Aktivis PAS Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim(atas) ditahan semula hari ini, empat hari selepas dibebaskan.
"Ya... Polis berada di rumah saya di Ampang sekarang," kata Tamrin yang menambah pasukan polis itu tiba pada kira-kira jam 7.15 petang.
"Mereka ada waran tangkap berhubung isu sama dan membawa saya ke ibu pejabat polis Dang Wangi," katanya lagi kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Peguam Gobind Singh Deo juga mengesahkan bahawa Haris ditahan semula pada jam 7 petang ini dan turut dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wangi.
"Kami boleh sahkan bahawa mereka berdua (Haris dan Tamrin) ditahan semula mengikut Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Tamrin dan Haris ditahan pada 23 Mei lalu, bersama naib presiden PKR Tian Chua, namun dibebaskan semula pada keesokan harinya apabila polis gagal mendapatkan perintah reman.- malaysiakini
Tian Chua pula telah ditahan oleh polis...
I'm arriving at Dang Wangi. Good night everyone. I will have a good rest tonight. Soon will meet Harris, Tamrin, Safwan as neighbors.
Waran tangkap Tian Chua
Tian Chua baru sahaja ditahan oleh pihak polis, sumber dipetik dari laman twiter beliau sebentar tadi.
Ajibgor perlu diselamatkan dengan cara apa pun...
Tindakan yang diambil oleh kerajaan Najib bertujuan menyelamatkan dirinya. Ini termasuklah...
(1) Mencari gaduh dengan bangsa lain terutama nya dengan bangsa Cina,
(2) menakutkan tokoh pembangkang dengan penangkapan dan menggunakan polis- semua ini mesti dilihat dalam konteks menyelamatkan Najib yang lembik dan tidak tegas.
Tidak ada perkara baru yang dikatakan oleh Zahid Hamidi bila dia kata polis akan bertindak bebas dari gangguan ahli politik. Sepatutnya itulah cara nya sejak dahulu lagi.
Biarkan penjawat awam melakukan kerja mereka. Zahid cakap macamlah kita budak2 bodoh. Kalau Zahid cakap kepada budak kecik dan orang buta huruf, tak mengapalah. Zahid lupa bahawa tahap pemikiran kita pun sama seperti tahap pemikiran Zahid yang ada PhD itu.Semua penangkapan orang politik mesti mendapat perakuan dari menteri dalam negeri.
Tidak syak lagi langkah2 kejantanan Najib adalah bayangan strateji yang dirancang oleh bilik perang Najib. Imej Najib mesti diselamatkan dari tanggapan Najib seorang yang lembik dan tidak tegas. Imej Najib mesti diselamatkan dari tanggapan Najib kurang bersemangat Melayu.
Ajib Gor mesti diselamatkan.Yakni, Najib mesti dikekalkan sebagai presiden UMNO dengan cara apa pun. Jika tidak, masa depan pendukung utama bilik perang Najib seperti JJ dan Alies Nor akan muram dan gelap.Bukan itu sahaja, masa depan semua yang bergantung kepada Najib akan muram.
Oleh yang demikian, Najib mesti di gambarkan sebagai Melayu lebih dari Melayu lain dan kerajaan Najib melalui macai Najib seperti Zahid Hamidi mesti kelihatan sebagai kerajaan yang tegas dan yang bukan main main.
Langkah pertama ialah menyalahkan orang Cina kerana prestasi UMNO yang tidak baik. Memang benar, UMNO menambah kerusi parlimen nya, tapi gagal meningkatkan sokongan orang Melayu kepada parti tersebut.
UMNO berjaya mendapat 88 kerusi. Tapi kerusi itu semua kecil2 belaka hasil dari persempadanan yang menguntungkan UMNO. Dalam PRU13 ini, UMNO mendapat sekitar 3.0 juta undi dari orang Melayu. 3 juta untuk 88 kerusi. Erti dalam satu kerusi, jumlah pengundi Melayu secara purata hanya 34,000 orang.
PKR dan PAS antara mereka mendapat 3.88 juta undi Melayu. Mereka mendapat 51 kerusi. Bererti dalam suatu kawasan, jumlah pengundi Melayu untuk gabungan PAS dan PKR secara purata ialah 76 ribu orang Melayu.UMNO menambah banyak kerusi kerana kawasan mereka kecil. PAS dan PKR mendapat sokongan yang lebih besar daripada orang Melayu berbanding UMNO.
Apa jadi? Ahli UMNO sahaja jumlah mereka 3.2 juta. Adakah UMNO hanya mendapat undi dari ahli mereka sahaja? Jika ya- maka UMNO mewakili ahli nya sahaja dan bukan rakyat Melayu.
Orang UMNO mesti membaca menembusi kelentong Najib. Najib mesti disalahkan kerana pencapaian terburuk UMNO. Sebab dia janji semua dibawah langit.
BR1M pertama RM2 billion. BR1M kedua dia belanja RM3.5 billion. Dalam masa 2 tahun Najib memBR1Mkan rakyat dengan RM5.5billion. berapa ramai penerima BR1M? tahun pertama operasi, seramai 4 juta orang. Tambahan RM1.5billion pada tahun ke2 BR1M beroperasi, bererti pertambahan seramai 3 juta penerima BR1M baru. Jumlah penerima BR1M selama 2 tahun beroperasi ialah 7 juta orang.
Najib rasuah 7juta orang, tapi hanya dapat 3 juta undi orang Melayu? Sedangkan kita tahu 95% penerima BR1M ialah orang Melayu yakni sekitar 6.65 juta. Makna nya, walaupun dirasuah sebanyak RM500 seorang, Najib tidak berjaya mendapat sokongan orang Melayu.
Itu dari sudt BR1M. jika UMNO hanya dapat 3.0 juta undi Melayu, berapa ramai orang Melayu yang tidak mengundi UMNO dan berapa ramai yang mengundi PR. Antara PKR dan PAS mereka mendapat 3.88 juta undi. Jika 80% pengundi mereka ialah orang Melayu, PAS dan PKR mendapat 3.1 juta pengundi Melayu. Ini berti gabungan PKR dan PAS mendapat seramai atau lebih pengundi Melayu seperti UMNO.
DAP mendapat 1.74 juta undi. Katalah dari angka tersebut, 10% atau 170,000 pengundi adalah orang Melayu. Ertinya, PR secara keseluruhan mendapat 3.28 juta pengundi Melayu.
Keputusan nya: UMNO=3.0 juta pengundi Melayu; PR= 3.28 juta pengundi Melayu.
Walaupun belanja berbilion, walaupun berpropaganda siang dan malam, walaupun berjuta placards I love PM diedarkan, Najib gagal. Jadi berhentilah Najib dari memekik dan memekak 1Malaysia dan Transformasi Malaysia. Berhentilah dari berlakun kerana PRU13 sudah tamat dan Najib gagal.- YB.Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz.@sakmongkol ak47
Tamrin and Haris re-arrested after four days...
Police have rearrested PAS member Tamrin Abdul Ghafar, the son of former deputy prime minister Abdul Ghafar Baba, four days after he was released.
"Yes it is confirmed, the police are at my Ampang house right now." said Tamrin when contacted. He added the police came at about 7.15pm.
"They have a warrant to arrest me on the same issue and are taking me to the Dang Wangi police headquarters."
Tamrin (left in photo), together with PKR vice-president Tian Chua (centre) and NGO Anything But Umno (Abu) chief Haris Ibrahim (right) on May 23 for sedition but were released the next day as police failed to obtain a remand order.
Puchong MP and lawyer Gobind Deo Singh confirmed that Haris had also been re-arrested at around 7pm and was also being taken to Dang Wangi district police headquarters.
"We can confirm that they are both arrested again under the Sedition Act," he told Malaysiakini.
However, when contacted, Tian Chua said there was no sign of the police moving on him yet.
“But I wouldn’t say I'm safe, we’ll see how it goes,” he said.
Another student activist also detained
Meanwhile, student activist Mohd Safwan Anang (right) was also arrested for sedition tonight, joining the ranks of fellow student activist Adam Adli Abdul Halim who has already been charged under the Sedition Act 1948 on May 23.
When contacted, Mohd Safwan’s wife, Masturah Abu Bakar, told Malaysiakini that he was being brought to the Dang Wangi district police headquarters.
“The police did not tell us whether it is just to record a statement or it is a detention,” she said.
All those arrested, including Adam, were present at a forum at the Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly on May 13 which discussed about the 1969 racial riots.
The second round of arrests comes despite urgings for the police to cease their crackdown.-malaysiakini
PKR candidate alleges bribery in Tapah...
K Vasantha Kumar claims that RM100 vouchers were given out during the campaign period. The PKR candidate for the Tapah parliamentary seat K Vasantha Kumar claims that RM100 vouchers were given out during the campaign period.But, MIC’s M Saravanan, who won the seat, claimed that it was for party workers.
On May 26, Vasantha Kumar lodged a police report against Saravanan at the Tapah police station for handing out vouchers to the public.
“Approximately 600 vouchers have been handed out and the public has redeemed it for cash,” he claimed.
“Giving out cash or vouchers are considered a bribery even if it is to party members and I hope the authorities will look into the matter,” he added.
The voucher contained the signature of MIC Tapah division head Dr M Malasingam.
Saravanan said the vouchers were given to members of the party for the work they carried out during the campaign period.
“Let the police investigate as the vouchers were handed out only to party members for carrying out campaign duties.
“Vasantha Kumar wasn’t the only candidate who contested against me, there were two other professionals who contested as independents. So far, we have not heard any complaints from them,” he added.
Saravanan retained the seat by 7,927 votes in the four-cornered tussle, which also included Independents Shaharuzzaman Bistamam and Ridzuan Bani.-fmt
cheers.
No comments:
Post a Comment