07 March 2015

Hadi, toksah dok pikiaq panjang2 lagi...

Hadi harus hentikannya dan sertai saja UMNO...

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang berlengah-lengah. Desas-desus sedang tersebar mengenai "kerajaan campuran" antara PAS dan Umno Baru. Walaupun beliau menafikannya berulang kali, tindakan-tindakan Hadi adalah bertentangan dengan apa yang beliau beritahu kita. Adakah Hadi mewakili aspirasi rakyat Malaysia, dalam zaman Kelantan pasca-Nik Aziz dan pasca-Anwar Malaysia?

Berikut adalah 10 sebab-sebab mengapa Hadi mesti melepaskan jawatannya.

1 Apa yang Nik Aziz pernah katakan

Allahyarham mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menggelarkan Umno Baru "pembohong besar” dan menegaskan bahawa "kami harus belajar dari kesilapan kami". Beliau berkata, "Umno adalah seperti kucing, ia akan menerkam, mengambil dan kemudian bersembunyi dengan hasil tangkapannya."

September lalu, pengarah jawatankuasa operasi PAS Pengkalan Kubor, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah memberitahu pemberita, "Nik Aziz berkata beliau akan meludah sesiapa yang menyeru penggabungan dengan Umno Baru. Dan beliau berkata, jika ada yang masih mahukannya, tunggu dia mati dahulu."

Adakah Hadi mendengarnya?

2 Hadi mahu menjadi wira

Dengan ketiadaan Nik Aziz, dan saingan "mesra" Hadi Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di penjara Sungai Buloh, Hadi "bebas" dan dapat mengemudi PAS sesukahatinya.

Hadi ingin dipecat dari PAS. Dia akan meraih simpati yang besar, Umno Baru akan memperjuangkan beliau sebagai wira Melayu dan Islam, dan menyalahkan DAP atas pemecatan Hadi.

Sebaliknya, jika Hadi meninggalkan PAS secara sukarela untuk menyertai Umno Baru, rakyat Malaysia akan berkata, "Kami dah kata! Hadi bertanggungjawab atas banyak masalah Pakatan dan PAS.”

3 Rekod

Hadi menyebabkan Pakatan kehilangan undi, dan negeri-negeri. Beliau adalah menteri besar satu-penggal di Terengganu (2003-2008) dan di bawah kepimpinan beliau, PAS mengabaikan rasa tidak puas hati disebabkan Kedah yang tidak ditadbir dengan elok, oleh Menteri Besar PAS yang sakit dan tidak jejak di bumi nyata itu. Peranan Hadi dalam "Serampang Kajang" di Selangor mendedahkan keupayaan sebenarnya.

4 Kedengaran lebih seperti seorang ahli politik Umno Baru

Hadi berkata, hasrat DAP untuk mengadakan pilihan raya majlis perbandaran boleh membawa kepada lebih banyak "rusuhan 13 Mei". Beliau berkata ketegangan akan tercetus kerana adanya "jurang antara kampung-kampung dan bandar-bandar". Dakwaannya bahawa orang Melayu kampung, kaum India di estet dan orang asli akan diketepikan, adalah tanda-tanda bahawa dia telah jauh dengan rakyat.

5 Takutkan wanita

Dalam "Serampang Kajang", pada mulanya Hadi berkata bahawa jantina Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menjadi isu, tetapi sebulan kemudian mendakwa bahawa Wan Azizah tidak sesuai kerana beliau tidak mempunyai kelayakan dan lemah.

Apabila beliau berbicara kepada sekumpulan rakyat Malaysia di London, beberapa bulan selepas itu, beliau berkata, "Wanita tidak layak untuk menjadi MB ataupun Perdana Menteri."

Komen keterlaluan Hadi menjadi isu dengan ramai wanita, dan lelaki. Kaum wanita merupakan 50% daripada penduduk dan juga pengundi.

6  Mesej berdolak-dalik

Kita mendengar cukup banyak mengenai Datuk Seri Najib Razak yang gemar berdolak-dalik, dalam banyak isu. Kita tidak memerlukan seorang lagi ahli politik dengan sifat yang serupa. Kepimpinan Hadi yang lemah dan mesej yang bercampur-campur yang datang dari jentera partinya, adalah mengelirukan.

