12 September 2014

Tiap2 tahun UPSR,PMR,SPM bocoq...tindakan konon...cakap besaq,tapi hampaih pun takdak...

Pecat mereka terlibat kes bocor soalan UPSR...

Kebocoran kertas soalan Sains Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) membabitkan hampir 500,000 murid Tahun 6 menimbulkan keraguan terhadap integriti Lembaga Peperiksaan dan sistem peperiksaan negara ini.

Merujuk kes yang disahkan Lembaga Peperiksaan semalam, seorang pemimpin pembangkang berkata mereka yang terlibat perlu dipecat kerana kesalahan itu sangat serius.

Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin daripada PKR berkata setiap tahun terdapat khabar angin, malah kejadian kebocoran kertas peperiksaan, tetapi kali ini antara kes yang paling serius.

Memetik pengalaman sendiri menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 20 tahun lepas, Sim berkata terdapat beberapa soalan bocor daripada salah satu subjek Sains Tulen, dan pihak berkuasa terpaksa membuat semula kertas itu.


contoh soalan sains upsr 2014 bocor
Antara contoh soalan sains upsr 2014 bocor 1 - astroawani.com

"Ini sangat keterlaluan. Heads must roll (Mesti ambil tindakan memecat). Pengarah lembaga peperiksaan mesti bertanggungjawab dan letak jawatan. Dia tidak boleh salahkan orang lain," katanya kepada The Malaysian Insider.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga harus menjelaskan bagaimana kejadian itu boleh berlaku dan apa bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pelaku yang didapati bersalah.

Kenyataan Kementerian Pendidikan semalam mengesahkan soalan kertas Sains berkod 018, 028 dan 038 tersebar di laman sosial, menyebabkan kertas itu yang sepatutnya diduduki pagi ini ditangguhkan ke 30 September.

Laporan dibuat dan polis menjalankan penyiasatan mengikut Akta Rahsia Rasmi. Seramai 472,853 murid Tahun 6 menduduki UPSR tahun ini bermula Selasa.

Muhyiddin yang juga menteri pendidikan dan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh semalam memohon maaf kepada ibu bapa dan murid yang terlibat.

Ahli Parlimen Bukit Bendera daripada DAP Zairil Khir Johari berkata insiden itu membangkitkan persoalan mengenai integriti Lembaga Peperiksaan dan keseluruhan sistem peperiksaan negara.

Katanya, Putrajaya perlu ambil tindakan segera dan tegas dalam hal ini kerana kredibiliti sistem peperiksaan negara menjadi taruhan.

"Yang penting kita hendak tahu, bagaimana boleh bocor dan apa kementerian akan buat sekarang? Soalan yang lebih besar ialah, apa lagi yang berkemungkinan atau sudah dibocorkan," katanya.


contoh soalan sains upsr 2014 bocor 2
Antara contoh soalan sains upsr 2014 bocor 2 - astroawani.com

Beliau berkata, mereka yang bersalah mesti dijejaki dan langkah sewajarnya perlu diambil bagi memastikan ia tidak berulang pada masa depan.

"Satu perkara yang saya selalu anjurkan ialah penubuhan lembaga peperiksaan yang berdikari, tidak diuruskan kementerian, supaya integriti peperiksaan awam kita terpelihara dan wujudnya ketelusan dan kebertanggungjawaban.

"Mesti ada tanggungjawab umum dan penuh. Seseorang mesti bertanggungjawab dan apa saja tindakan diambil mesti bukan saja berkesan, tetapi dilihat berkesan. Jika tidak, Lembaga Peperiksaan akan hilang integriti," katanya.

Ahli Parlimen Serdang daripada DAP Dr Ong Kian Ming berkata lembaga itu perlu melakukan satu audit dalaman bagi mengenal pasti kelemahan dalam prosedur operasi standard sekarang.

"Zaman sekarang, sesiapa saja dengan mudah boleh menggunakan telefon untuk mengambil gambar soalan peperiksaan. Kawalan keselamatan mesti dipertingkatkan dan lembaga mesti bertanggungjawab," katanya. – tmi 

Disebabkan soalan bocor dan penangguhan ini, murid2 tahun 6 jadi stress, ingat dah boleh merdeka esok. Cikgu pun tertekan sebab ingat dah boleh bercuti dah. Mak bapak pun turut bingung. Orang yang menyediakan soalan pun pening sebab kena buat soalan baru. Kerajaan pun terpaksa keluar duit lagi untuk mencetak set kertas soalan yang baru dan mengurus sesi ujian lain. - buasirotak

Soalan bocor, tak cukup sekadar mohon maaf...


