14 June 2014

Najib dan Bik Mama kena saman dan pasal Bible, MAIS suruh Gani Patail belah buang...


Keluarga mendiang P Balasubramaniam menyaman sembilan individu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk memohon ganti rugi, kerana dipaksa berada dalam buangan di India selama hampir lima tahun.

Tindakan tersebut diambil selepas penemuan "bukti baru", kata peguam keluarga mendiang, Americk Sidhu dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Menurutnya, tuntutan itu difailkan susulan terdapat bukti baru yang mengaitkan urutan peristiwa yang berlaku pada malam 3 Julai dan pagi 4 Julai 2008 dan yang mengaitkan kesemua defendan yang didakwa memainkan peranan penting dalam melakukan salahlaku terhadap plaintif dan mendiang.

Antara defenden yang dinamakan dalam tindakan saman itu termasuk adik Najib, Nazim Razak, peguam Tan Sri Cecil Abraham dan ahli perniagan Deepak Jaikishan.

Writ saman dan kenyataan tuntutan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 jun lalu. Plaintif dalam tuntutan itu ialah isteri Bala, AS Selvi dan tiga anaknya.-mk


PI Bala's family sues Najib, Rosmah over exile...

The family of the late P Balasubramaniam (PI Bala) is suing nine including Prime Minister Najib Razak and his wife Rosmah Mansor for damages, for being forced into exile in India for nearly five years.

The move comes after the discovery of "new evidence", said the family's lawyer Americk Sidhu in a press statement today.

"This claim has only been filed now due to the very recent emergence of new evidence linking the sequence of events which took place on the night of July 3, and morning of July 4, 2008 and which now appears to implicate all the defendants as having combined to play significant roles in perpetrating this alleged wrong doing against the plaintiffs and the deceased," said Americk.
Among the other defendants named in the action include Najib's brother Nazim Razak, lawyer Cecil Abraham and businessman Deepak Jaikishan.

Americk (right) said the writ of summons and statement of claim were filed in the Kuala Lumpur High Court on the June 11.

The plaintiffs are Bala's wife behalf AS Selvi and her three children.

"The plaintiffs are claiming loss and damage occasioned as a result of being forcibly removed from Malaysia against their respective wills on July 4, 2008, allegedly arranged by threat and/or inducement, and perpetrated, by the defendants, who are alleged to have conspired with each other in ensuring the plaintiffs and the late PI Bala were evacuated from this country and made to reside in Chennai, India for almost five years," he said.-mk


Punca sebenar UMNO Selangor tarik balik usul hudud...

Umno Selangor memberi alasan kononnya laporan yang mengelirukan oleh akhbar Cina sebagai punca mereka menarik balik usul berkaitan perlaksanaan hudud di Selangor seperti diumumkan hari ini.

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata banyak akhbar Cina menghubunginya dan telah salah faham berhubung usul asal yang mahu dibawa ke Dewan Negeri Selangor itu.

"Ia bukan rang undang-undang persendirian. Ia hanya bertanya kepada kerajaan (negeri) sama ada mereka mahu laksanakan hudud (atau tidak)," kata beliau dipetik Malaysiakini.

Dalam pada itu, satu sumber yang dekat dengan Umno Selangor memberitahu Harakahdaily, punca sebenar penarikan itu adalah kerana usul yang pada asalnya mahu memerangkap PAS Selangor itu telah "makan tuan".

"Pada asalnya mereka menyangka speaker (Hannah Yeoh) dari DAP sudah pasti akan menolak usul tersebut kerana DAP sejak awal konsisten menolak hudud.

"Jika benar berlaku penolakan oleh speaker, maka mereka akan menjadikan itu sebagai bukti bahawa PAS benar-benar tunduk kepada DAP dengan membenarkan usul itu ditolak.

"Namun sebaliknya pula berlaku apabila speaker membenarkan usul tersebut dikemukakan dan kali ini Umno pula terperangkap dengan jerat yang dibuat sendiri," katanya yang tidak mahu namanya didedahkan.

Sebelum ini Adun Umno Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik membawakan usul itu di bawah Peraturan 26, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.
Usul tersebut berbunyi:

"Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama Persekutuan".

Penerimaan usul itu bagaimanapun memberi tamparan hebat buat bukan sahaja kepada Umno, malah BN secara keseluruhan.

Ada cakap-cakap dari dalaman Umno sendiri bahawa usul yang dibawa itu mencerminkan sikap "tidak cerdik politik" pemimpin Umno Selangor.

Selain mengingkari pandangan presiden parti, Datuk Seri Najib Razak yang menegaskan Malaysia tidak akan melaksanakan hudud, tindakan Umno Selangor itu juga disifatkan "terlebih sudu dari kuah".

Ini kerana dakwa mereka, Kerajaan Pusat telahpun menubuhkan jawatankuasa teknikal membincangkan isu ini, namun Umno Selangor seperti mahu mendahului jawatankuasa ini.

"Mengapa yang baru jadi Ahli Dewan Undangan Negeri sepenggal dua, solat pun kadang-kadang tertinggal galak sangat mahu membicara hudud ini?

"Bagaimana Umno akan menjawab pertanyaan parti lawan mengapa usul ini dibawa ke Dun Selangor bukannya Dun Johor, Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Sabah dan Negeri Sembilan yang mana Umno mempunyai majoriti untuk melaksanakannya," soal beberapa blog pro-Umno. -harakah daily


MAIS tolak keputusan AG, enggan pulangkan Bible...

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak akan memulangkan kitab Bible yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada Januari lalu.

Dalam mesyuarat khas badan itu semalam, MAIS juga tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara Tan Sri Gani Abdul Patail untuk tidak meneruskan pendakwaan kepada persatuan itu.

"Alasan yang diberikan oleh pihak peguam negara untuk tidak menuduh pihak yang terlibat boleh mengelirukan akidah di kalangan umat Islam," kata Pengerusinya Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan.

Beliau juga menegaskan bahawa majlis itu membuat ketetapan tidak bersetuju dengan arahan exco kerajaan negeri Selangor supaya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memulangkan kitab Bible yang dirampas kepada BSM.

"Pihak MAIS juga menegaskan bahawa keputusan exco kerajaan negeri Selangor tersebut adalah di luar bidang kuasa mereka," katanya.

Pada Rabu lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyebut kes rampasan itu kini ditutup dan pendakwaan tidak akan diteruskan.

Dilaporkan JAIS telah merampas sebanyak sebanyak 321 Bible versi bahasa Melayu dan 10 bahasa Iban di dalam 16 kotak ketika melakukan serbuan ke pejabat BSM 2 Januari lalu. - mk

Jelaskan mengapa tidak pulangkan Bible, kata Selangor kepada Mais


Mais defies AG, refuses to return seized Bibles...

The Selangor Islamic Council (Mais) will not be returning the Bibles it seized from the Bible Society of Malaysia (BSM) last January.

At a special meeting of the council yesterday, Mais said it did not agree with attorney-general Abdul Gani Patail’s decision to close the case.

“The reason given by the attorney-general in not prosecuting those involved will cause confusion among the Muslims,” it lamented in a statement.

Mais added that it also disagreed with the state cabinet in ordering the Selangor Islamic Affairs Department (Jais) to return the seized Bibles.

Abdul Gani had on Wednesday said that the Attorney-General’s Chambers (AGC) had decided to not proceed with the case.

"As for the seized books, the AGC requests that Jais take further action in accordance with the law," he said.

Abdul Gani said that after reviewing Jais' investigation papers, the AGC believes that Section 9(1)(a) of the Non-Islamic Religion (Control of Propagation Among Muslims) Enactment 1988 does not apply to the items seized.

"The statements (in the investigation paper) shows that the seized copies of the Bible in Bahasa Malaysia and al-Kitab Berita Baik is a compilation of the Old and New Testaments, and is an essential text for the Christians," he said.

He added that the Home Ministry also told the AGC that the holy books are not a security threat.

Jais had raided BSM and seized 300 copies of the Bible in Bahasa Malaysia and Iban on grounds that they breach the enactment.

The enactment places a ban on non-Muslims using a list of words including 'Allah', which is used in the books to refer to God.-mk


Explain why you won’t return Bibles, Selangor tells Mais

When civil servants decide they’re bigger than the system 


England vs Italy, FIFA World Cup 2014 Football(Soccer)
Jam 6.00 pagi ni 15/6/14

cheers.

No comments: