ku Li adalah apa yang dia dulu, katak.  Dari UMNO tubuh Semangat 46, bubar Semangat 46 masuk UMNO semula, tak habis-habis berpusing-pusing macam itu,hujung-hujungnya tetap menjadi penyembah UMNO sampai mati.

Berdasarkan rekod juga, Ku Li memang macam ini, setiap kali dia melihat Presiden UMNO diserang, dia akan mencelah di tengah-tengah untuk mengambil kesempatan.

Lain dari itu,dia umpama tunggul kayu dalam parlimen. - NPR

Double standards in jailing of 'Perak coup 13'...

Lawyers for Liberty has decried what it sees as double standard in the jailing of 13 protesters who opposed the 2009 coup in Perak.

The NGO's executive director Eric Paulsen said this in reference to the Court of Appeal's decision today to sentence 13 pro-democracy activists to 10 months in prison and a RM5,000 fine each.

Paulsen said the punishment was in stark contrast to the kid's gloves treatment received by 15 Umno members who had stormed the Penang state assembly last year.

"The sentence is certainly harsh and disproportionate compared to the RM1,500 fine imposed on 15 men, mostly Umno members, who barged into the Penang state legislative assembly last year, threatened its occupants and also destroyed property," Paulsen (left) said in a statement today.

The 15 men were angry with Seri Delima state assemblyperson RSN Rayer who had called Umno "celaka" (damned) and had demanded that he show himself.

In the Perak case, Paulsen said, the Court of Appeal should have taken into account the "exceptional extenuating circumstances" surrounding the protest.

"It was by and large peaceful and aimed at preventing a highly controversial “coup d'état” of a legally elected Pakatan Rakyat Perak government," he said.

Paulsen urged the courts to safeguard the Federal Constitution and uphold fundamental liberties.

The protesters during the Perak coup had reportedly blocked the entrance to the state palace and some had hurled bottles and sticks at the police.

Muslimat PAS calls it violation of human rights

Meanwhile, Muslimat PAS, through its branch Ameerah Malaysia, added to the chorus of condemnation, calling the decision a "violation" of human rights.

"Clearly, this will aggravate the democratic environment in Malaysia, more so after we witnesses political leaders and activists being arrested, one after another, simply because they stand for freedom of speech which is guaranteed by the constitution," Ameerah Malaysia chief Fareedah Samad said in a statement today.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perak coordinator Zulfadhli A'dil called the jailing of the 13 a tyrannical act.

"SAMM Perak calls for this decision to be reviewed by the Federal Court, considering the rakyat's right to assemble is enshrined in Article 10 of the Federal Constitution," Zulfadhli said in a statement today.

The case of the 13 people originated from the sessions court and they have exhausted both their appeals.

Zulfadhli also urged Pakatan to look into their welfare as they were being put behind bars for defending the democratically-elected Pakatan government in 2009.

Pakatan came in power in Perak in 2008 but its term was short lived, after then deputy prime minister Najib Abdul Razak engineered a defection of assemblypersons, allowing BN get a slim majority in the state assembly and come to power.

The 13 were charged under Section 145 of the Penal Code, which makes it an offence for anyone to join or continue in an unlawful assembly despite being commanded to disperse.

The sentence is up to two years in prison or a fine or both.

PAS Youth chief Suhaizan Kaiat (left) pledged to stand in solidarity with the convicted persons, promising to ensure that their families would be taken care of.

"Some among them have toddlers and disabled children.

"Yet they were determined in their struggle to the end and it is an inspiration for youths wanting change."They are the rakyat's unsung heroes," Suhaizan said.

The 13 thrown into jail are Bad Latif Mansor, 48; Suhana Abdullah, 50; Mohd Faiz Mohd Arshad, 27; Zulhaizam Zulkifli, 30; Isha Riduan Ishak, 60; Adi Hilmee Mohd Nasir, 45; Mohamad Nazeer Hameed, 49; Khairul Azmi Hassan Basri, 49; Mohd Hasri Ismail, 49; Mohamed Ismail S M Abdul Kadir, 48; Idris Mohd Thaib, 49; Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40; dan Yusuf Jaafar, 49. - mk



Macai2 UMNO pasti bertepok tangan.Pelaboran luar masuk ke dalam negara.USD500K hantaran dari Kazakhstan...


cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Asalkan ahli UMNO sahaja, tak kiralah sama ada sebagai ahli biasa, macai-macai, ketua cawangan, JKKK, wakil rakyat atau menteri sekalipun tua atau muda, semuanya adalah bodoh dan bangang yang tetap akan menyusahkan rakyat kerana kebodohan dan kebangangan mereka. Reformasi!!!