Permohonan maaf sahaja tidak memadai dalam insiden soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi subjek Sains yang bocor semalam, kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Menurut beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu bertanggungjawab sepenuhnya dan membentuk sebuah pasukan bagi mengenalpasti punca kebocoran itu.

"KPM bersama Lembaga Peperiksaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kebocoran-kebocoran ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Malah menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai(pix,bawah) itu, Lembaga Peperiksaan juga sepatutnya mempunyai pelan bagi berdepan perkara ini.



"Lembaga juga seharusnya merangka sebuah prosedur untuk memastikan sekiranya perkara ini berlaku lagi, sebuah pelan kontigensi dapat digerakkan untuk memastikan peperiksaan berjalan dengan lancar.

"Contohnya menerusi set kertas peperiksaan alternatif. Lembaga Peperiksaan sepatutnya mengambil iktibar daripada sebuah kejadian yang pernah berlaku di Untied Kingdom.

"AQA telah memberikan set soalan alternatif untuk digunakan dalam peperiksaan A-Levels di United Kingdom apabila didapati set soalan asal dalam peperiksaan Pengajian Perniagaan telah bocor," katanya.

Sehubungan itu, beliau turut menggesa agar hasil siasatan jawatankuasa itu didedahkan kepada umum.

f
Antara contoh soalan sains upsr 2014 bocor 3 - astroawani.com

Menurutnya lagi, penangguhan peperiksaan itu seolah-olah penganiayaan kepada murid-murid yang telah bertungkus lumus membuat persediaan.

"Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan sepatutnya telah lebih bersedia dalam menangani kemelut ini.

"... dan dengan serta-merta mempamerkan kebertanggungjawaban yang menyeluruh dalam menjawab, menyiasat dan respon berkala kepada umum berkait sebarang dakwaan kebocoran, tanpa mengganggu konsentrasi anak-anak yang menduduki sebarang peperiksaan awam, termasuk PT3, UPSR, SPM dan STPM," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada ibu bapa dan murid-murid bersabit perkara itu dan mengesahkan laporan polis mengenainya sudah dibuat.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh juga berbuat demikian dan memaklumkan kementerian memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Ujian bagi kertas Sains kepada calon UPSR 2014 sepatutnya berlangsung pagi tadi namun ditangguhkan pada 30 September nanti ekoran insiden terbabit.- sh

Outrage over leaked UPSR papers...

Politicians have expressed their outrage following the leak of two UPSR examination papers, calling for severe action to be taken against the culprits over the fiasco which has affected some 473,175 Year 6 pupils nationwide.

Many questioned why no action has been taken against the culprits as exam question leaks are reported every year.

"Something is very wrong with the administration of the country. Heads must roll over the leak. Find out the culprits and someone must be held responsible to prevent this from reoccurring," said Kulai MP Teo Nie Ching via Twitter today.

Perak deputy Speaker Datuk Seri S. K. Devamany said, "UPSR papers leakage another fiasco & the Exam Syndicate must take responsibility for its numerous failures. Immediate revamp is a must".

Segambut MP Lim Lip Eng tagged Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and said that the ministry's director-general should emulate MRT Corp CEO Datuk Azhar Abdul Hamid who resigned after a construction site accident that claimed three lives.

"Pengarah Jabatan Pendidikan wajar contohi CEO MRT letak jawatan berikutan kertas soalan UPSR kedua bocor lagi hari ini. @MuhyiddinYassin"

Flamboyant lawmaker Datuk Bung Moktar Radin also took to Twitter to comment on the incidents, calling the leaks "shameful".

"Hairan tiap tiap tahun peperiksaan UPDR kah SPM kah mesti ada soalan BOCOR..apa ni..kenapa x tangkap mereka2 yg tidak amanah ni..#MEMALUKAN#."

