29 March 2015

Khalid Samad dibebaskan...


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan dua orang mahasiswa yang ditahan berhubung perhimpunan #KitaLawan semalam dibebaskan selepas polis ‎gagal mendapatkan perintah reman.

Peguam Michelle Yesudas melalui laman Twitter miliknya hari ini berkata: "Dua pelajar universiti ditangkap smlm dan Khalid Samad bebas, reman ditolak #KitaLawan."

The Malaysian Insider hari ini melaporkan, dua mahasiswa universiti awam tempatan itu ditahan di ibu negara, manakala Khalid ditahan di kediamannya sekitar jam 3 pagi tadi.

Pengarah Strategi Pemuda PKR, Akmal Nasir berkata, dua mahasiswa itu ditempatkan di Lokap Berpusat Jinjang, Kuala Lumpur bersama Fariz Musa, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan mesra PKR, Jingga 13.

"Betul, ada dua mahasiswa ditahan semalam, sekarang berada di Lokap Berpusat Jinjang menunggu reman, bersama Fariz Musa, seketariat #KitaLawan.

"Fariz yang maklumkan penangkapan dua mahasiswa itu kepada kami, selepas menemui mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi," kata Akmal kepada The Malaysian Insider.

Beliau, bagaimanapun, tidak pasti akta yang digunakan menahan kedua-dua mereka.

"Fariz ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan, tapi Fariz tidak pasti Akta Hasutan itu kerana ucapan atau tweetnya," katanya.


Khalid  ditahan polis di rumahnya di Shah Alam pada 3.20 pagi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata Khalid dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Semalam, polis menahan Fariz sebaik sahaja perhimpunan #KitaLawan di ibu kota berakhir dengan aman tanpa sebarang insiden.

Sebelum itu, polis menahan Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang beberapa jam sebelum perhimpunan #KitaLawan dan menahan reman selama 3 hari Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan aktivis Hishamuddin Rais yang ditahan pada Jumaat.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ditahan awal pagi semalam di Pulau Pinang selepas menghadiri mesyuarat parti di peringkat negeri itu.

Mohamad bagaimanapun dibebaskan pada 11.30 malam tadi selepas 23 jam, tanpa sebarang pertuduhan.

Pada Jumaat, polis menahan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya menyeru ahli parti itu turun beramai-ramai dalam perhimpunan semalam.

Ini diikuti penangkapan aktivis Hishamuddin Rais ala-penculikan oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, ketika baru tiba di Dataran Merdeka menghadiri program penerangan #KitaLawan.- tmi

Cops fail to get remand for Khalid Samad, trio...

PAS Shah Alam MP Khalid Samad who was arrested in the wee hours today over his participation in the Kita Lawan rally has been freed.

His lawyer Michelle Yesudas said two students picked up at the Kuala Lumpur City Centre park last night have also been released.

However, Kita Lawan coordinator Fariz Musa, who was the first to be detained after the peaceful dispersal of the rally yesterday evening will be freed tomorrow morning.

Yesudas told Malaysiakini police failed to obtain a remand order due to an error in the investigation papers

"The bizarre thing was the investigation papers were not complete, so they had to release him as there was a procedure error," she said.

Those arrested yesterday are investigated under Section 143 of the Penal Code.

PKR's Batu MP Tian Chua was also released by police today after posting bail, she added.

Chua was also arrested in relation to the rally, alongside PKR secretary-general Rafizi Ramli, acivist Hishamuddin Rais.

Rafizi and Hishamuddin are remanded for three days. - mk 




Polis yang 'hasut' benci kerajaan, kata PAS...

Tindakan polis terus menerus menahan pemimpin pembangkang ibarat “menghasut” rakyat supaya lebih bencikan kerajaan, kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kecaman itu dibuat susulan penahanan pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa parti itu Khalid Samad, susulan perhimpunan Kita Lawan semalam.

"Bahkan ia sebenarnya satu tindakan yang 'menghasut' rakyat untuk lebih benci kepada kerajaan.

"PAS menggesa kerajaan menghentikan tangkapan dan membebaskan semua tahanan dengan segera," katanya.

Dalam kenyataan ringkasnya, Tuan Ibrahim menasihatkan supaya kerajaan mendengar bantahan disuarakan termasuk dalam isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Rabu depan.

"Kerajaan sepatutnya mendengar dan bukan melarang bantahan rakyat terhadap GST dan akta zalim kerana bebanan ekonomi yang rakyat tanggung akan membawa derita kepada kehidupan mereka," katanya. - mk 


Guan Eng slams brute force on rallyers but not criminals...

Penang Chief Minister Lim Guan Eng has blasted the heavy handed arrests of participants in peaceful rallies as “double standards”.

Commenting on the arrest of Shah Alam MP Khalid Samad in the dead of night, Lim noted that those who had threatened bodily harm, or who had been involved in loss of billions or ringgit, had allegedly never received such treatment.

“Is it necessary to put on a show of brute naked force by conducting such arrests in the dead of the night, when Khalid would never run away but would be willing to go to any police station in the daytime as requested?

“No pro-BN demonstrators have been arrested in the dead of the night like Khalid after their ‘illegal’ rallies in Penang government offices in Komtar or at DAP Headquarters in Kuala Lumpur.

“Again this is a clear case of double-standards and selective arrests by the inspector-general of police(IGP),” said Lim in a statement today.

“Has Malaysia now descended to new depths where a peaceful gathering is now a more dangerous offence than crimes that cause bodily harm or financial scandals that cause billions of ringgit in losses?” he asked.

Arrests 'arbitrary'

Four have been arrested since the peaceful Kita Lawan rally in Kuala Lumpur yesterday evening.

They add to the 120 that the NGO Political Studies for Change (KPRU) note have been arrested or probed in just the space of over a month since the jailing of opposition leader Anwar Ibrahim.

Lim also cited the arrests of PAS deputy president Mohamed Sabu in Penang, PKR Secretary-General Rafizi Ramli and social activist Hishamuddin Rais.

"Such high-handed and arbitrary arrests commanded by the present IGP has also given Malaysia an international black eye in terms of human rights," asserted the Penang chief minister. - mk


Najib Razak takut nak jawab setelah diUGUT oleh MCA dan GERAKAN serta beberapa lagi sekutunya dalam BN...


cheers.

No comments: