16 March 2015

1MDB - jangan berpura2 yang semuanya baik & OK...

Lagi pendedahan 1MDB - henti berpura-pura yang semuanya baik...

Minggu baru, lagi pendedahan baru. Kali ini, laman pemberi maklumat, Sarawak Report menulis tentang dakwaan hubungan melibatkan dana Malaysia yang dilanda masalah 1MDB, tokoh perniagaan Jho Low dan pengurus dana terkemuka Abu Dhabi yang dikenali sebagai Khadem Al-Qubaisi.

Di dalam laporan bertarikh 14 Mac, Sarawak Report mengajukan soalan-soalan ini - kenapa syarikat Jho Low membayar Khadem US$20.75 juta pada Februari 2013, dan adakah bayaran ini melibatkan dana 1MDB dalam apa saja cara?

Laporan itu menyatakan bahawa Khadem, yang mempengerusi dana Aabar Investments, Abu Dhabi, memainkan peranan penting di dalam projek pelaburan usaha sama yang dibanggakan antara Emeriah Arab Bersatu dan Malaysia pada Mac 2013.

Mengikut laporan ketika itu, negara Arab itu telah komited tida kurang dari RM39 bilion pelaburan di Malaysia, dengan RM18 bilion untuk usaha sama dengan 1MDB.

Sarawak Report berkata ia ternyata, tiada wang yang dikeluarkan oleh Abu Dhabi dalam usaha sama ini. Ia juga memetik Tony Pua dari DAP sebagai berkata bahawa 1MDB mengeluarkan US$3 bilion melalui pinjaman, atas nama projek ini, tetapi ianya tidak sepadan dengan Aabar. Dan dengan sejumlah amaun itu, hanya separuh boleh diumum secara umum.

“Malahan, ianya cukup jelas langsung tidak melabur di Malaysia, ‘rakan usaha sama’ seperti Aabar dari Abu Dhabi telah mengambil keuntungan dari 1MDB,” kata Sarawak Report.

Laporan itu turut mendakwa mereka telah memperolehi dokumen yang menunjukkan syarikat yang dikawal Jho Low, Good Star Limited telah membayar US$20.75 juta kepada akaun sebuah syarikat milik Khadem di Edmund de Rothschild Private Bank (BPERE), Luxembourg pada 20 Feb, 2013.

“Sarawak Report telah mengenal pasti, sejak beberapa bulan ini, kaitan antara Aabar Investments dan ahli perniagaan Jho Low.

“Secara kebetulan, kebanyakan kaitan ini turut melibatkan 1MDB.”



Jika apa yang didakwa Sarawak Report itu adalah benar, ianya mustahak buat pihak berkuasa Malaysia mula melakukan siasatan mendalam terhadap dakwaan penyelewengan wang melibatkan 1MDB.

Perdana Menteri Najib Razak, yang mengilhamkan 1MDB, sekarang tidak punya pilihan lain selain menggesa polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara supaya melakukan siasatan forensik segera ke mana wang 1MDB mengalir keluar.

Mengarahkan Ketua Audit Negara untuk memeriksa akaun audit 1MDB tidak mencukupi kerana jejak kemusnahan kelihatan lebih dalam berbanding yang dijangka sebelum ini.

Seperti yang diperkata oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ini adalah masa untuk menyiasat secara terperinci dan menghukum siapa yang bersalah, tanpa mengira siapa pun mereka.

Di dalam temuramah dengan media asing minggu lalu, Jho Low bersetuju untuk disiasat, sementara mendakwa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan beliau hanya menasihatkan 1MDB apabila diminta memberi pendapat.

Jika ini terjadi, siapa sebenarnya dalang di sebalik ‘rompakan’ dana awam 1MDB? Atau adakah ini kes ketidakkecekapan?

Najib sedang berjalan di atas lapisan ais nipis sekarang. Gagal untuk menangani sebaiknya kebimbangan ini akan mengakibatkan kemarahan orang awam dan siapa tahu apa yang akan didedahkan oleh Sarawak Report selepas ini?

Sebanyak mana Najib berdoa dan berharap, kemelut 1MDB ini tidak akan pergi begitu saja. Perdana menteri dilihat tidak menjawab sebarang soalan sekarang tentang apa yang tidak kena dengan 1MDB tetapi menggambarkan yang semuanya baik saja adalah dilihat bodoh dan mungkin mengakibatkan karier politiknya.