Ong Kian Ming, the Serdang MP who is vocal on education issues, asked Education Minister II Datuk Seri Idris Jusoh: "Will Primary 6 students have to resit ALL the UPSR papers? @idrisjusoh."

PAS MP for Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Aziz lamented that he knew of Mara Junior Science Colleges which had to conduct special classes to help weak students, who had gotten 5As in UPSR with leaked questions.

"Saya difahamkan ada MRSM trpksa buat kelas khas bantu murid lemah, dpt 5A UPSR soalan bocor. Kita hilang amanah, bunuh harapan yg lbh layak."

Twitter user Niki Cheong tweeted: "It's terrible that papers can get leaked. But what troubles me more is this is UPSR! Says a lot about how we view achievement in education."

Eddy Daud said it was not fair for the pupils to retake the English exam after "only a few" had committed wrong.

"MOE must find a progressive solution to UPSR leak papers... re-sit exam paper is a no brainer, its also very unfair to those who studied hard," he added. – tmi

Din cries sabotage over UPSR leak...

Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin believes that the leak of two examination papers could be an attempt to sabotage him and the Education Ministry.

Muhyiddin, who is currently in Laos, was commenting on the leak of the Science and English papers for Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) examination for Standard Six pupils.

According to an Utusan Online report, the deputy minister, who also oversees the education portfolio, was livid and saddened by the incident.

He said immediate action has been taken to trace the source of the leak and also to re-examine the Standard Operating Procedure (SOP) for the preparation and handling of the examination papers to prevent a recurrence.

"I consider this a sabotage to tarnish my integrity and the ministry's," he was quoted as saying.

Muhyiddin is in Vientiane to attend the 8th Asean Education Ministers Meeting, which starts today.

Following the leak, several opposition leaders have taken the deputy prime minister to task.

Among others, DAP Ong Kian Ming (left), who was responding to Muhyiddin's apology yesterday, said this was not sufficient.

The Serdang MP called on the deputy premier to promise that he would resign if there are any such leaks in future.

"But will he be brave enough to make this promise?" he asked. - mk


Second UPSR paper leaked in two days





cheers.

2 comments:

NuarPuaka said...

Shitty women>> Nurul Izzah Anwar Ibrahim!!

Hang duduk diam lah betina. Hang jaga laki hang dan perangai hang bg elok dlu. Jgn curang pd laki dan pd Tuhan.

Tgjwab dgn janji hang di Lembah Pantai hng dh buat ka? Betina?

Anak dgn bapak sama2 puaka.. keja nak buat fitnah dan busuk hati. Hang baca tak Ijah anak betina Nuar oiii apa TS Muhyiddin bg statement ckp semalam?

TS Muhyiddin awal2 lg dah cakap SIASATAN BEBAS, Polis diminta buat siasatan rapi, KAJI Prosedur SOP, dn mcm2 lagi yg TS Muhyiddin mahu buat.. dia masih lg di Vietnam.

Sblm hang celik bangun, TS Muhyiddin dh beri jaminan. Dn adat org Islam kita mintak maaf atas kelemahan walaupun bukan kita yang buat.

Lainlah BAPAK hang dan Keluarga Hang..serta parti Pakatan Haram Ijah oiii puak2 SOMBONG ANGKUH yg tk reti perkataan MAAF.

Bodoh Nurul Jijah.. hang tkpayah sibuk lah org BN tahulah nk buat kerja. Bapak hang dan parti perosak anutan hang tu yang tk reti buat kerja!!

Aku memang BENGANG dgn anak BETINA HARAM JADAH Nuar BRahim ni!! diri dia pun terpalit dosa kotor, mau komen pasal hal org.!



Anonymous said...

Janganlah beremosi sangat,apa nurul kata tu betul juga. Benda bocor bukan perkara baru,tiap2 tahun berlaku tapi tak sapa yg.mau bertanggungjawab malah jebon2 yg.dok buatkerja tu semuanya terlepas. Ini bukan kerja penoreh getah atau petani,ini kerja orang KPM. Tapi kerana orang depa semua terlepas. Kalau menteri tu bertanggungjawab dia letak jawatan awal2 lagi. Tapi budaya UMNO lagi tak balun sampai kenyang tak perlu berhenti dan salahkanorang lain yg dikambing hitamkan.220