Dalam "Serampang Kajang" Tahun lepas, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa bahawa pencalonan Wan Azizah sebagai MB tidak ditolak kerana beliau adalah seorang wanita. Sebulan kemudian, sayap ulama PAS menyatakan bahawa Wan Azizah telah ditolak "kerana jantina beliau...”.

7 Isu-isu keyakinan

Hadi bukan seorang pemain pasukan. Ketidakhadirannya, dalam mesyuarat-mesyuarat penting Pakatan, menjejaskan hubungan PAS dan rakan-rakan gabungannya. Tanggungjawab untuk membuat keputusan bersama gabungan yang penting adalah terletak di bahunya, dan bukan wakil-wakilnya.

Kesombongannya terserlah apabila beliau berkata, "Ia terpulang kepada saya sama ada saya akan hadir. Saya bukan budak kecil. Kami akan lihat dulu...”

8 Realiti lwn retorik agama

Desakan Hadi untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan adalah merosakkan. Tidak semua orang Melayu mahukan hudud dan dia perlu menuntut supaya kajian dijalankan di seluruh negara untuk melihat jika hudud boleh diterima. Beliau juga bertindak bertentangan dengan kepentingan rakan-rakan pakatannya sendiri, berkenaan hudud.

Ahli-ahli parlimennya tidak berpijak di bumi nyata. Seorang ahli parlimen PAS berkata yang banjir di Kelantan adalah petunjuk kemurkaan Tuhan dan, "Kerajaan Kelantan perlu tabah dalam melaksanakan undang-undang hudud.”

9 Mengelakkan kebenaran yang pahit

Kelantan mahu menghukum orang Melayu yang tidak menghadiri solat Jumaat. Terdapat isu-isu yang lebih penting, seperti tahap sumbang mahram dan penggunaan dadah di kalangan orang Melayu Kelantan. ‘Pelancongan seks dan dadah merentasi sempadan. Jangkitan HIV/AIDS yang tinggi di kalangan suri rumah disebabkan oleh suami mereka. Isteri-isteri yang ditinggalkan dan menjadi ibu tunggal oleh suami-suami mereka yang mengamalkan poligami.

Di samping itu, adakah Hadi akan menangani dakwaan pembalakan yang tidak terkawal di kawasan-kawasan pedalaman?

10 Termakan umpan Umno Baru.

Kedua-dua Umno Baru dan PAS sedang berada dalam era paling lemah dalam sejarah parti merek,a dan bimbang tentang sokongan orang Melayu yang semakin merosot. Sementara Najib menggunakan kemesraannya ke atas Hadi dan PAS Kelantan, menteri-menteri Umno Baru kerap menafikan adanya perbincangan mengenai "kerajaan perpaduan".

Adakah ego Hadi telah dipujuk hingga ke tahap dia akan percaya pembohongan Umno Baru, bahawa Hadi boleh menjadi hero perpaduan Melayu dan Islam? Adakah PAS akan tertipu dengannya?- Mariam Mokhtar,theantdaily

Hadi should spare us the agony and join Umno Baru

Tika rakyat disuruh balun Cina,pemimpin atasan UMNO berdakapan2 dengan Cina...

Kalau budak2 hingusan UMNO nak tahu- pemimpin UMNO suka buat bisness dengan bukan Melayu. Kalau dengan Melayu tak dapat pelincir dan Melayu suka bercerita sana sini. Sesama Melayu tak boleh buat nakal2. Dengan bangsa lain, boleh buat apa sahaja.

Kita orang Melayu kena ubah sikap. Kita jangan ikut sikap orang dan penyokong UMNO. Sikap orang UMNO dan orang Melayu yang hendak mereka pengaruhi ialah biarkan musibah itu berlaku, baru kita bertindak. Apabila sudah terjadi, tidaklah guna lagi.

Dalam hal in, petanda musibah dan malapetaka  banyak sangat. Patutkah sebuah sarikat yang hanya ada modal berbayar RM1 juta, mempunyai gearing 46,000 kali ganda? Ini gila punya kerja. Adakah syarikat ini mempunyai cash flow yang boleh membayar coupon rate dan faedah pinjaman lain? 

1MDB tidak mempunyai cukup income dari operasi untuk bayar hutang. Adakah patut syarikat ini dijamin oleh kerajaan dalam transaksi yang tidak telus?

Mengapa banyak tranksaksi melibatkan Jho Low? Geliga sangat kah otak anak cina ini? Lihatlah- pemimpin terbesar UMNO- dia buat bisnes dengan Cina. Sama seperti dia beri kontrak membina MRT Ampang- juga kepada Cina.

Jadi kita orang melayu yang tidak sokong UMNO mesti sedar hipokrasi puak2 UMNO- rakyat bawahan disuruh gaduh sama sendiri dan mereka tanam syak wasangka dan curiga. Orang atasan Melayu tidur bersama cukong2 Cina.

Jika matlamat syarikat ini ialah membawa pelaburan kedalam negara, sila jawab soalan yang paling asas- kenapa simpan wang didalam akaun bank persisir? Kecuali  hendak launder money atau simpan wang haram dalam akaun.

Dah ada petanda yang mencurigakan, budak2 UMNO kata- kita mesti percaya pada judgment PM.

Lagi soalan yang mahu rakyat tanya. Adakah Jho Low menyalah gunakan taraf dan status 1MDB sebagai Dana Berdaulat untuk membida pembelian keatas 3 buah hotel ternama di London? 

Mengapakah 1MDB seperti dibuktikan oleh Sarawak Report melalui dokumen mahkamah, memberi surat sokongan kepada syarikat milik Jho Low? Apakah kaitan istimewa antara budak Cina ini dengan 1MDB, dengan PM Najib atau dengan isteri Perdana Menteri?

Supaya orang UMNO jangan lupa, Jho Low ini bangsa nya Cina- kumpulan yang UMNO suruh orang Melayu gaduh. Orang atasan main dengan Cina, orang bawahan disuruh balun Cina.
  
Sekali lagi, sementara rakya digalak berkelahi dengan orang Cina lain, pembesar negara bersekongkol dengan orang Cina. Inilah yang orang kata- berlari bersama arnab dan memburu bersama anjing buruan.

Benarkah Jho Low/Paris Hilton menyalahguna wang 1MDB untuk membeli sebuah bank yang pernah dimiliki oleh seoarang bekas Ketua Menteri Sarawak pada harga yang menakjubkan padahal penjualan bank tersebut tidak mendapat sambutan dari pihak lain?

Dalam transaksi itu, berapakah keuntungan yang diperolehi oleh Jho Low daripada urusniaga tersembunyi seperti ini? Dan adakah Jho Low melakukan pecah amanah dan penipuan dengan wang milik 1MDB? 

Jika bank itu dibeli, adakah urusniaga tersebut hasil dari financial frolic peribadi diluar pengetahuan 1MDB? Almaklum sahajalah di Malaysia ini, anggota polis pun boleh on a frolic of their own, rasa hari ini nak tembak dan bunuh orang. Jho Low pun on a frolic of his own, rasa hari ini aku nak beli bank lah.- Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz@sakmongkol.ak47

Too late to save 1MDB


"Saya tahu ramai yang mempertikaikan tentang perkara itu. Takkanlah saya bodoh nak cakap Rasulullah beri makan roti jala kepada tetamunya. Zaman itu ada ke roti jala?" - DUKE (Datuk Ustaz Kazim Elias)

video
Siapa yang bodoh? Hangpa pikiaq mai...

Asri: Tidak malukan Kazim, hak penganjur tolak...

Only three PMs respected judicial independence...

Only the first three prime ministers of the country recognised the importance of an independent judiciary, former de facto law minister Zaid Ibrahim said.

“Our first three PMs showed great respect and deference to the rule of law and therefore, they all accepted the views of judges and the chief justice (CJ), whether on the appointment or promotion of judges.
                                                                                                                              
“It would be unthinkable for them to appoint someone not supported by the CJ and the Bar Council,” he told Malaysiakini on Tuesday.

Zaid was asked to comment on Court of Appeal judge Justice Mohd Hishamudin Mohd Yunus being overlooked for promotion to the Federal Court in 2103 following alleged intervention by the Prime Minister's Office despite a recommendation by the Judicial Appointments Commission.

                                
Justice Hishamudin (left) was again bypassed earlier this year.

Zaid, who was de facto law minister, was the key man behind the Judicial Appointments Commission Act which was passed in 2009 under former premier Abdullah Ahmad Badawi. The commission is to ensure transparency in the appointment of judges.

The former minister lamented that the government had veered sharply away from its ‘no meddling’path with prime ministers from Dr Mahathir Mohamad onwards using their executive powers more robustly to influence those in judicial high offices.

“They believed they have a ‘national duty’ to perform and it would be useful if judges in high office work in tandem with them.

“For so long as this thinking persists, no judicial commission or change of words in the Judicial Appointments Commission Act of 2009 will make any difference.”

‘Sound judgments’

Conceding that judges are also human, Zaid said: “They all want to be promoted and be called a ‘Tun’ or a ‘Tan Sri’.

“It’s not realistic to expect them to defy the expectations of the political masters. We just have to wait for the day when we have a PM who shows more trust in the judiciary.”

Commenting further on the fate of Justice Hishamudin, Zaid described it as a loss to the country.

“I am disappointed [...] I do not want to speculate what causes it but I always find his judgments sound.

“He is courageous and willing to make legal pronouncements in accordance with the federal constitution although such views may not be politically correct today.

“I am sure he will continue to remain steadfast in his commitment to the principles of the constitution,” said Zaid.
 



Justice Hishamudin was not elevated to the country’s apex court allegedly because he led a panel in a judgment against Prime Minister Najib Abdul Razak and his deputy Muhyiddin Yassin in a suit filed by Hindraf leaders M Manoharan (above,left in photo) and P Uthayakumar (right in photo) involving the status of 500 Tamil schools.

Manoharan described the decision as the first in the country against a sitting PM. - mk







cheers.

3 comments:

Gerakan Anti Najib/Rosmah said...

Apa ler yang lu melaluk ni bhai dengan kenyataan-kenyataan fitnah. Sedangkan beliau tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan pun. Ni susah bila dah jadi barua, orang senyap pun kamu fitnah, bila orang bercakap lagi kuat lu fitnah. Apa hubung kait Ketum dengan PAS sampai lu boleh kata Hadi akan buat sesuka hati dalam PAS bila Ketum bertapa di Sungai Buloh. Nampak sangat ler sosek-sosek yang barua Ketum sedang merosakkan PAS dari dalam. Lu ingat bila PAS joint PR maka Ketum ler yang menguasai PAS. Kesian barua Ketum dah tiada hujah bila mula ratib UG UG UG. Macam tuduhan PAS pergi pancing KU LI pada PRU13, rupa-rupanya memang dari awal Ketum dah lakukan tapi KU LI kata boo layan. Dalam tuduh PAS nak berUG tiba-tiba Yusuf Kalla pecah lubang yang Ketum dalam diam-diam nak berUG dengan Umno. Gua tengok semua tuduhan barua-barua Ketum dan DAP akhirnya berbalik kepada barua semula. Kesian gua bila baca dalil-dalil sampah dari pemuja Ketum. Gua nak tanya satu jer... betoi ker Ketum tidak pernah meliwat pembantu-pembantunya???. Kalu tidak kenapa kebanyakkan pembantu-pembantunya yang diambil bekerja semua muka-muka jambul belaka. Politik Ketum sudah tidak relevan sekarang ini kerana Ketum sendiri membangunkan fitnah dari tidur... fikir-fikir ler bhai..

Anonymous said...

lu tunggu 3 bulan lagi bila Hadi akan sembah kaki najib minta kahwin sama UMNO taik!!!

Anonymous said...

Salamm qadammullah...apa-apa pun kita kena berpatah balik kepangkal jalan..kita apa yang baginda rasullulah saw tinggalkan utk umat baginda.....kita ini manusia biasa ..dan siapalah kita utk hukum menghukum antara kita manusia...hanya allah swt sahaja yang boleh menghukum seseorang itu dengan apa yang dilakukan..olehnya...ingatlah akan ajaran agama kita buat apa yang dituntut ...dan hindarilah apa yang dilarang..ingatlah pada agama kita dan pada baginda rasullulah saw ....