Yang bersalah mestilah didedahkan dan untuk itu kerajaan tidak boleh dilihat tidak berbuat apa-apa, melainkan mereka juga telah memainkan peranan di dalam penipuan in. Ianya semudah itu.- K Kabilan,theantdaily


1MDB: Ketua Juruaudit Negara Wajib Cepat...

JIKA Ketua Juruaudit Negara (KJN), (Tan Sri) Ambrin Buang benar-benar berkuasa dan mempunyai kebebasan untuk menyiasat akaun 1MDB, beliau hendaklah dengan segera memecahkan ruyung sebelum maklumat dan bukti kering atau dirosakkan.

Inilah pendapat beberapa orang pakar undang-undang, kehakiman dan ekonomi veteran yang saya temui sejak tersiar berita mengatakan KJN telah diberi mandat “mengesahkan” akaun syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Mereka berkata, KJN dan pihak-pihak lain yang terbabit seperti Polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Jawatankuasa Kira-kira Awam Parlimen (PAC) perlu menyelidik akaun dan urus niaga syarikat itu mulai tarikh penubuhannya sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) pada 2008.

Ini, kata mereka adalah kerana dari awal lagi TIA/1MDB telah mewujudkan pembiayaan melalui hutang (debt financing) dengan meminjam dari dalam dan luar negara dengan menggunakan khidmat orang tengah.

Mengikut sumber yang mengetahui dan mengenali rapat pengasas-pengasas TIA/1MDB, pinjaman permulaan syarikat itu sebanyak RM5 bilion dikatakan merosot sebanyak RM500 juta secara “misteri” dalam masa tidak sampai setahun.

Sumber-sumber itu percaya “orang misteri” Jho Low muncul dalam urus niaga TIA/1MDB sejak awal lagi dan menjadi “pemudah” perhubungan di antara pengasas-pengasas TIA/1MDB dengan pelabur, khususnya dari negara-negara Teluk.

Apabila (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak naik menjadi Perdana Menteri pada 2009, beliau mengubah TIA daripada syarikat kerajaan negeri menjadi syarikat pelaburan strategik negara dengan nama 1Malaysia Development Berhad. 

Sejak itu peranan pihak-pihak yang mewakili negeri Terengganu dikatakan berakhir. Maka jadilah 1MDB syarikat milik negara di bawah Kementerian Kewangan.

Sumber-sumber itu menekankan bahawa Jho Low adalah “saksi utama” (prime witness) kalau pun bukan yang disyaki utama (prime suspect) dalam usaha menjejaki pengaliran wang (money trail) 1MDB.



PM Saksi Penting

Saksi-saksi lain, kata sumber-sumber itu bermula dengan Mohd Najib sendiri sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB diikuti oleh semua ahli lembaga penasihat, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan sama ada mereka masih berkhidmat atau telah meletakkan jawatan.

Sumber-sumber itu berkata lagi, ramai anggota pengurusan kanan 1MDB telah meletak jawatan atau diberhentikan. Tentu ada sebab mereka meletak jawatan atau diberhentikan.

Juruaudit luar 1MDB yang ada sekarang (Deloitte) dan juruaudit yang ditamatkan khidmat (KPMG) juga berupa saksi penting. Mengapa khidmat KPMG ditamatkan masih menjadi misteri. 

Sumber-sumber itu menambah, adalah mustahil bagi sebuah syarikat besar dan berstruktur seperti 1MDB tidak meminitkan setiap keputusan dan tindakannya yang melibatkan jumlah wang begitu besar.

Kata mereka, adalah mustahil minit mesyuarat lembaga penasihat, lembaga pengarah dan exco 1MDB hilang atau tidak boleh dikesan kerana setiap orang yang terbabit dalam hierarki 1MDB menyimpan salinan masing-masing. Begitu juga dengan institusi-institusi kewangan yang memberi pinjaman kepada 1MDB.

Sumber-sumber itu mengatakan bahawa memang wujud pertalian istimewa di antara Perdana Menteri dan isi rumahnya dengan beberapa pembesar Arab dan Teluk seperti yang pernah didakwa  oleh isterinya, (Datin Paduka Seri) Rosmah Mansor. Jho Low dipercayai berperanan mengasaskan perhubungan itu melalui rakan-rakan kongsi beliau di negara-negara Arab dan Teluk.



Laman Web rasmi 1MDB mempamerkan dua orang kenamaan Teluk sebagai ahli Lembaga Penasihatnya, iaitu Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, bekas Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar dan Khaldoon Khalifa Al Mubarak, Pengerusi Pihak Berkuasa Hal-Ehwal Eksekutif (Abu Dhabi Executive Affairs Authority) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan, Mubadala Development Company. 

Turut dipamerkan sebagai anggota Lembaga Penasihat 1MDB ialah warganegara Perancis Bernard Arnault, Pengerusi Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif syarikat fesyen dan arak antarabangsa, LVMH Moet Hennessy Louis Vuitton. (Lihat di sini)

Sumber-sumber itu berkata, pihak penyiasat juga perlu membuat pencerahan mengenai peranan T Ananda Krishnan “membiayai” 1MDB sebanyak RM2 bilion dan dakwaan mengenai kaitan di antara 1MDB dengan sebuah syarikat bernama SRC International Sdn Bhd.

Baru-baru ini tercetus dakwaan bahawa Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah “dipaksa” memberi pinjaman RM4 bilion kepada syarikat Kementerian Kewangan itu. Khabarnya, SRC International Sdn Bhd pada asalnya dimiliki oleh 1MDB.



Kemudian pada 12 Mac, tersiar berita mengatakan sebuah lagi syarikat milik Kementerian Kewangan berhutang besar dengan KWSP. Ini bukan dongengan seorang blogger, tetapi pengakuan terbuka Ketua Setiausaha Perbendaharaan, (Tan Sri) Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. 

Belau dilaporkan oleh akhbar The Sun sebagai berkata,  Pembinaan PFI Sdn yang dimiliki 99.9% oleh Kementerian Kewangan terhutang RM19.48 bilion kepada KWSP sehingga bulan Ogos 2014.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 ia mencatat keuntungan bersih RM31.18 juta daripada pendapatan sebanyak RM1.11 bilion dengan harta bernilai RM26.66 bilion dan tanggungan RM26.6 bilion.

Soalnya, kalau syarikat ini adalah syarikat PFI (private financing initiative/inisiatif pembiayaan peribadi) mengapakah ia dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan dibiayai oleh KWSP? Mohon maaf kalau soalan saya bangang (meminjam istilah Perdana Menteri).


Syed Ali: Dongeng Rafizi  jadi realiti
Cerita Penglipur Lara

Pada 11 Mac, (Datuk Seri) Syed Ali Alhabshee, Ketua Umno Bahagian Cheras, menangkis dakwaan pembangkang bahawa kerajaan akan meminjamkan RM900 juta lagi kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Beliau menafikan dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak akan menambah bantuan kepada 1MDB.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dilaporkan mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa hal itu telah dinyatakan oleh Mohd Najib sewaktu pertemuan dengan 160 Ketua Bahagian Umno Ahad lalu.

Rafizi mendakwa beliau mendengar daripada salah seorang Ketua Bahagian yang hadir dalam pertemuan tertutup itu.

Syed Ali yang berupa salah seorang penganjur perhimpunan perpaduan baju merah itu menyifatkan dakwaan Rafizi sebagai "satu lagi cerita dongeng pembangkang."

Portal berita Malaysiakini memetik Syed Ali sebagai berkata: "Saya mencabarnya menamakan ketua bahagian Umno itu. Saya menafikan ini berlaku."

Maksudnya, sepanjang apa yang Syed Ali ketahui dan dengar di perhimpunan itu, Mohd Najib tidak memberitahu atau membayangkan yang kerajaan akan menyediakan bantuan kewangan tambahan RM900 juta kepada 1MDB.



Tak Sebut atau Tak Dengar?

Perdana Menteri tak sebut atau Syed Ali tak dengar? Mungkin Perdana Menteri sebut, tetapi Syed Ali tak dengar atau tak perasan.

Yang kita orang luar dengar, semua 160 Ketua Bahagian yang hadir sangat puas hati dengan penjelasan Presiden dan beliau tidak melayan pertanyaan dari bawah.

Sehari selepas Syed Ali melabelkan kenyataan Rafizi sebagai “satu lagi cerita dongeng pembangkang", kebenaran menjelma. Syed Ali silap, Rafizi betul.

Menteri Kewangan II, (Datuk Seri) Ahmad Husni Hazadlah dalam kenyataan di Parlimen pada 12 Mac mengesahkan yang kerajaan telah menyediakan kredit tunggu sedia (stand-by credit) RM950 juta untuk bantu 1MDB.

Beliau dilaporkan berkata, buat permulaan hanya RM60 juta akan digunakan bagi menampung aliran tunai (cashflow) syarikat kerajaan itu.

Saya tidaklah mahu mengatakan yang Syed Ali sudah kena kelentong atau tidak menyatakan kebenaran. Tetapi kekangan macam inilah yang menyebabkan maklumat kerajaan semakin hari semakin tidak diyakini.

Kepada Ahmad Husni saya ucapkan syabas dan terima kasih kerana akhirnya mengakui secara terbuka bahawa nisbah hutang (gearing ratio) 1MDB tidak lestari (unsustainable).

Cabaran Kepada Menteri Celik Ekonomi

Saya cabar dan gesa anggota kabinet yang celik ekonomi supaya bercakap benar. Saya tahu ramai anggota kabinet yang lebih tahu mengenai ekonomi, kewangan dan perniagaan berbanding Perdana Menteri.

Saya harap menteri celik ekonomi dan tahu hal perniagaan, termasuklah Timbalan Perdana Menteri, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin, tidak terus membisu dan menjadi menteri tunggul.



Khusus mengenai Muhyiddin, beliau akan hilang kewibawaan dan akan mengecewakan ramai penyokongnya kalau beliau tidak terus tegas mengenai 1MDB, khasnya berkenaan penyelamatan (bail-out) syarikat itu.

Saya setuju dengan pandangan Ahmad Husni bahawa penyenaraian aset penjanaan elektrik 1MDB akan menyelesaikan sebahagian hutangnya. Tetapi saya kurang yakin dengan sambutan pelabur terhadap cadangan tawaran umum permulaan (IPO) 1MDB itu memandangkan kontroversi dan siasatan yang sedang dilakukan ke atasnya.

Saya sangat bimbang syarikat-syarikat dan tabung-tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLC/GLIC) seperti Khazanah, PNB, Tabung Haji, LTAT, KWSP dan KWAP akan dipaksa membeli saham 1MDB.

Kita sudah pun melihat bagaimana sukarnya 1MBD membayar balik RM2 bilion pinjaman kepada bank-bank tempatan, termasuk yang dimiliki PNB dan Kumpulan Wang KWSP.



1MDB Bukan Ibu Duit

Sebagai syarikat pelaburan strategik milik negara, 1MDB adalah berdaulat dan suci. Ia milik rakyat jelata. Kalau boleh, Insya-Allah, kita hendak jadikan ia sebagai legasi kejayaan.

1MDB tidak boleh dijadikan operasi gelap, operasi sembunyi-sembunyi atau operasi “fly-by-night” bagi membolehkan pihak-pihak tertentu, di dalam dan luar negara, membuat duit segara (fast bucks).

Hasil yang dijanakannya bukan untuk membiayai kerjaya politik atau menampung gaya hidup keluarga dan kawan rakan sesiapa. Ia adalah untuk rakyat jelata.

Kalau 1MDB adalah angsa yang bertelur emas, seperti kata Setiausaha Agong Umno, Tengku (dulu Teuku) Adnan Mansor, telur emas itu adalah untuk rakyat jelata. Cuma itik angsa Tengku Adnan itu berhutang besar dan tahun lalu rugi RM665.4 juta. Atau beliau terlepas cakap mengenai sesuatu yang sepatutnya rahsia mengenai 1MDB?

Kesimpulannya, apa yang Syed Ali Alhabshee tidak tahu dan Mohd Najib tidak beritahu, tidak semestinya Rafizi tidak tahu. Bila Rafizi tahu, ramai rakyat akan tahu.

Adalah amat berbahaya dan merugikan kalau orang Umno sendiri tidak tahu atau tidak berminat ambil tahu kerana percaya bulat-bulat kepada ketua nombor satu.

Jadi orang Umno, termasuk yang makan tak lalu, tidur tak lena dan mandi tak basah kerana rindu berahi kepada Presiden, perlu juga ambil tahu kalau mereka mahu parti mereka terus memegang teraju.- A Kadir Jasin


Be Haste In Tracking Down Jho Low...

In the movie “The International”, an operative of the The International Criminal Police Organization (Interpol), Louis Salinger (Clive Owen) and US District Attorney, Louis Salinger (Naomi Watts) investigated corruption in a fictional merchant bank, IBBC, that serviced organised crime and corrupt governments.

The 2009 movie was inspired by the Bank of Credit and Commerce International (BCCI) scandal of the 1980’s when investigators from several countries and international agencies discovered that the London-headquartered and Luxembourg-incorporated bank was involved in massive money laundering and financial crimes, and illegally gained controlling interest in a major American bank.

But even before the movie was made and the real life BCCI collapsed, we had our own equally sensational banking scandal – the Bumiputera Malaysia Finance (BMF).


The Former Menara of defunct Bank Bumiputera

We could yet faced a similar scandal in the shape of 1Malaysia Development Berhad. Already there is an uncanny similarity between BMF scandal of the early 1980’s and the development surrounding 1MDB. While BMF and its parent company, Bank Bumiputera, had long gone, the alleged 1MDB scandal is still unfolding.

The Attorney-General Department is reported to have set up a task force comprising the police, the Malaysian Anti-Corruption Commission and the Auditor-General’s Department to investigate all reports and complains pertaining to 1MDB.

I would like to recommend that officers assigned to the task force watch the above movie and learn from our own investigation of the BMF scandal.

The Hong Kong-based subsidiary of Bank Bumiputera collapsed due largely to its incestuous relationship with Hong Kong-based Singaporean civil engineer, George Tan Soon Gin.


George Tan "brought down" Bank Bumiputera
Like today’s 1MDB that sent out huge sums of locally obtained funds to be parked in Cayman Islands, Bank Bumiputera sent its locally-generated funds to Hong Kong to bankroll the high-flying Tan.

Tan’s Carrian Group borrowed heavily from BMF and soon defaulted. Bank Bumiputera sent one of its auditors, Jalil Ibrahim, to Hong Kong to take charge and was brutally murdered. The scandal eventually led to the bankruptcy and break-up of Bank Bumiputera.

While Tan was seen by many as the man who brought down BMF and Bank Bumiputera, the allegations against 1MDB are centred around a Penang-born corporate highflier, Jho Taek Low, better known as Jho Low. The mysterious overseas-based Jho Low is the son of Penang businessman Tan Sri Larry Low Hock Peng.


Jho Low is said to have big influence over 1MDB

So if BMF/Bank Bumiputera had George Tan, 1MDB has Jho Low.

The collapse of the BMF saw at least three senior executives of the Bank Bumiputera Group– all of them Malays - being sent to jail while Tan went scot-free. No case to Answer, declared English judge (Dennis Barker) after one and a half years trial. Then Hong Kong was a British colony. A Klang businessman, Man Fook Than was convicted of Jalil’s murder and sentenced to life in prison.

An investigation by a three-member team led by then Auditor-General, (Tan Sri) Ahmad Nordin unveiled financial fraud, criminal breach of trust and criminal conspiracy. Other members were Chooi Mun Shou and Ramli Ibrahim.



PM High On the List

Having made a promise to the effect that no stone will be left unturned and the guilty will face the full weight of the law, the Prime Minister (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak must now prove that he is a man of his words.

He must ensure that the task force carries out its duty transparently and independently. The Inspector-General of Police, Tan Sri Khalid Abu Bakar, when asked by the press if the Prime Minister would be included in the investigation, Khalid replied, yes. If the Prime Minister has nothing to hide, he will happily cooperate with the investigators.

For the task force, the first order of business is to ensure that evidence of criminal wrongdoings is preserved. It has to stop evidence from being erased or shredded and witnesses from disappearing.

With some key witnesses and possible suspects in the 1MBD investigation residing abroad, including Jho Low, the task force should seek the assistance of Interpol to track them down.

The rakyat and their elected representatives must step up the pressure to ensure that the task force carries out its mandate transparently and freely. Never mind if the 160-Umno divisional leaders, who attended the red shirt solidarity day on March 8 at the PWTC, believed unequivocally in their President’s explanation of 1MDB.- A Kadir Jasin


Hot Rumours On Sunday 15 Mac 2015

Rafizi said,"When I speak to my grandmother, she tells me she always votes for BN because they pay her pension. Now, I'm going to tell her, they have taken even your pension money," 

Story kat SINI dan SINI

How to tell counterfeit products, based on the perforations on the plastic packs 
of the chocolate malted powdered beverage - Nestle Malaysia


cheers.

No comments: